Friday, 27 November 2015
Tasawuf&tazkirah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah"
[Surah Al-Anfal 2]
ُ
اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
Mengaku bodoh dan jahil-lah dihadapan Tuhanmu, bukan dihadapan manusia, sesungguhnya mengaku bodoh dan jahil dihadapan manusia itu adalah riak iaitu menuntut pujian manusia!
Siapa yg hilang dunianya kerana Allah, maka Allah sebagai gantinya. Ahli tauhid yg hakiki itu melihat Allah dan mendengar Allah dan merasai Kewujudan Zat Allah.
Jangan engkau mentakwilkan perbuatan Allah, Dia berbuat apa yg dikehendakiNya kerana pentakwilan mu itu akn menghijab dan menjauhkan engkau daripada sisi ZatNya.
Masuklah kedalam kota Allah bersama hamba-hamba Allah yg ridha dan diridhai, menetap didalam syurga makrifatullah, memakan hidangan buah-buah Tauhid daripada Tangan Allah dan bermesra-mesra dengan Zat Yg Maha Esa.
Pandanglah Allah, kehendak Allah nyata diatas makhluk. Tiada perbuatan melainkan perbuatan Allah, adapun Zat terselimut ghaib didalam keghaiban yg mutlak, tiada seumpama sesuatu WujudNya. Dia Yg Awal, Yg Akhir, Yg Zahir, Yg Batin dan Dia Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.
🌹🌹 Sehari SATU Hadith 🌹🌹
HADITH KE 529
عن ابن عمر رضي اللَّه عنهما قال : أَخَذَ رَسولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم بِمنكِبِي فَقَالَ :
«كُنْ في الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَو عابرُ سَبِيلٍ »
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رضي اللَّه عنهما يقول :
إِذا أَمسَيتَ، فَلا تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ ، فَلا تَنْتَظِرِ المَسَاءَ ، وخذ مِن صِحَّتِكَ لَمَرَضِك وَمِن حَيَاتِكَ لمَوتِكَ »
( رواه البخاري )
Dari Ibnu Umar Radhiallahu 'anhuma, katanya :
" Rasulullah S.A.W. menepuk bahu ku lalu bersabda :
" Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau itu orang gharib (orang yang berada di suatu negeri yang bukan negerinya sendiri) atau sebagai orang yang melalui jalan. "
Ibnu Umar Radhiallahu 'anhuma berkata :
" Jikalau engkau berpetang-petang, maka janganlah engkau menanti-nantikan waktu pagi dan jikalau engkau berpagi-pagi, janganlah engkau menanti-nantikan waktu petang (yakni untuk mengamalkan kebaikan itu hendaklah sesegera mungkin.) Ambillah kesempatan sewaktu engkau berkeadaan sihat untuk mengejar kekurangan di waktu engkau sakit dan di waktu engkau masih hidup guna bekal kematianmu. "
(Riwayat Bukhari)
#CintaRasulInternationalCommunity
🍃MalaysiaCintaRasul🍃
🍂NusantaraCintaRasul🍂
🍃BruneiCintaRasul🍃
🍂SingapuraCintaRasul🍂
🍃ChampariaCintaRasul🍃
🍂TaiwanCintaRasul🍂
🍃HongKongCintaRasul🍃
🍂NewZelandCintaRasul🍂
🍃ThailandCintaRasul🍃
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment