Friday, 20 November 2015

Tasawuf&tazkirah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
Renungan bersama. ...../

Tazkiyatun Nafs 📔

JANGAN PERNAH ENGKAU REMEHKAN SEKECIL APAPUN KEBAIKAN

Jika engkau melihat seekor semut terpeleset dan jatuh di air, maka angkat dan tolonglah ia.. barangkali itu menjadi penyebab peroleh keampunan bagimu di akhirat.

Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu perjalannya kaum muslimin, maka singkirkanlah ia, barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalanmu menuju kehadiratNya..serta beroleh ganjaran syurga Nya.

Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari induknya, maka ambil dan susulkan ia dengan induknya, semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga.

Jika engkau melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka bantulah, hantarkanlah ia.. barangkali itu mejadi sebab kelapangan rezekimu di dunia.

Jika engkau bukanlah seorang yang mengusai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak2 mu, setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu.. yang tak akan terputus pahalanya meski engkau berada di alam kuburmu.

JIKA ENGKAU TIDAK DAYA BERBUAT KEBAIKAN SAMA SEKALI, MAKA TAHANLAH TANGAN DAN LISANMU DARI MENYAKITI... SETIDAKNYA ITU MENJADI SEDEKAH UNTUK DIRIMU.

Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata :

رُبَّ عَمَلٍ صَغِيرٍ تُعَظِّمُهُ النِّيَّةُ ، وَرُبَّ عَمَلٍ كَبِيرٍ تُصَغِّرُهُ النِّيَّةُ

“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar kerana niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil kerana niat pelakunya”

Sesekali, "Jangan pernah meremehkan kebaikan, boleh jadi seseorang itu masuk ke syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan kerana panjang solat malamnya tapi boleh jadi kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda

Rasulullah SAW bersabda :

« لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ ».

 “Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya) kamu bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum.” HR. Muslim.

--Salam Juma'at...dan...
--Selamat beraktiviti, semoga ibadah beroleh berkahNya -


jangan kamu meninggalkan zikir, disebabkan tidak hadir hatimu terhadap Allah dlm zikir itu,ini kerana kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berat atau berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir.
mudah mudahan Allah SWT akan mengangkat darjatmu daripada zikir yang ada kelalaian, kpd zikir yg hatimu sentiasa sedar.Dan seterusnya kpd zikir yg beserta kehadiran Allah dlm hati,  dan akhirnya kpd zikir yg lenyap segala yg lain selain Allah. Dan itu semuanya tidaklah sukar bagi Allah.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

"Sebaik-baik harta yg baik itu ialah buat orang yg soleh"

Sabda Rasulullah S.A.W

Orang-orang ArifBillah mengambil harta dunia ini daripada Tangan Allah dan dikembalikan kepada tangan Allah, ia tidak melihat wujud dirinya walau sebesar zarah pun....

"Pakailah zahirmu dengan hukum-hukum Allah dan hatimu dengan mengeluarkan makhluk daripadanya. Barangsiapa yg sunyi hati daripada dirinya, nescaya kekal ia dengan Allah. Jikalau engkau menghendaki Allah, maka hendaklah engkau mengikut kehendak Allah dan fanakan kehendak engkau dalam kehendak Allah" ُ


Assalamualaikum.wbt
Barangsiapa merindui Tuhannya,hatinya menjadi lembut,barangsiapa yang berhati lembut,dia akan bahagia,barangsiapa yang bahagia,dia telah mendekat,barangsiapa yang mendekat dia akan berjalan,barangsiapa yang berjalan,pasti lambat,dan barangsiapa yang lambat,nescaya dia akan melayang,sedangkan permata hatinya akan terasa dekat.

"Maha Suci Allah yang telah menundukkan semua ini bagi kami,padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya."
(Surah Al Zukhruf[43]:13)


Murid ialah orang yg buta dengan Allah dan guru ialah orang yg buta dengan selain Allah, orang yg melihat Allah dapat memimpin orang yg buta dengan Allah.

Hakikat pimpinan adalah Allah, semoga Allah memimpin kita melalui pimpinanNya.

Melintasi enam alam dan sampai kepada alam insan kamil dan dia mengenali tipudaya-tipudaya selain Allah.

Ramai manusia tertipu dialam syahadah yg nyata, ada yg tertipu dialam angan-angan dan ada yg tertipu dialam-alam ghaib yg tidak tercapai oleh pandangan mata.

Semua alam-alam itu adalah selain Allah dan jangan engkau tertipu kepadanya.

Orang yg dapat melintasi alam tipudaya selain Allah adalah orang yg mendapat rahmat dan pertolongan Allah.

Bukan dengan ilmunya, bukan dengan amalnya, bukan dengan akalnya dan bukan dengan tauhidnya, hanya dengan Zat Allah semata-mata dia terselamat daripada hijab-hijab selain Allah.

Ramai manusia yg jahat yg benar dalam taubatnya telah dipilih oleh Allah menjadi kekasihNya.

Janganlah engkau berputus-asa daripada rahmat Allah, kerana Allah telah terlebih dahulu mencarimu sebelum engkau mencariNya.

Kebaikan Allah mengatasi kejahatan hambaNya, Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Bertaubatlah segera daripada dosa-dosa dan kelalaianmu, semoga cinta Allah akan memenuhi ruang hatimu.

WASSALAM

- KALAM QADIM


Wahai hambaKU! Ada diantara hamba-hambaKU, iaitu apabila AKU mengujinya maka ia tidak berganjak walau sedikit pun daripada melihat AKU-lah yg mengujinya dan kepada AKU-lah ia kembali menyerah diri....

Wahai hambaKU! Jikalau engkau mahu tinggal bersamaKU, maka hendaklah engkau sabar atas ujianKU....


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



"Dan (ingatlah)
ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;

 "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):

'Adakah Engkau
(Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana

dan

menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),

 padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu

dan

mensucikanMu?'.

Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mngetahuinya".

Al-Baqarah : 30


"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus);

dan

(memberi peluang kpd)

Tangan2 mereka memberitahu Kami

 (kesalahan masing2),

dan

kaki mereka pula menjadi saksi

tentang apa yg mereka telah usahakan"

Ya-Sin : 65

















No comments:

Post a Comment