Friday, 27 November 2015
Tasawuf&tazkirah
Allah bersama orang yg pecah hati denganNya.
Cemburu Allah telah menyembunyikan engkau daripada makhluk.
Jaga-jaga wahai pencinta Allah! Allah tidak suka melihat dlam hatimu berjinak- jinak dengan sesuatu selain Dia.
Allah akan menguji kecintaanmu itu samada cintamu itu benar atau dusta.
Jikalau engkau berpaling daripada cintaNya, maka engkau akan ditarik dengan pengujianNya.
Mohonlah pertolongan daripada Allah.
Tiada siapa yg dapat menyelamatkan engkau daripada berpaling kepada selainNya.
Cukuplah Allah bagimu.
Dia-lah Penjamin dan penolongmu, tiada Penjamin dan Penolongmu selain Allah.
BUTA SELAIN ALLAH
WASSALAM
- KALAM QADIM
بسم الله الرحمن الرحيم
Maha Suci Allah Taala, Tuhan yang telah menutupi rahsia-rahsia sirr keistimewaan orang-orang arif (para waliNya) dengan mentampakkan sifat-sifat basyariahnya (sifat yang umum pada manusia). Dan terang nyata kebesaran RububiyahNya dengan memperlihatkan kepada manusia sifat-sifat kehambaan mereka.
~ Martabat Wusul ~
Martabat wusul (sampai kepada Allah) adalah tiga perjalanan :
1. Islam
2. Iman
3. Ihsan
Adapun seseorang hamba Allah, jika kekal ia sibuk dengan ibadah sendirinya, ia berada dalam maqam ISLAM atau maqam SYARI'AT.
Apabila amal itu berpindah kepada hati dengan kebersihan dan sunyi daripada kejahatan, berisi dengan kebajikan sempurna ikhlas, maka orang itu ada pada maqam IMAN atau maqam TAREKAT.
Apabila manusia itu sampai kepada martabat Ibadat untuk Allah semata-mata, seakan-akan Allah melihatnya, maka ia berada dalam maqam IHSAN atau maqam HAKIKAT.
Oleh karena itu, diungkapkan orang :
"Adapun SYARI'AT itu ialah bahwa kamu menyembah Allah. TAREKAT itu ialah bahwa kamu menuju kepada Allah, dan HAKIKAT itu ialah bahawa kamu bermusyahadah benar-benar menyaksikan Allah yang Maha Pencipta."
Berkata pula Tuan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani q.s. :
"Tidak lain tujuan ahli Tasawuf, melainkan hanya untuk membersihkan batinnya manusia dengan NUR TAUHID dan MA'RIFAT".
Adapun orang sufi yang benar dalam Tasawufnya membersihkan hatinya daripada segala sesuatu selain Allah dan cintanya kepada Allah.
Melaksanakan bersungguh-sungguh dan menjalankan perintah Allah yang dapat mengangkat dirinya, mengosongkan hatinya selain daripada Allah, dan menghiasinya dengan zikrullah Yang Maha Kuasa dan Agung.
Sabda Nabi S.A.W :
"Alamat mencintai Allah ialah mencintai zikrullah, sedang alamat kemarahan Allah, adalah enggan kepada zikrullah".
Seorang hamba yang mencintai Allah, tidak merasa memiliki sesuatu, ia serahkan segala apa yang ada kepada yang dicintainya iaitu Allah.
Kemudian begitu pula Tuan kita Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani q.s. menasihatkan : ''Adapun yang wajib atas manusia, ialah mencari kehidupan hati untuk di akhirat ; di dunia ini dari ahli Talqin sebelum berakhir waktu hidupnya, kerana firman Allah Ta'ala ertinya : "Bertanyalah kamu kepada ahli zikir (bai'ah) jika kamu tidak mengetahuinya".
Mengambil bai'ah dari Tuan Syeikh Arif Billah, adalah perkara yang penting dalam Tasawuf untuk mengusahakan yakin.
Dalam sebuah Hadis Yang Mulia, diriwayatkan : "Pelajarilah olehmu akan pembawaan yakin".
Ertinya : perbanyakkanlah duduk bersama dengan ahli yakin. Bai'ah yang terdapat sesudah wafat Nabi, ialah meneruskan bai'ah yang dilaksanakan oleh Nabi S.A.W sendiri. Dan ulama-ulama yang Arif Billah adalah
penerus Nabi kita dalam mengajarkan kepada manusia adab-adab agama yang zahir dan yang batin.
Adapun adab batin, lebih sukar untuk kita karena untuk mengamankan adab yang zahir. Dan juga oleh sebab ia menghendaki peperangan 'khafi" (halus) antara seorang manusia dengan hawa nafsu dan syaitannya dan godaan dunia yang menipu dan penyakit-penyakit hati seperti hasad, 'ujub, ria, munafiq dan lain-lain.
Barang siapa mengikuti Tarekat Tasawuf dengan tidak mengikuti imamnya yang Arif Billah (Bai'ah), ia tersesat pada permulaan melangkah.
Na'uzubillahi Min Zalik, Wallahu a'lam.
Sumber : Miftahul Sudur karangan Sohibul Wafa Tajul Arifin.
🔱SIRI TASAWUF : ILMU LADUNI DARI ALLAH🔱
(SYEIKH MUHAMMAD AKASHA : PECINTA ULAMA)
Ilmu Yang Suci Kembali Kepada Yang Maha Suci (Al-Quddus)
⚪ Bismillah : Diriwayatkan bahawa seorang tabiin , Abdul Wahid bin Ziyad rah. Pernah bertanya kepada Imam Sufi Hasan Al Basri r.a, Tentang apa yang dimaksudkan dengan ilmu batin itu ..
