Monday, 4 January 2016

tasawuf&tazkirah


✳ MENJAWAB KEMUSKILAN AGAMA :
✳ NAMA WHATSAAP GROUP :
🍃POLITIK DIUGAMAKAN/SUFI ASWJ
🍃ADMIN : USTAZ AKI ZUL MQTK
🍃CONTACT ADMIN : 012-950-7978

✳ SOALAN [4-1 12:30] ‪+60 10-796 3106‬: Mengapa kt dlm Al Quran Allah sebut jin dahulu baru manusia..sedangkn Allah telah melantik manusia sbg khalifah di dlm dunia ni...dn mengapa makhluk jin mampu memudaratkn manusia  tp manusia x boleh mengapa2kn makhluk jin?

✳SOALAN[4-1 12:31] ‪+60 10-796 3106‬: Soalan ke 2..apakah tu fahaman wahabi...fahaman ini dikatakn sesat tp mengapa imam besar masjidil haram turut dikatakn menganut fahaman ini

✳SOALAN[4-1 12:33] ‪+60 10-796 3106‬: Satu dunia umat islam berimamkn imam ini ketika solat dimasjidil haram...adakah ulamak2 kt dlm malaysia ni dh mengatasi imam2 kt mekah ditempat lahirnya ugama islam iti sendiri???

✳SOALAN[4-1 12:38] ‪+60 10-796 3106‬: Dh seminggu sya kt dlm grup ni...semua persoalan x de jawapan...yg ada jawab cuma salam aje..😓😓

➰➰➰➰🔱➰➰➰➰
JAWAPAN SERINGKAS & SEPADATNYA :

✅ (1) Bismillah. Buat adik yang bertanya.
🔱 Jin jin kafir mampu dibunuh dengan hanya ucapan Bismillah buat insan-insan yang dikurniakan Allah dengan ilmu pengetahuan dari ayat ayat Al Quran. Mereka hakikatnya lemah buat orang-orang islam yang mempunyai ilmu "pengetahuan" ... Jin hanya mampu memudaratkan manusia dengan atas "keizinan Allah" ... Jika Allah ingin menguji para hamba-hamba-Nya dengan sesuatu "ujian" yang memudaratkan, maka Allah akan "mempergunakan" Jin bagi menguji keimanan para hamba-hamba-Nya. "Jin bukanlah penyebab" datangnya sesuatu "kemudaratan" itu, kecuali Allahlah yang memberi kamu "sakit" melalui pelbagai cara-cara yang "dikehendaki-Nya."

🔱 Jin dulu disebut di dalam al-Quran atas kerana makhluk makhluk JIN ini adalah makhluk yang paling AWAL MENDIAMI PLENET BUMI INI SEJAK SEBELUM NABI ADAM A.S DIUTUSKAN ALLAH KEBUMI INI SEBAGAI KHALIFAH YANG "TERAKHIR" ..

🔱 Jumlah jin yang mendiami bumi ini adalah berlipat kali ganda dari yang jumlah manusia yang menghuni bumi ini. Dan nabi Adam kita adalah "Khalifah Adam terakhir" yang diberi amanah Allah untuk mentakbir muka bumi ini.

🔱 Sebelum nabi Adam a.s kita, bumi ini telah ada ribuan adam-adam yang diberi tugas untuk mentakbir bumi, tetapi semuanya gagal melaksanakan "amanah" yang Allah beri atas mereka. Dan Adam terakhir ini Allah takdirkan dari bangsa kalangan manusia.

🔱 Sebelum nabi Adam a.s, telah ada spisis makhluk manusia yang mendiami bumi ini, tetapi mereka semuanya kufur kepada Allah, lalu Allah membinasakan mereka semuanya hingga kita "tidak mengetahui" bahawa mereka pernah wujud di atas muka bumi ini pada saat sebelum Allah SWT utuskan nabi Adam a.s kita.

🔱 Allah menyebut Jin terlebih dahulu atas kerana merekalah makhluk yang paling awal mendiami bumi. Dan Allah menyebut nama manusia dikemudiankan sebutannya dari nama Jin atas kerana manusialah makhluk "terpilih" dan KHALIFAH YANG TERAKHIR YANG AKAN MENJALANKAN "AMANAH ALLAH" DI ATAS BUMI INI hinggalah bumi ini akan hancur (Kiamat).

🔱 Salah satu misi utama manusia sebagai khalifah Allah, adalah untuk "berdakwah" dengan makhluk-makluk JIN yang masih di dalam keadaan "kafir" (kufur kepada Allah) yang bertebaran di atas mukabumi ini. Tugas ini adalah Tugas para Wali Wali Allah yang Allah beri mereka "ilmu pengetahuan" untuk berdakwah dengan makhluk-makhluk yang masih Jahil ini (makhluk Ghaib Jin Jin Tercela).

🔱 Setiap kali kita beribadah kepada Allah di rumah rumah kita itu, secara tak langsung, perbuatan ketaatan perintah Allah ini yang kita laksanakan, ia juga adalah salah satu "misi dakwah" buat Jin-Jin kafir yang sama sama "tinggal" di dalam rumah rumah yang kita diami.

🔱 Mereka hidup selapis alam dengan alam nyata kita tetapi pandangan mata kita telah "sengaja" Allah hijabkan daripada dapat melihat "wujudnya" mereka ini di samping kita(Jin Jin yang serumah dengan kita). Pada saat tuan tuan membaca inipun, pada hakikatnya ada jin jin yang sama sama turut membaca ini. Cuma Allah menghalangi untuk mereka menyentuhi tubuh kita.

