Friday, 27 November 2015
Tasawuf&tazkirah
Tauhid adalah kesatuan, nafikan selain Allah dan isbatkan kepada Allah, tiada Tuhan melainkan Allah.
Kebanyakkan manusia bertuhankan berpuluh-puluh tuhan siang dan malam, tetapi hakikatnya Tuhan itu Tunggal dan Maha Esa iaitu Allah, Tuhan sekalian alam.
Apabila engkau bergantung dan bersandar kepada sesuatu selain Allah, maka itulah tuhanmu.
Pakaikanlah tubuhmu dengan Islam dan sucikanlah hatimu daripada segala sesuatu selain Allah.
Hiduplah engkau bersama Allah tanpa dirimu dan alam semesta.
Khitab Allah turun dalam hati yg sunyi daripada selain Allah
Berkhalwatlah dengan Allah sehingga Allah berkhalwat denganmu.
Hati yg merdeka daripada segala sesuatu selain Allah adalah tempat pertaruhan rahsia-rahsia Allah.
Tauhid bukanlah ilmu atau amal, tetapi tauhid adalah Keesaan, kefanaan dan kesatuan.
Sabda Nabi:" Kelebihan Abu Bakar dikalangan kamu bukanlah kerana banyak solatnya dan banyak puasanya, tetapi kerana rahsia yg tersimpan didalam dadanya "
Bagaimana mungkin orang yg sentiasa mengikut hawa-nafsunya itu akan dapat berjalan menuju kepada kota Allah.
Bagaimana mungkin orang yg telah melihat Allah akan melihat sesuatu disamping Allah.
BUTA SELAIN ALLAH
WASSALAM
- KALAM QADIM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment