Friday, 20 November 2015

Tasawuf&tazkirah


sedikit najis mampu menghilangkan nilai makanan lazat walaupun berkawah banyaknya.
sikit racun mampu menghilangkan nyawa sehebat manusia sebesar besar manusia. walaupun raja sedunia.
begitulah syirik.  ia mampu menghilangkan nilai ikhlas semua amalan soleh walaupun seabad beramal.
setitis syirik mampu menjauhkan iman buat selamanya. tidak mencium bau cinta dari allah buat selamanya.
bahayanya syirik.

TGIMI


( Pesan Para Wali )
Ketika berhimpunnya para fakir- fakir suci
di sebuah perjumpaan para wali
Berkatalah Sultan Aulia yang digelar wali Qutub pemimpin para wali :
"wahai fakir-fakir dijalan rohani berzuhudlah kamu pada dunia kerana dunia itu menipudaya
Bukan disini tujuanmu.. kampung akhirat itulah tempat abadimu
Cintai Allah sepenuh jiwa ragamu
Kasihi Rasulullah dan ulama arifbillah
Buangkan kebesaran makhluk dari hatimu..
Besarkan Allah dalam puji dan sanjungmu..
Bertaubatlah atas dosa kelalaianmu dan jangan mengulang-ulangi kedosaan itu setelah engkau sadar dan beradaplah terhadap Tuhanmu
Sucikan hati,sucikan niatmu dan lemparkan
mazmumah itu ke lautan pembersihan
Isikan pekertimu dengan peradaban mahmudah dengan jalan mujahadah
Dan paluankan zikrullah pada hati yang berkarat daki dunia itu agar bersih cerminmu dengan cahaya marifah
Hari-harimu penuhilah dengan keikhlasan ibadah dan bersihkan sajadah iktiqadmu dari berhala keakuan diri dan keberhalaan duniawi
Esakan Allah pada DzatNya,sifatNya,
Asm'aNya dan AfaalNya,
Tiada yang maujud di alam ini pada hakikatnya melainkan Allah
Engkau harus berserah diri dan redho akan segala takdir dari Allah
Jangan sesekali cuba membantah suratan yang telah ditakdiri
Bergantuglah hanya dengan Allah ( As Somad ) kerana makhluk tiada kuasa dan tiada memberi mudharat tanpa izin Allah
Berhina dirilah dihadapan keperkasaan Tuhanmu jangan sombong dan bongkak berjalan di atas muka bumi
Berkasih sayanglah sesama makhluk kerana itu dituntut oleh agama
Berpegang teguhlah pada tali agama dan ambil Al Quran dan Sunah Nabi sebagai pedoman diri serta bersabarlah dalam mentaati perintah Allah...
Jangan durhaka dan bermuka-muka itu amat tercela dan engkau akan mendapat murka nanti dari Yang ESA
Akhir kalamku jadilah hamba yang sejati mentaati segala titah perintah dari Tuhanmu yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani".
Wassalam

Orang yg dapat merasai Tuhannya akan hilang rasa manis dan tawar, hilang rasa suka dan duka, hilang rasa sihat dan sakit, hilang rasa mulia dan hina, pakaiannya adalah pakaian ketuhanan. Ia hidup bersama Allah ridha dan diridhai, Ia buta dengan selain Allah, dunia dan akhirat tiada dalam pandangan ketuhanannya, ia menuntut Tuhan, keramat adalah hijab Zat baginya.  Ia dapat Tuhan dalam hal- ehwalnya, ia tidak perduli selain Allah, ia hanya menuntut Allah....


Allah adalah rahsia disebalik segala sesuatu, Dia Maha Pencipta dan Pelaku segala sesuatu.

Wahai hambaKU! Jangan engkau berpaling lagi daripadaKU setelah engkau mengenaliKU, berhadaplah kepadaKU, tiada yg Wujud didalam alam ini melainkan AKU....



No comments:

Post a Comment