✅ (2) Fahaman Wahabi dan penganutnya hanya boleh di "statuskan" wahabi SETELAH mereka menyatakan ayat ayat yang mendedahkan identity mereka. Kesesatan mereka hanya akan dinilai setelah mereka mengucapkan sesuatu hal yang bertentangan dengan aqidah ahlul sunnah waljamaah.

🔱Adapun imam imam di masjidi haram itu, tidak boleh kita katakan mereka itu sebagai Wahabi yang "sesat" atas kerana mereka tidak pernah sekalipun menzahirkan ayat ayat yang berbaur wahabi (penyimpangan aqidah). Jadi kita masih anggap "mereka" (imam tersebut) BUKAN WAHABI selagi mana mereka mendiamkan diri dari ucapan ucapan yang mereka zahirkan bagi penilaian kita. Maka tiada dalil untuk menyatakan "kewahabian" mereka, maka SAH KITA SUNNI YANG BERSOLAT BERIMAMKAN MEREKA, sekalipun mereka itu berfahaman wahabi, tetapi mereka tidak pernah menzahirkan ayat ayat yang membawa kekufuran @ kesesatan. Maka kita anggap dia (imam masjidi haram) itu bukan Wahabi.

✅ (3) Apa itu wahabi? Wahabi adalah sejenis "penyakit" yang hanya timbul di akhir zaman ini yang mana "mereka" ini (penyakit wabak beracun fahaman ini) TIDAK PERNAH MUNCUL DI DALAM SALAFUSSOLEH.

🔱MEREKA SUKA MEMBIDAAHKAN & MENYESATKAN ORANG ORANG SUNNI YANG TIDAK SESAT.

🔱SEBENARNYA "DIRI MEREKA" ITULAH YANG DINAMAKAN "BIDAAH" ATAS KERANA "AJARAN WAHABI" INI TIDAK ADA PADA ZAMAN SALAFUSSOLEH.

🔱KEDUANYA : WAHABI INI ADALAH SUATU FAHAMAN YANG ANTI WALI WALI .. ANTI AJARAN WALI, ANTI TAREKAT, ANTI AJARAN AKHLAK SUFI, ANTI SUFI, ANTI ILMU TASAWUF, ANTI SEMUA AMALAN YANG MEMBAWA SESEORANG INSAN ITU "HAMPIR KEPADA ALLAH" ...

🔱MEREKA MEMBENCI DAN MEMUSIHI AHLI IBADAH DAN WALI WALI ALLAH ..

🔱DAN "MEREKA" INILAH YANG DI MAKSUDKAN ALLAH SEBAGAI "GOLONGAN YANG MEMUSUHI PADA WALI WALI ALLAH" ...

🔱SIAPA ITU WAHABI?? JAWAPANNYA MUDAH :

✳ WAHABI ADALAH "MUSUH ALLAH" YANG MEMUSUHI WALI WALI ALLAH. DAN ALLAH ISTIHARKAN "PERANG" KE ATAS SETIAP GOLONGAN @ INDIVIDU YANG "MEMUSUHI" WALI WALI ALLAH.


✳ SIAPA ITU WALI WALI ALLAH (WALI KECIL)?
MEREKA ADALAH "KAUM SUFI" YANG MENYEBARKAN ILMU "MAKRIFATULLAH" IAITU ILMU-ILMU YANG MEMBAWA SESEORANG INSAN ITU "HAMPIR" KEPADA ALLAH MELALUI AMALAN ZIKIRULLAH, MUJAHADAH, UZLAH, ISTIQOMAH, ZUHUD DI DALAM MENCINTAI ALLAH.

✳ SESIAPA YANG MEMUSUHI KAUM SUFI DAN AJARAN-AJARAN YANG DI BAWA OLEH "KAUM SUFI" ... MAKA MEREKA ITULAH "MUSUH ALLAH" YANG MEMUSIHI ILMU PARA WALI WALI.

✅ Note : Dah dijawab semuanya pada pihak yang bertanya. Kalau tak puas hati. Sila meremovekan diri sendiri - sekian .. wallahu'alam (PMS) ✨🌟⚡☀⚡🌟✨


Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumiddin, Jilid 3 menegaskan tentang pentingnya mencari pemimpin (mursyid) yang memandu kita  kepada ALLAH yaitu:

“Seorang murid memerlukan seorang syeikh yang dapat diikutinya, syeikh tersebut akan menunjukkannya arah jalan yang benar. Sesungguhnya jalan agama itu adalah samar dan jalan-jalan syaitan terlalu banyak dan mudah. Siapa saja yang tidak mempunyai syeikh yang memimpinnya maka syaitanlah yang memimpinnya. Siapa saja yang berjalan di lembah-lembah yang bahaya tanpa orang menjaga keselamatannya sesungguhnya dia telah membahayakan dan membinasakan dirinya. Orang yang bersendirian (tanpa syeikh) adalah seperti pohon (tanaman) yang tumbuh sendiri dan mudah mati; jika pohon itu terus hidup ia takkan berbuah. Orang yang mengawasi seorang murid ialah syeikhnya. Maka hendaklah murid itu berpegang teguh terhadap syeikhnya itu.”



No comments:

Post a Comment