Friday, 8 January 2016
Tasawuf&tazkirah
Carilah guru Mursyid yg Wasil untuk mentalkinkan zikir kepadamu dan mujahadahlah nafsumu sehingga engkau fana didalam lautan Ahadiyah, maka engkau dapat hakikat tauhid daripada Allah seumpama para Nabi.
Orang yg sampai kepada martabat Dzat itu dapat menerima khitab Allah, bukan dapat melihat Dzat Allah
- BUTA SELAIN ALLAH
Ilmu Nabi Khidir itu amat sukar untuk difahami, bahkan Musa tidak memahaminya pada permulaan jalannya.
Berkata Nabi Khidir kepada Nabi Musa:"Engkau tidak akan dapat sabar untuk mengikuti perjalananku".
Berkata Nabi Musa:" Insyaallah, engkau akan dapati aku orang yg sabar".
Maka berjalanlah Nabi Musa bersama-sama Nabi Khidir....
Mula-mula mereka bertemu dengan seorang tuan perahu yg miskin, lalu mereka menumpang menyeberang sungai dan apabila sampai diseberang sungai Nabi Khidir membocorkan perahu imiskin itu
Nabi Musa marah dan tidak sabar, lalu dia membantah perbuatan Nabi Khidir membocorkan perahu simiskin itu.
Berkata Nabi Musa:" Perbuatanmu itu bercanggah dengan agama Islam"!
Padahal Nabi Musa tidak memahami bahawasanya perbuatan Nabi Khidir membocorkan perahu itu adalah bertujuan untuk menyelamatkan perahu simiskin itu, bukan untuk merosakkannya.
Hakikat telah terbuka bagi Nabi Khidir, tetapi Nabi Musa masih terhijab daripada hakikat.
Hiknah daripada pertemuan Nabi Musa dengan Nabi Khidir itu ialah kerana suatu hari....
Ketika kaumnya bertanya keoada Nabi Musa:"Apakah tuan orang yg paling berilmu dizaman ini?"
Nabi Musa menjawab kepada kaumnya:"Benar, akulah orang yg paling berilmu".
Maka Allah mengajar Nabi Musa mekalui pertemuan dengan Nabi Khidir.
Dan inilah arti perkataan ilmu adalah hijab Allah yg oaling besar!
- BUTA SELAIN ALLAH
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Dan orang-orang yg berjihad pada jalan, niscaya kami akan tunjuki jalan kami.
Al-Ankabut:69
Wahai orang yg menjauhkan diri dari Tuhan!
Wahai orang yg melarikan diri dari Syariat Nabi!
Wahai orang yg tidak memperdulikan agama!
Wahai orang yg suka menurut hawa-nafsu!
Wahai orang yg menyembah selain Allah!
Wahai orang melupakan Allah!
Kamu sekalian tidak akan terlepas dari hukuman Allah!
Tuhan yg KuasaNya meliputi segala sesuatu!
Datanglah dengan merendahkan diri kepada Allah!
Pohonlah rahmat daripadaNya!
Mintalah segala yg baik daripadaNya!
Bertaubatlah kepadaNya dengan segera!
Ingatlah dengan memperbanyak berzikir kepadaNya!
Sembahlah Allah dengan khusyuk dan kerendahan diri!
- BUTA SELAIN ALLAHُ
Kenalilah orang karena kebenaran yang disampaikannya dan jangan kenali kebenaran karena orang yang menyampaikannya.
Rasa dan pandang Allah bukan engkau, zikrullah sehingga difanakan oleh Allah, nescaya engkau akan dapat merasa Wujud Allah.
Jalannya itu ialah menetapkan perkara-perkara yg diwajibkan oleh Allah dan mennggalkan perkara-perkara yg haram, mengekali Ismu-Dzat Allah! Allah! Allah! sehingga engkau difanakan oleh Allah.
Maka ketika itu engkau dapat merasai tiada yg Wujud didalam alam ini melainkan Allah, salik menuju kepada Allah dan Wasil disisi Allah.
- BUTA SELAIN ALLAH
Orang munafik melihat dosa itu kecil, orang mukmin melihat dosa itu seperti bukit yg menimpanya dan orang ArifBillah melihat Allah diatas tiap-tiap sesuatu yg dipandangnya.
Barangsiapa yg terhenti pada dunia, maka ia akan terhijab daripada akhirat dan barangsiapa yg terhenti pada akhirat, maka ia akan terhijab daripada Allah.
Barangsiapa yg melihat Allah, maka fana ia daripada segala sesuatu yg Wujud selain Allah.
Wujudmu itu tiada kuasa dan tiada kehendak, Wujud Allah yg Berkuasa dan yg Berkehendak keatasmu, jikalau engkau Wasil kepada Allah maka engkau tidak melihat lagi kuasa dan kehendakmu.
Engkau pandang Kuasa dan Kehendak Allah, hilang wujudmu dalam Kuasa dan Kehendak Allah, hilang kewujudanmu dalam Kewujudan Allah.
- BUTA SELAIN ALLAH
Rahsia wahyu dapat difahami oleh para Wali kerana mereka telah melalui lorong-lorong Kenabian, sabda Nabi tiada Nabi lagi selepasku.
Wali adalah pewaris batin kenabian dan ulamak adalah pewaris ilmu zahir kenabian.
Para Wali menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah, sanad tauhid mereka daripada Allah dan mereka mendapat ijazah daripada Allah untuk menyeru manusia kepada tauhid yg hakiki .
Janganlah menentang mereka kerana mereka adalah pembawa panji-panji tauhid yg hakiki.
Sebaik-baik guru dan teman adalah mereka kerana mereka mendapat ikhlas yg hakiki daripada Allah.
Semoga Allah merahmati dan memimpin kamu dan aku kepada tauhid yg hakiki.
- BUTA SELAIN ALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment