ARIFBILLAH
Seorang insan Kamil Mukamil itu, tidak semestinya berjubah labuh.. Berlilit serban di kepala.. Atau pun berjanggut panjang di muka.. Mahu pun bertanda lebam di kepala.. Bukan hanya memegang quran dan bertasbih sahaja.. Dan bukan pula yang kelihatan alim semata mata.. Dan bukan pula 24 jam dihabiskan di masjid dan surau belaka..
Boleh jadi beliau hanya berseluar pendek sahaja.. Bersepatu jepun di mana mana.. Berbaju kemeja.. Bertali leher, atau pun seorang tukang cuci di tempat kerja.. Mahu pun seorang pegawai di bandaraya.. Waima seorang yang kelihatan gila di mata kita..
Ketahuilah,, boleh jadi seseorang itu merupakan insan yang sehina-hina pandangan di mata manusia,, tetapi semulia-mulia pandangan dan tinggi darjat di sisiNya..
Golongan yang terpilih ini, merupakan arifbillah atau pun wali-wali Allah, yang mana setiap detik kehidupan mereka, adalah hanya bertujuan untuk menyatakan Allah..
Semoga Allah pertemukan kita dengan golongan yang terpilih ini.. Jika tidak sekarang, mungkin pada suatu hari nanti.. Amiin²
No comments:
Post a Comment