Wednesday, 11 August 2021

pati

 

PROGRAM REKALIBRASI PULANG DI PEJABAT IMIGRESEN CAWANGAN STULANG LAUT
Syarat-syarat utama untuk menyertai Program Rekalibrasi Pulang di Pejabat Imigresen Cawangan Stulang Laut :
1. Memiliki dokumen perjalanan yang sah (Pasport atau dokumen perjalanan);
2. Memiliki tiket pulang ke Negara asal;
3. PATI hadir TANPA perlu membuat janji temu (STO) di Kaunter Imigresen Khas sehari sebelum jadual feri berlepas;
4. Bayaran Kompaun RM 500 bagi dewasa dan gratis untuk kanak - kanak (umur 18 tahun ke bawah) berserta bayaran Pas Khas RM 100 bagi kesalahan dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa;
5. Bayaran hendaklah dilakukan sama ada menerusi Kad Debit / Kad Kredit dan Touch ‘n Go eWallet SAHAJA;
6. Slip Ujian Saringan RT-PCR COVID-19 (sahlaku dalam 72 Jam dari tarikh jadual feri berlepas). Ujian RT-PCR ini boleh dilakukan di mana - mana klinik sebelum hadir ke Pejabat Imigresen Cawangan Stulang Laut. Hanya PATI yang memperoleh keputusan NEGATIF sahaja dibenarkan berurusan.
Sebanyak 5 Kaunter Khas telah disediakan oleh JIM dan beroperasi bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Kaunter Khas bagi pendaftaran Program Rekalibrasi Pulang hanya beroperasi pada hari ketiadaan feri masuk bagi mengelak kesesakan diantara PATI dan penumpang lain yang akan balik ke negara asal pada hari yang sama.
Program Rekalibrasi Pulang merupakan suatu inisiatif oleh Kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah melakukan kesalahan tinggal lebih masa, berada di Malaysia tanpa pas yang sah untuk balik ke negara asal secara sukarela.
JIM ingin mengingatkan kepada semua PATI untuk mengambil peluang ini dengan segera dan tidak menunggu sehingga pada saat akhir. PATI juga diingatkan supaya tidak menggunakan khidmat orang tengah atau ejen bagi urusan Rekalibrasi Pulang (RP).
Jangan lupa layari Media Sosial dan Portal Rasmi JIM, klik ‘Like, Follow, Subscribe & Share’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
Facebook: Jabatan Imigresen Malaysia
Twitter: @imigresenmy
Instagram: Imigresen
Telegram: Jabatan Imigresen Malaysia
Portal: Jabatan Imigresen Malaysia
MyOnline Pasport:
Semak Status Perjalanan Imigresen:-
Portal Rekalibrasi:
Sistem Pertanyaan Online (SPO):
Sistem Temujanji Online (STO):
Sistem Maid Online (SMO):
My Travel Pass:
ePLKS@JIM:
Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs): https://www.imi.gov.my/.../1742-soalan-lazim-perkhidmatan...
Aduan PATI (JIM):
03-88801347
Aduan PATI National Task Force (NTF):
011-6251 1223 (WhatsApp)
Aduan PATI / SISPAA:
Mungkin imej teks
228
36 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi
Acara Yang Mungkin An

No comments:

Post a Comment