Thursday, 19 August 2021

CROOK FILEM MELAYU PUN BOLEH MENYANYI

 CROOK FILEM MELAYU PUN BOLEH MENYANYI

Cuba bayangkan.....
Semua crook terkenal di Shaw Brothers bergabung untuk menyanyikan sebuah lagu untuk dimuatkan dalam filem SUMPAH WANITA arahan pertama Omar Rojik edaran 1960.
Lagu berjudul IKAN KEKEK ciptaan Osman Ahmad, lirik oleh H.M.Rohaizad, dan susunan muzik oleh P Ramlee. Lagu ini berkonsepkan jenaka ria.
Penyanyi2 yang terlibat adalah SALLEH KAMIL, OMAR SUWITA, ALI FIJI, M.RAFEE, OMAR HARUN, HM ROHAIZAD, AHMAD C dan AZIZ JAAFAR (hero filem tersebut). Ahmad C diberi tugas sebagai penyanyi solo utama, manakala yang lain sebagai suara ramai atau chorus.
Seorang lagi ' crook ' filem Melayu yang terlibat adalah A RAHIM tetapi beliau hanya bermain bongo bersama para pemuzik yang terdiri dari 7 orang pemain violin iaitu Osman Ahmad, Wandly Yazid, Subrinyo, Nordin, Chee Sai, Boon Liew dan Kam Leng. Lain-lain pemuzik adalah Yusoff B bermain saksofon, Kassim Masdor dengan gitar, Yusoff Osman (anak Osman Ahmad) dengan double bass, Ahmad Kassim dengan piano, dan P Ramlee bermain vibraphone dan juga sebagai music conductor.
Setiap penyanyi latar dibayar 20 RINGGIT seorang untuk sesi rakaman yang menelan masa lebih kurang 4-5 jam, dari rehearsal hingga ke rakaman.
Gambar menunjukkan sesi rakaman. Mereka yang terlibat adalah (dari kiri): HM Rohaizad (terlindung dengan microphone), Salleh Kamil, Omar Suwita, Ali Fiji, Ahmad C, Aziz Jaafar, M.Rafee (terlindung) dan Omar Harun (membelakangkan kamera).
Cuba lihat betapa besar dan power nya microphone. Dua ketul yang besar boleh menangkap suara 8 orang penyanyi, walaupun jarak mereka begitu renggang dari kedudukan microphone.
Gambar di bawah pula, A Rahim sedang bermain bongo dan di belakang kelihatan barisan pemain violin.
Berikut adalah lirik lagunya yang dilakonkan dalam filem oleh Seniman M Zain.
IKAN KEKEK
RAMAI: Ohoi ramai balik ke laut
Cari ikan pengisi perut
Panas terik hujan dan ribut
Itu semua kami tak takut
SOLO: Ikan kekek mak iloi iloi
Ikan gelama mak ilai ilai
Hari ini nasib tak untung
Dapat buntal yang perut kembung
RAMAI: Ohoi ikan banyak terpukat
Hati senang terloncat-loncat
Hilang letih hilanglah penat
Balik rumah upah pun dapat
SOLO: Ikan kekek mak iloi iloi
Ikan gelama mak ilai ilai
Kalau ikan aku tak dapat
Sampai rumah kena perambat
SOLO:. Ikan kekek mak iloi iloi
Ikan gelama mak ilai ilai
Ingat hati nak
peluk
gunung
Apakan daya tangan tak sampai
SOLO: Ikan kekek mak iloi iloi
Ikan gelama mak ilai ilai
Sungguh malang nasib Pak Kadok
Ayamnya menang kampung tergadai
Ciptaan: Osman Ahmad
Lirik: HM Rohaizad
fonzz
20.8.2021
Mungkin imej 2 orang dan teks yang berkata 'KFMMK'
243
29 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

No comments:

Post a Comment