Friday, 6 April 2018

Menjaga hati sesama manusia


Menjaga hati sesama manusia itu wajib . Kerana itu perintah dari Allah. Firman Allah dalam surah Al Baqarah:
Dan hendaklah kamu berkata kepada manusia itu dengan kata kata yang baik (dengan kata kata yang lembut dan tidak menyakitkan hati). Ayat :83.
Firman Allah dalam surah Ali Imran:
Ditimpa kehinaan mereka walau di mana mereka berada melainkan berjaya berpegang dengan agama Allah , dengan menghubungkan diri dengan Allah, dan berbuat baik sesama manusia.ayat:112. 
Maka mereka yang berjaya menjaga hati sesama manusia walaupun hatinya sering disakiti itulah manusia yang hebat dan dikasihi Allah. Kerana untuk melaksanakan perintah Allah bukan begitu mudah jika tidak ada kasih sayang dari Allah. Kerana kasih sayang Allah maka seseorang itu dapat mentaati perintah Allah . Maka bergembiralah mereka yang berjaya menjaga hati sesama manusia walaupun sering disakiti kerana kamu didalam pelukan kasih sayang dari Allah. Percayalah dengan keyakinan bukan semua manusia mendapat kasih sayang dari Allah.

No comments:

Post a Comment