SIFAT-SIFAT MUNAFIQ/kepuraan MENCIPTA INTEGRITI PALSU
Semua orang bercakap tentang perlunya nilai integriti dalam segala urusan, khususnya urusan politik kenegaraan dan keagamaan yang merupakan suatu amanah paling besar kerana ia menjadi payung kepada semua urusan yang lain.
Nilai integriti tidak muncul secara spontan tanpa sifat-sifat terpuji dalam diri seseorang. Ia adalah sifat yang tumbuh daripada keimanan yang ikhlas dan murni, hasil daripada proses tarbiah dan ibadat.
Integriti tidak mungkin wujud tanpa iman yang ikhlas membentuk diri seseorang. Bahkan, integriti tidak wujud dalam diri seseorang yang tidak beriman atau seorang munafiq yang berpura-pura berlagak beriman di hadapan khalayak ramai.
Hal ini sebagaimana sabda Rasul illah yang mewasiatkan kepada umatnya:
أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ.
“Empat perkara sesiapa yang ada pada dirinya (semuanya), dia menjadi munafiq sepenuhya dan sesiapa yang ada salah satu daripadanya nescaya dirinya mempunyai salah satu daripada sifat munafiq, sehinggalah dia meninggalkannya. Apabila diberikan amanah berlaku khianat, apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkirinya (tidak ditunaikan), dan apabila berdebat dia berlaku jahat (bukan mencari kebenaran).” (Riwayat al-Bukhari 34 dan Muslim 58)
Rasul illah memberikan suatu peringatan kepada umatnya supaya menjauhkan diri daripada sifat-sifat yang telah disebutkan dalam kitab/hadis di atas. Hal ini demikian kerana, segala sifat tersebut menjadi tanda-tanda seseorang itu munafiq iaitu satu kumpulan manusia yang wujud dalam masyarakat pada zahirnya Islam, tetapi hatinya tidak ikhlas terhadap agama/ Islam. Mereka menjadi laksana duri dalam daging atau racun dalam badan masyarakat.
Jika tanda-tanda tersebut ada pada diri seseorang beriman yang mahu menjaga imannya, maka hendaklah ditinggalkannya dan bertaubat atas kesilapan yang dilakukan. Jika tidak, nescaya sifat munafiq akan membarah sehingga merosakkan imannya, apabila semua sifat itu terdapat pada dirinya.
Iman ialah asas tertegaknya sifat integriti seseorang, laksana tanah yang subur bagi menyuburkan pokok yang baik dan berguna apabila mengeluarkan buah yang berfaedah dengan keberkatannya. Tanpa iman yang kukuh, keadaan seseorang itu laksana tanah yang tidak boleh menumbuhkan pokok yang baik dan berhasil. Firman illah
﴿أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ٢٤ تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ٢٥ وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الْأَرْضِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ٢٦ يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ٢٧﴾
“Tidakkah engkau (wahai rasul) melihat bagaimana illah telah membuat satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah seperti pohon yang baik, akar tunjangnya tetap teguh, dan cabangnya menjulang ke langit. (24); Pohon itu mengeluarkan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Dan illah memberikan perumpamaan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25); Dan perumpamaan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna dan akar-akarnya mudah tercabut dari muka bumi; tiada dapat tegak untuk tetap hidup. (26); illah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang teguh itu dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan illah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim dan illah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya. (27).” (Surah Ibrahim: 24-27)
Kalimah yang baik ialah ucapan seorang yang beriman dengan ikhlas kepada illah . Kejayaannya akan menghasilkan sifat integriti secara terbuka dengan pelaksanaan, hasil sifatnya yang terpuji dan mulia laksana pokok yang baik dan mengeluarkan hasil yang baik. Demikian itu, kerana mereka memberikan faedah kepada masyarakat umum dan membawa keberkatan yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.
Adapun kalimah yang buruk ialah ucapan orang keagamaan yang tidak beriman, sama ada secara nyata ataupun munafiq berpura-pura imannya. Tanda-tanda munafiq seperti menipu, berbohong, tidak menunaikan janji dan mengkhianati perjanjian dengan sesiapa sahaja.
