Saudara,
Usaha adalah pilihan. Rezeki adalah ketentuan. Kita selalu mengukur jaya itu pada wang kertas, pangkat dan kedudukan. Pada kita, itulah ukuran harus pada kejayaan. 7G, gagal semuanya, drop out universiti itu tidak penting. Yang penting anda kaya. Kata mereka.
Pergi universiti pun balik menganggur. Perempuan belajar tinggi - tinggi pun akhirnya duduk dapur. Baik aku berniaga, boleh pakai vellfire. Baik aku instafamous, ada mustang.
Saya tak pandai nak tunjukkan kepentingan ilmu pada golongan sebegini, kerana mereka cuma lihat wang, dan saya tidak memilikinya. Saya juga tak pandai nak berbahas tentang konsep rezeki dan usaha, kerana semua itu tidak dapat digambarkan.
Dahulu, orang yang kurang cemerlang dalam pendidikan, merendah diri, segan pada orang berilmu. Sekarang, orang yang berilmu, jadi segan untuk mengaku lepasan universiti, kursus professional kerana tidak dapat kerja yang baik.
Jadilah berilmu, jadilah orang berusaha. Nilaian ilmu itu janganlah diletak pada wang dan harta kerana itu bukan tempatnya. Nilai ilmu itu melebihi harta, dan ilmu itu ada tempatnya tersendiri. Orang berharta boleh membeli buku, tapi bukan ilmu. Letaklah harta di tangan, letaklah ilmu dihati.

Situ duduk.
No comments:
Post a Comment