Friday, 20 August 2021

POLITIK LICIK ANWAR IBRAHIM MENGATASI POLITIK BANGGANG UMNO

 POLITIK LICIK ANWAR IBRAHIM MENGATASI POLITIK BANGGANG UMNO

Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri. Ramai yang kecewa, berasa sedih hati lebih lebih lagi apabila UMNO telah menerajui kerajaan pada hari ini dengan sokongan Bersatu dan PN yang ditendang keluar oleh UMNO sendiri. Ramai yang tertanya tanya sejak Muhiddin dijatuhkan oleh kumpulan 15 orang MP UMNO, Anwar tidak begitu menonjolkan diri sepertimana kebiasaan nya. Umum mengetahui keterampilan Anwar dalam menghadapi asakan asakan pemberita namun pada kali ini sekadar memberikan satu sidang ahkbar sebagai memenuhi permintaan pemberita-pemberita yang jenuh menunggu. Ramai tertanya tanya mengapa Anwar berdiam diri, tidak melobi, tidak membeli MP atau membuat apa -apa kenyataan yang mahukan diri nya disokong menjadi Perdana Menteri. Malah beliau tidak pergi berjumpa dengan Tun Mahathir, tidak melobi GPS Sarawak untuk menyokong beliau dan difahamkan bahawa PKR dan PH telah mengarahkan semua pemimpin nya mengunci mulut selama 48 jam dan tidak membuat apa-apa kenyataan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim amat mengetahui bahawa bukan lah satu laluan mudah untuk mengambil alih kerajaan pada masa negara sedang berhadapan dengan 23,000 kes sehari. Rakyat sedang sengsara tanpa makanan, tanpa pekerjaan, kes bunuh diri, kematian akibat covid, anak anak yang menjadi yatim piatu, kesengsaraan barisan hadapan, kemelut sistem kesihatan yang hampir lumpuh dan bermacam macam isu yang bukan senang untuk diselesaikan dalam tempoh 22 bulan sebelum menghadapi PRU ke 15. Jikalau Anwar tidak dapat mengharungi keadaan ini maka Pakatan Harapan akan dihancurkan pada pilihanraya akan datang. Segala kegagalan Muhiddin Yasin dan Perikatan Nasional akan ditunggang oleh Pakatan Harapan. Bayangkan Muhiddin yang sedikit sebanyak pengalaman dalam arus pendtadbiran negara tidak dapat mengatasi masalah covid ini kan pula Ismail Sabri yang diketahui umum sebagai seorang yang tidak berwibawa, rasis, kelam kabut sehinggakan dia pernah mengarahkan orang-orang melayu supaya memboikot peniaga-peniaga Cina . Beliau pernah mencadangkan Low Yat2 untuk membolehkan peniaga peniaga melayu memboikot Low Yat tetapi ahkirnya Digital Mara yang dicetuskan nya mengalami kerugian yang teruk sehingga dua Mall Mara ditutup selama-lama nya. Inikah Visi ekonomi seorang Perdana Menteri Malaysia.
Ismail Sabri bukan lah persaiangan dengan Anwar Ibrahim yang jauh lebih berkaliber dari segi kepimpinan dan ketokohan nya di peringkat antarabangsa. Beliau seorang pemidato yang handal, pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti-Universiti termashur di dunia. Ketokohan ini akan membolehkan Anwar berupaya untuk menarik pelabur-pelabur dunia dalam tempoh yang singkat berbanding dengan Ismail Sabri yang tidak dapat melakukan apa-apa. Rakyat tidak tahu bahawa Muhiddin telah menghabiskan Khazanah negara malah sebulan sebelum beliau dijatuhkan kerajaan PN telah membuat pinjaman tergesa-gesa sebanyak RM 11.5 Billion. Dimana wang tersebut dibelanjakan, apakah ia nya telah menafaatkan rakyat. Untuk mengelakan semua isu ini dibangkitkan oleh Pakatan harapan jika mereka menerajui kerajaan, maka dengan muka yang menebal dengan kesipuan yang tidak terhingga itu Muhiddin tanpa segan silu terus menyokong parti yang menendangnya keluar daripada tampok pemerintahan negara.
Berbalik kepada Anwar, jikalau Anwar gagal dalam tempoh dua tahun ini, maka kaeier politik nya akan dicemuh oleh rakyat. Maka Anwar dengan sengaja telah mengujudkan “Kegagalan” dinamik dengan mengetahui bahawa UMNO akan menamakan seorang yang lemah dari segi mengembeleng idea untuk merancakan ekonomi negara, tempoh 22 bulan akan datang akan dijadikan sebagai kayu ukuran PN dan BN yang gagal membela rakyat. Ini lah Kelicikan Anwar dan kebodohan UMNO. Mengambil alih kerajaan yang digagalkan oleh Menteri Menteri UMNO sendiri dan menamakan seorang yang lemah dari segi idea ini akan menjerumuskan UMNO kepada satu kancah kegagalan total. Lain lah jikalau Datuk Seri Najib atau Tengku Razaliegh Hamzah dijadikan Menteri Kewangan. Jangan lah melantik menteri menteri yang ternyata gagal dalam empoh 17 bulan lalu. Bolehkah senior senior ini bekerja dibawah Maskot Pata86 yang tidak mengetahu bahawa memakan telur penyu adalah satu kesalahan dibawah Undang-Undang Malaysia. Apa pun kita tunggu lah Pengkhianat Pengkhianat yang bakal membuka pekong didada nanti.

No comments:

Post a Comment