Sebelum ini kita hanya tahu secara samar-samar bahawa adanya kerajaan lama selain Kesultanan Melayu Melaka yang berlangsung pada abad ke 14, 15 dan 16 Masehi.
Penemuan di Tapak Arkeologi Sungai Batu membuktikan benar adanya Kerajaan Kedah Tua. Malah lebih hebat apabila masyarakat lama Sungai Batu sudah mempunyai pekerjaan, kemahiran dan kemampuan yang hebat di mana besi dilebur dan dieksport ke seluruh dunia.
Hari ini kita sudah mula mengetahui sedikit sebanyak asal sejarah bangsa yang mana pada abad ke 8 Sebelum Masehi, Melayu sudah melakar kedudukan benua ini penting dalam membekalkan keperluan pensenjataan kepada dunia.
Kemudian sedikit demi sedikit sejarah gemilang beranjak kepada penurunan. Dari tamadun yang berasaskan ekonomi besi bertukar kepada negeri pertanian. Mungkin kita melihat Kerajaan Kedah Tua itu adalah hanya negeri Kedah maka kesimpulannya hanya negeri bertukar sektor pekerjaan tetapi kita tidak melihat Kerajaan Kedah Tua juga membentuk empayar Melayu bersambung-sambung cuma bezanya peralihan tempat pentadbiran empayar yang berubah.
Sejarah mulanya melayu hebat masih di Kerajaan Kedah Tua dengan penunjuk jelas Sungai Batu diikhtiraf Tamadun Terawal Asia Tenggara.
Tetapi bagaimana kita ingin menyusun mengkhabarkan kepada Melayu sejagat tentang sejarah bangsa ini? Penemuan bukan sekadar penemuan berasaskan 4 fungsi tetapi perlu diperluaskan perjalanan 4 fungsi ini mewakili bidangnya.
Disebabkan inilah kita hanya mengetahui bahawa Melayu adalah pelebur besi dunia purba tetapi untuk menceritakan pekerjaan bangsa perlukan sebanyaknya kata-kata dan cerita yang menunjukkan kehebatan bangsa.
No comments:
Post a Comment