🍃.. Lalu Hasan Al Basri menjawab bahawa beliau pernah bertanya kepada Huzaifah Al-Yamani r.a tentangnya juga. Huzayfah r.a berkata :
🍃.. "Bahawa dia pernah bertanya kepada malaikat Mikhail a.s tentang "ilmu batin" itu dan lalu Mikhail a.s menjawab, dia pernah bertanya dengan 'al-Qalam' yang menjawab bahawa dia pernah bertanya kepada Allah s.w.t tentang "ilmu batin" itu, lalu Allah s.w.t menjawab :
🍃..“Ilmu Batin Adalah Salah Satu Dari Rahsia-Ku! Aku Menyembunyikannya Daripada Makhluk-Ku (*yang awam) Dan Menitipkannya Hanya Kepada Hamba-Hamba PilihanKu. Ia Adalah Hasil Makrifat (*ilmu Cinta & Muraqabah) Dan Pengabdian Berkekalan KepadaKu”.
⚫⚪ Imam Junaid Al-Bahgdadi q.s pernah berkata :
🍃“Seandainya ilmu yang aku sampaikan berasal dari diriku sendiri, pastilah ilmu itu akan musnah dan habis begitu saja. Namun, ilmu yang aku berikan itu berasal dari kebenaran dan akan kembali kepada kebenaran.“
⚫⚪ Pada zaman sekarang memang banyak ilmu, tetapi tidak bermanafaat untuk akhirat. Itu sebabnya Rasulullah s.a.w mengajar kepada kita untuk berdoa dengan doa “Aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanafaat”.
⚫⚪ Sebaliknya ini bermakna kita disuruh mencari ilmu yang hakiki, yang dapat memberikan kebahagiaan kepada diri kita di dunia dan di akhirat iaitu ilmu batin = iaitu ilmu tasawuf yang merupakan mahkota segala ilmu.
🍃 "Tinggalkan ilmu yang tidak berguna dan melalaikan , tinggalkan ilmu yang membawa kepada hiburan dan kesenangan hawa nafsu , sebaliknya carilah ilmu hakikat agar anda mencapai makrifat" =
🍃 "Mengenal Allah s.w.t dengan sebenar-benar kenal, dapat bertemu denganNya (paling tidak dalam mimpi), berbual mesra denganNya, berada disampingNya pada waktu dan hari yang mustajab."
⚫⚪ Seorang tabiin Al-Katani rah. berkata :
🍃“ Ilmu tentang Allah s.w.t itu lebih baik daripada ilmu dan ibadah keranaNya”.
⚫⚪ Seterusnya Abu Abdullah al-Dainuri r.a menyatakan bahawa :
🍃 "Ilmu yang paling tinggi dalam tasawuf adalah ilmu tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah “ , lalu siapakah pula yang dapat mengajarkannya kepada kita melainkan mereka yang pernah berjumpa dengan Allah s.w.t sendiri? Yang mengajari kita apa yang kita tidak tahu lalu dengan kasih sayangNya kita dapat beramal dengannya pula, lalu batin kita menjadi kuat dan lapang untuk Dia bertajalli dengan DiriNya sendiri kepada DiriNya sendiri."
⚫⚪ Arif Billah imam Sufi Abu Talib al-Makki q.s (dalam bab 2 kitab “ Ilm al-Qulub”) menukilkan bahawa :
🍃 "Ilmu mendudukan pemiliknya dipintu langit (frontier knowledge), akal (yang didampingi wahyu) mendudukan pemiliknya di Arsy dan makrifat mendudukan pemiliknya di sisi Tuhan. Cahaya makrifat bersambung terus dengan Tuhan tetapi tidak demikian halnya dengan cahaya ilmu. Ilmu boleh dimiliki orang kafir dan mukmin sedangkan makrifat hanya dimiliki orang mukmin."
🍃"Ilmu bersifat umum, makrifat bersifat khusus. Akhir ilmu iman adalah awal ilmu yaqin, akhir ilmu yaqin adalah awal ilmu ‘ainal yaqin dan akhir ilmu ‘ainal qakin adalah awal ilmu haqq al-yaqin (yakin yang tertinggi). Bagi haqq-al yaqin tidak ada akhirnya sebagaimana tidak ada akhirnya bagi Hari Akhirat."
⚫⚪ Imam Sufi Sahl bin Abdullah al-Tustari q.s dalam menafsirkan ayat 32 surah Fathir (35):
🍃 ...“lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri sendiri, di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada pula yang lebih dahulu berbuat kebajikan .....”
🍃..“Yang lebih dahulu berbuat kebajikan” adalah orang alim , “yang pertengahan “ adalah orang yang sedang belajar dan “yang menganiaya diri sendiri” adalah orang yang bodoh dan tidak mahu mencari ilmu.
⚫⚪ Semoga Allah s.w.t sentiasa menganugerahkan kita ilmu yang bermanafaat dan yang datang dari ilham Rabbani. Dan semoga Allah s.w.t memperkenalkan diriNya kepada kita dan seterusnya mengajari kita secara langsung , Amiiin Ya Rabbal Alamin.
🔱'SIRI MENUJU JALAN-JALAN PARA WALI'🔱 (p.m.s)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment