Ketika solat, WAJIB untuk kita INGAT pada Allah.. Tapi persoalan nya, macam mana nak ingat Dia ?
Tidak cukup dengan hanya sebut 'ALLAH' semata2.. Itu hanya sebutan bunyi di bibir.. Sedangkan Dia itu tidak bersifat, tidak berbentuk, tidak berhuruf, dan tidak berwarna..
Allah juga tidak boleh dibayangkan, kerana sifatnya bersalahan akan Dia itu, dengan sesuatu yang baru..
Jadi, kita haruslah KENAL dulu Allah, baru kita dapat ingat Dia.. Jika tidak, solat kita itu tidak ubah seperti senaman fizikal cara ARAB..
Itu baru ingat Allah ketika hendak solat.. Jika dalam solat pun kita tidak dapat ingat, bagaimana pula nak ingat dia ketika di luar solat ? Ketika dalam keramaian ? Ketika sedang bersendirian ? Ketika jaga ? Ketika tidur ?
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.. Semoga Dia redha dengan kita semua..
Cari Dia. Kenal Dia. Ingat Dia.
No comments:
Post a Comment