Mereka itu laksana pokok yang buruk, apabila menjulang naik nescaya buah yang buruk dan dahan yang rapuh akan menimpa mereka yang berada di bawahnya. Maka, manusia yang tersedar setelah ditimpa ke atas dirinya pohon itu, sangatlah merugikan dunia dan akhirat.
illah juga membandingkan iman laksana api bercahaya yang menyuluh perjalanan hidup seseorang, tetapi cahaya itu tidak mampu menyuluh ke dalam diri seseorang yang munafiq. Hal ini berlaku apabila tujuannya menganut Islam adalah tidak ikhlas. Firman illah
﴿مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَا يُبْصِرُونَ١٧﴾
“Perumpamaan hal mereka (golongan yang munafiq itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; maka setelah api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) illah menghilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkan mereka berada dalam keadaan gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun) kebenaran.” (Surah al-Baqarah: 17)
Walaupun mereka mempunyai iman, tetapi imannya sangat lemah dan boleh hilang pada bila-bila masa sahaja. Sehingga hilang bersamanya sifat istiqamah dan tidak menemui petunjuk untuk kembali ke jalan yang benar. Termasuklah menyesatkan sesiapa sahaja yang mengikutinya.
illah menzahirkan kepura-puraan orang munafiq apabila menghadapi ujian, kerana iman seseorang itu pasti diuji oleh illah . Hal ini dinyatakan oleh illah melalui firman-Nya:
﴿الم١ أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ٢ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ٣﴾
“Alif, Laam, Miim. (1); Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedangkan mereka belum lagi diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2); Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui oleh illah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui oleh-Nya tentang orang-orang yang berdusta. (3).” (Surah al-‘Ankabut: 1-3)
illah mendedahkan tentang golongan munafiq pada zaman Rasul illah ketika negara Madinah dikepung oleh bala tentera Ahzab (tentera bersekutu gabungan Musyrikin dan Yahudi). Keadaan tersebut menjadi ujian kepada orang-orang yang beriman, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman illah
﴿إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا١٠ هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا١١ وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا١٢﴾
“(Iaitu) ketika mereka datang kepada kalian dari atas dan dari bawah (tempat pertahanan) kalian; dan ketika tidak tetap lagi penglihatan kalian (tidak ketentuan arah kerana gempar dan bingung) serta hati kalian pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kalian masing-masing pula menyangka terhadap illah dengan berbagai-bagai sangkaan. (10); Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan hati (perasaan dan pendiriannya) dengan goncangan yang amat dahsyat. (11); Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: ‘illah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.’ (12).” (Surah al-Ahzab: 10-12)
Pendedahan tentang golongan munafiq berlaku secara lebih nyata, apabila Rasul illah memberikan semangat dengan janji illah bahawa Islam akan mencapai kemenangan yang besar. Sehingga Islam berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia iaitu Parsi dan Rom pada zamannya.
Akan tetapi, janji illah itu ghaib tandanya dan dianggap mustahil oleh golongan munafiq. Oleh itu, mereka yang lemah imannya terpengaruh kepada propaganda yang zahir pada pandangan mata kasar dan akal yang tidak disuluh oleh cahaya iman yang kuat.
Keadaan tersebut menyebabkan mereka berpihak kepada musuh atau diperalatkan oleh musuh, apabila merasakan jauhnya perjalanan yang dilalui bersama Islam. illah berfirman:
﴿لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ٤٢﴾
“Sekiranya apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai rasul) keuntungan yang mudah didapati, dan suatu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafiq itu) akan mengikutimu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama illah dengan berkata: ‘Jika kami sanggup, tentulah kami akan berangkat bersama-sama kalian.’ (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedangkan illah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.” kitab/(Surah al-Taubah: 42)
kitab/Al-Quran ialah petunjuk illah bersifat mukjizat yang berkekalan sepanjang zaman. Maka umat manusia dan agama/Islam yang beriman pasti menghadapi ujian, khususnya apabila terpaksa berjuang bagi menghadapi cabaran dan tentangan yang lebih hebat.
