Tuesday, 10 August 2021

fb

 

Tular OKU mohon sumbangan
Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor bersama Eksekutif Operasi Agihan Daerah Hulu Langat turun pada malam ini untuk bertemu dengan seorang pemuda (OKU) yang kini semakin tular kisahnya meminta bantuan menerusi aplikasi whatapps.
Alhamdulillah, pemuda ini memberikan kerjasama yang baik dan menjelaskan perkara sebenar pada kami. Kisah tular ini sebenarnya telah berulang kali berlaku sejak tahun 2018 lagi di mana beliau telah menerima rawatan di sebuah Hospital dan ada seseorang simpati melihat keadaannya yang dipotong kaki akibat penyakit kencing manis. Orang tersebut tidak mengetahui kisah sebenar lelaki ini, dan bertindak membuatkan satu hantaran di aplikasi whatapps untuk memohon sumbangan orang ramai.
Hasil pertemuan malam ini, pemuda ini menjelaskan semua perkara pada kami. Beliau tidak mengetahui mengapa kisahnya sering ditularkan walaupun ianya isu lama. Dan sehingga kini jumlah sumbangan yang telah diperolehi dalam akaunnya melebihi RM100 ribu ringgit. Setiap kali kisahnya tular, akaun banknya akan dibekukan kerana transaksi aliran wang masuk yang sangat banyak. Dan kini kehidupannya serba selesa bahkan lebih daripada cukup.
Pemuda OKU ini juga sudi membuat satu kenyataan video untuk memohon pada semua masyarakat dan warganet agar menghentikan perkongsian info mengenainya. Semua sumbangan yang diterima selama ini sangat mencukupi dan beliau juga dibantu oleh ahli keluarga yang lain.
Oleh yang demikian, kami sampaikan kisah sebenar buat anda semua. Rujuklah dahulu pada kami atau badan bertanggungjawab yang lain sebelum menyebarkan sesuatu info seperti ini. Isu sumbangan yang telah diterima adalah tanggungjawab pemuda ini dan pihak kami tidak boleh mencampuri urusan tersebut.
"Bersama kami membantu mustahiq, sedikit bagi anda segalanya buat mereka".
Kredit: ibnuhusain
210
39 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

No comments:

Post a Comment