Thursday, 26 August 2021

ANAK SELANGOR PERTAMA JADI BINTANG FILEM.

 ANAK SELANGOR PERTAMA JADI BINTANG FILEM.

Haji Arshad atau nama sebenarnya Mohamad Douglas bin Mohari merupakan anak kelahiran negeri Selangor pertama yang menjadi bintang filem.
Dilahirkan di Kampung Permatang, Kuala Selangor pada tahun 1936. Filem pertama beliau ialah Penchuri dengan membawa peranan kecil sebagai Inspektor Polis. Antara filem-filem lain yang pernah mempopularkan nama Haji Arshad seperti Mahsuri, Bawang Puteh Bawang Merah, Noor Islam, Hang Jebat, Sri Mersing, Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang,Tun Fatimah, Lanchang Kuning, Gul Bakawali dan yang terakhir Kalong Kenangan.
Sekitar tahun 1980-an Haji Arshad pernah muncul dalam filem Ribut Barat dan Tsu Feh Sofia dan pernah merangkul anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dalam Festival Filem Malaysia.
Haji Arshad pernah diberi pengiktirafan sebagai Anak Selangor Pertama Menjadi Bintang Filem oleh Kerajaan Negeri Selangor di zaman Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib menjadi Menteri Besar Selangor. Haji Arshad meninggal dunia pada tahun 1995 di kampung halamannya.
Titipan doa dan Al- Fatihah buat Allahyarham Mohamad Douglas bin Mohari atau Haji Arshad.

No comments:

Post a Comment