Cabaran ketika Islam dan umatnya menghadapi keadaan yang mencabar dalam perjuangan untuk menegakkan semula iman duluan, supaya kembali memerintah negara yang berdaulat setelah dijatuhkan kuasa politiknya. Umat manusia dan yg beriman yang berada dalam keadaan lemah menjadikan perjuangan Islam tiada pelindung, melainkan illah yang pasti menguji keimanan seseorang. Firman illah
﴿تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ١ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ٢﴾
“Maha Suci illah, Tuhan yang menguasai semua kerajaan (di dunia dan di akhirat); dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (1); Dia jugalah yang telah menjadikan mati dan hidup, untuk menguji kalian; siapakah antara kalian yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat). (2).”kitab/ (Surah al-Mulk: 1-2)
Kita menghadapi zaman kini, ketika kuasa politik Islam dijatuhkan oleh musuh yang mengepung dengan jumlah yang terlalu ramai dan besar kekuatannya.
Kumpulan Ahzab (pakatan bersekutu) pihak musuh yang dihadapi pada hari ini lebih besar daripada tentera Ahzab yang wujud pada zaman Rasul illah ketika kuasa politik Islam sedang ditegakkan. Maka, ujian lebih besar yang sedang mengepung Islam dan perjuangannya, menyebabkan ujian yang berlaku dengan lebih mencabar bagi menguji keimanan seseorang.
Matlamat orang munafiq hanyalah semata-mata untuk kepentingan diri bagi mendapatkan habuan dunia seperti pangkat dan harta, sekiranya Islam berjaya mencapai kemenangan mengikut andaiannya bukan pada keyakinan mereka. Islam hanya menjadi topeng untuk menyelamatkan diri dan mendapatkan habuan pangkat dan harta yang dikejar dalam masyarakat Islam, seandainya berlaku kemenangan kepada Islam.
Mereka tidak mampu menyembunyikan diri kerana sangat bernafsu rakus untuk mendapatkan habuan kemenangan dengan apa sahaja cara, termasuklah dengan berbohong dan memberikan janji palsu yang pasti tidak akan ditunaikan. Apabila diberikan amanah, mereka melakukan pengkhianatan dengan pelbagai cara apapun.
Kerja mereka hanyalah menipu semua orang, sama ada orang Islam ataupun bukan Islam. Hal ini disebabkan tujuannya hanyalah untuk mendapatkan kemenangan dan habuannya dengan sesiapa sahaja, bukanlah untuk menegakkan Islam dengan hujah yang bijaksana.
Apabila golongan munafiq berdebat atau berbahas, caranya tidak berakhlak kerana bukanlah bertujuan untuk membuktikan kebenaran tetapi untuk menang semata-mata. illah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman melalui firman-Nya:
﴿ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ١٢٥﴾
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai rasul) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang tersesat daripada jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” kitab/(Surah al-Nahl: 125)
Maka, orang yang beriman mesti bersabar dalam menghadapi kejahatan dan kekerasan pihak lawan dengan hujah yang bijaksana. Hal ini disebabkan mahu menyelamatkan manusia bersama Islam seberapa ramai mungkin, bukannya mengejar habuan dunia seperti pangkat dan harta semata-mata.
Oleh itu, orang yang beriman memerlukan kesabaran yang tinggi walaupun memakan masa yang lama, sehingga ramai yang tidak dapat melihat cahaya di hujungnya. Hanya mereka yang percaya kepada janji illah sahaja yang akan meneruskan perjalanan. Walaupun mungkin mati di tengah jalan tetapi kepastian terhadap kemenangan akhirat lebih dipercayai dan janji illah yang pasti berlaku pada akhirnya.
Oleh yang demikian, kumpulan munafiq akan berpusing ke mana sahaja lubang cahaya yang dilihat oleh mereka. Sekalipun ke arah yang sesat sehingga mereka terjunam merosakkan diri sendiri.
