Berkata Rasulullah SAW :
Pada ketika Nabi Adam telah membuat kesalahan, maka ia pun bertaubat kepada Tuhan dan berkata :
"Wahai Tuhan, saya mohon kepada-Mu dengan hak Muhammad supaya Engkau mengampuni aku".
Maka Tuhan menjawab : "Hai Adam bagaimana engkau mengetahui Muhammad, sedangkan ia belum Ku jadikan?"
Nabi adam menjawab : "Wahai Tuhan setelah Engkau jadikan saya, saya mengangkat kepala melihat ke Tiang Arasy di mana tertulis kalimat :
'LA ILAHA ILA ALLAH..'
'MUHAMMAD RASULULLAH..'
'MUHAMMAD RASULULLAH..'
"Maka saya tahu bahawa Engkau tidak akan menyertakan nama-Mu kecuali nama orang yang Engkau kasihi".
Maka Tuhan menjawab : "Engkau benar, hai Adam, ia adalah seorang laki-Iaki yang paling Aku kasihi, kalau engkau memohon kepada-Ku haknya, nescaya engkau Aku ampuni, dan kalau bukan kerana dia, engkau tidak akan Ku jadikan"
[ Hadis Riwayat Baihaqi & Thabrani ]
No comments:
Post a Comment