SELINGAN BOLLYWOOD : BAJRANGI BHAIJAAN "SARAT MESEJ KEMANUSIAAN & KASIH SAYANG TANPA PERBATASAN"
Peminat filem Bollywood, terutamanya peminat pelakon popularnya iaitu Salman Khan pasti akan sentiasa mengingati filem ini. Bajrangi Bhaijaan yang telah berjaya memenangi dan menyentuh hati jutaan pononton diseluruh dunia.
Kisah seorang pemuda bernama Pawan telah menjumpai dan menyelamatkan seorang gadis kecil yang telah tersesat. Gadis kecil yang tidak boleh bercakap, diberi nama sebagai Munni. Pawan tetap mengasihi Munni walaupun telah mengetahui Munni berbeza agama dan negara.
Pawan sanggup mengorbankan dirinya untuk memastikan Munni selamat tiba ke pangkuan keluarganya. Bagi Brader... Filem ini sangat berharga. Kerana sangat jarang sekali sesebuah filem mengangkat kisah seumpama ini.
Kisahnya sarat dengan mesej yang positif, terutamanya mengenai nilai kasih sayang tanpa perbatasan. Kasih sayang tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama berjaya meruntun jiwa ramai orang yang menontonnya.
Bermula dengan penulis skrip, pengarah dan para pelakon utamanya 'ikhlas' dalam berkarya. Oleh kerana keikhlasan itulah, maka lahirnya sebuah filem yang bukan sahaja berkualiti. Tetapi berjaya memenangi pelbagai anugerah dan kutipan box office yang tinggi.
Malah, apa yang lebih bermakna... Apabila karya ini telah berjaya memenangi hati ramai penonton didunia. Karya yang mampu mengajak penonton berfikir, bersikap lebih prihatin dan memupuk kasih sayang sesama manusia tanpa mengira apa jua perbezaan.
No comments:
Post a Comment