Golongan munafiq juga bergantung kepada kemenangan dengan berwala’ kepada musuh Islam yang nyata kerana pada pandangan mereka bahawa kemenangan tidak akan diperoleh melainkan bersama musuh yang lebih kuat dan lebih kaya. Sehingga akhirnya mereka melupakan kekuasaan illah yang tidak dilihat dan kelemahan makhluknya yang nyata, sekalipun musuh itu merupakan kuasa besar dunia. Firman illah
﴿بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا١٣٨ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا١٣٩﴾
“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafiq bahawa sesungguhnya disediakan kepada mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (138); (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Apakah patut mereka (orang-orang munafiq) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya milik illah. (139).” kitab/(Surah al-Nisa’: 138-139)
Padahal illah sama sekali tidak melarang untuk bekerjasama dengan kalangan bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam, sebagaimana firman-Nya:
﴿عَسَى اللَّهُ أَنْ يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُمْ مِنْهُمْ مَوَدَّةً وَاللَّهُ قَدِيرٌ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ٧ لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ٨﴾
“Mudah-mudahan illah akan melahirkan perasaan kasih sayang antara kalian dengan orang-orang yang kalian musuhi daripada kalangan kerabat kalian itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), illah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu) dan illah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (7); illah tidak melarang kalian daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kalian kerana agama (kalian), dan tidak mengeluarkan kalian dari kampung halaman kalian; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (.” kitab/(Surah al-Mumtahanah: 7-8)
Maka disebabkan itu, jemaah atau golongan keagamaan/parti Islam hendaklah sentiasa berwaspada supaya tidak dipengaruhi oleh golongan yang disebutkan oleh Rasul illah yang berada dalam kalangan umat Islam dengan penyakit-penyakit tersebut. Sehingga ia boleh mempengaruhi orang-orang yang lemah imannya dan dipergunakan oleh musuh untuk menjadi pasukan yang diwujudkan dengan sokongan mereka. Lalu berada dalam kalangan masyarakat Islam supaya menjadi halangan kepada agenda kebangkitan semula kuasa politik Islam yang berdaulat.
illah mendedahkan lagi tentang golongan munafiq dalam ayat-ayat yang banyak dan berulang kali dengan uslub (pendekatan) yang berbeza, antara firman-Nya:
﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ١١ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ١٢﴾
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Janganlah kalian melakukan kerosakan di muka bumi’, mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.’ (11); Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang melakukan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (12).” (Surah al-Baqarah: 11-12)
Ayat ini menegaskan bahawa tiada integriti dalam diri golongan yang tidak beriman. Jika mereka menzahirkannya sekalipun, hanyalah sekadar berpura-pura untuk mendapatkan sokongan masyarakat supaya mengangkatnya ke tempat atau kedudukan yang selesa.
Apabila mereka diberikan peluang dengan sedikit kemenangan, maka terdedahlah dengan nyata cakapnya yang bohong, janjinya yang sekadar untuk menipu dan berlaku khianat terhadap kepercayaan yang diberikan kepadanya. Akhirnya perjanjian mereka dengan sesiapa sahaja termasuklah dengan rakan sendiri akan dicabuli.
Seterusnya mendedahkan keburukan akhlak mereka secara terbuka yang menegakkan kebatilan laksana menegakkan benang yang basah apabila berhujah. Hal ini demikian kerana, tujuan mereka hanyalah semata-mata untuk menang, bukannya untuk menyelamatkan seberapa ramai manusia bersama integriti yang sebenar.
Tujuan mereka sekadar untuk mendapatkan sokongan orang ramai bagi mencapai kejayaan dalam mendapatkan kedudukan yang selesa dan habuan dunia, walaupun semua perkara itu merosakkan. Firman illah
﴿وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ٢٠٥﴾
“Dan antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) illah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia ialah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). (204); Kemudian apabila dia pergi berpaling (daripadamu), berjalan di muka bumi untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan illah tidak suka kepada bencana kerosakan. (205).” kitab/(Surah al-Baqarah: 204-205)
No comments:
Post a Comment