Thursday, 26 August 2021

Gejala 'Memory Loss' Hasil Ketaasuban Terhadap Karangan Pegawai British

 Gejala 'Memory Loss' Hasil Ketaasuban Terhadap Karangan Pegawai British

Orang-orang Cina berpengetahuan jika ditanya pasal budaya atau cara berpakaian dari sejarah mereka, biasanya secara terperinci mereka akan jawab, bahawa pakaian macam ni dari zaman Qing, cara pakaian macam ni orang Cina pakai zaman Ming dan sebagainya.
Cara jawab begini adalah normal bagi manusia-manusia di luar sana. Kerana mereka menganggap trend budaya itu adalah fleksibel dan berubah-ubah ikut zaman, bukannya petanda setiap perubahan itu maka menandakan 'terciptalah' satu bangsa baru siap nama baru dan identiti yang dipersiapkan khas untuk mereka.
Tapi yang anehnya, ada sesetengah anak Melayu memikirkan bahawa hanya dengan cara berpakaian atau memeluk agama, maka identiti bangsa secara mutlak terus tercipta tanpa ada kaitan dengan sejarah keturunan yang sama pada masa lalu. Ini aneh, seperti program 'memory eraser' dalam filem-filem psikologi-thriller Hollywood.
Apa yang mereka tidak faham adalah - kelompok etnik Melayu itu sudah ada sejak pra-Srivijaya, mereka yang memanggil nama mereka Melayu itu sebelum mereka berkembang menjadi berbangsa-bangsa melalui perkahwinan campur dan pengembangan kuasa politik sehingga besar seperti hari ini.
Yang akhirnya raja-raja mereka tak lupa mencatatkan nama bangsa ini dalam karya agung, dalam Sulalatus Salatin dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Kes ini sama seperti orang Melayu jati semenanjung yang memang asli memang ada di semenanjung namun di sana ada juga Melayu dagang dan Melayu peranakan yang mana keturunan Melayu jatinya berkahwin campur dengan orang dari Sumatera, Jawa atau lain-lain tempat sehingga dari luar Alam Melayu.
Gejala 'memory loss' begini sebenarnya berpunca dari pemikiran pegawai kolonial British yang ketika itu 'no idea' tentang peradaban Melayu sebab belum lagi jumpa pasal Srivijaya dan Tamadun Sungai Batu. Jadi mereka buat banyak hipotesis berdasarkan kepala tau mereka. Indianisasilah, campuran bangsa-bangsalah dan sebagainya.
Daripada pegawai British inilah saka-sakanya mewarisi pemikiran 'Melayu muncul dari sekian-sekian' atau 'sebelum itu tidak ada Melayu, Melayu tak panggil dirinya Melayu'... ape ke hei yob. Cara berfikir songsang begini tidak ada pada bangsa lain yang maju itu sebab mereka tiada sejarah dikelentong oleh pegawai British.
Jadi anak-anak Melayu spesis ini perlu belajar sejarah manusia dengan betul sebelum menjadi mangsa program 'memory eraser' seperti dalam filem-filem psikologi-thriller Hollywood.

No comments:

Post a Comment