ZAT MUTLAK
Zat mutlak itu adalah orang itu sendiri. Selagi bayangan wujud ini menjadi objek dalam ilmu anda, maka objeklah yang anda sembah bukannya HAQ.
Hak tersembunyi di dalam Qalib ( Badan ). Oleh itu perhatikan Yang Benar di samping badan anda dalam pandangan.
Apabila Aku anda keluar, Aku DIA masuk dan menunjukkan KeindahanNya pada anda.
Dosa ialah PERINTAH dari HAQ, atas HAQ, untuk HAQ.
Surah Al-Fath : 10
Tangan allah atas tangan tangan mereka.
Al-Fath : 02
Allah telah mengampuni engkau wahai nabi, semua dosa dosa engkau yang dahulu dan dosa dosa engkau yang akan datang.
Ibnu Arabi berkata : Orang Arif ialah orang yang bukan sahaja melihat Allah dalam segala-galanya tetapi juga melihat Allah sebagai HAKIKAT SEGALANYA.
Al-Maidah : 01
Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.. Demikianlah pemikiran tentang Haq yang dizahirkan. DIA memakai perkara baik, perkara – pahala, perkara jahat – dosa. Keampunan dan KemurkaanNya tidak ada siapa yang dapat mengganggunya.
SYIRIK timbul dari Khatrat banyak. Zat yang satu itu memakai pelbagai pakaian. Oleh itu melihat YANG SATU sebagai YANG BANYAK adalah SYIRIK.
Solat, puasa, khalwat, dan tasbih adalah untuk memerhatikan Haq di dalam diri.
Ombak adalah bentuk bentuk dalam khayalan, hakikatnya adalah air.
Anggaplah wujud anda sebagai WUJUD ALLAH. Perbuatan dan sifat anda sebagai Af’al dan Sifat Allah.
Hilangkan diri anda dan cari semula dan bila berjumpa Hakikat Haq adalah hakikat anda.
NamaNya Yang Batin menunjukkan Yang Ghaib dan namaNya Yang Zahir menunjukkan Yang Nyata :
Peringkat Batin = Ahdiyyat / Uluhiyyat / Rububiyyat ( Ghaib ) Syahadah ( Ruh )
Peringkat Zahir = Arwah / Amthal / Ajsam ( Ruh ) Mithal ( Ajsam )
Surah Al-Hadid : 04
Dia jadikan langit dan bumi dalam 6 hari dan kemudian mengambil kedudukan di Arasy. Nabi Nabi tidak ditugaskan untuk MEMBUKA RAHSIA RAHSIA ini.
Mereka terpaksa menjalankan Syariat membiarkan Hakikat itu tersembunyi
Hadith :
Aku AHMAD tanpa MIM ( Aku adalah terhad, hakikatku ialah HAQ )
Aulia membuka Rahsia yang ditinggalkan oleh Nabi Nabi itu. Wali Wali Allah ialah jurucakap Nabi Nabi. Mereka menyatakan batin percakapan Nabi Nabi.
SYIRIK sebenarnya TIDAK WUJUD kerana syirik maksudnya bersekutu dengan yang lain sedangkan yang lain itu tidak wujud. Rupa tidak mempunyai wujud sendiri. Ia hanya idea tentang hakikat.
Surah Isra : 81
Yang benar ( haq ) telah datang dan hapuslah yang palsu ( batil ).
Sesungguhnya yang batil itu pasti hapus.
Jika anda anggap diri anda sebagai lain dari Allah dan Allah lain dari anda, anda telah meletakkan ASAS SYIRIK.
DIA menjadi cerminNya sendiri dan mempamerkan diriNya dan memerhatikan diriNya dan menikmati pemerhatian itu dan tidak ada yang lain ( ghayr )
IRADAT adalah dalam Allah. Manusia TIADA IRADATNYA sendiri.
KUDRAT ( Kuasa ) bergantung pada Wujud. Yang tidak ada tidak mempunyai Kuasa. Manusia pada hakikatnya tidak wujud dan TIDAK BERKUASA.
Allah menjadikan anda dengan IRADATNYA dan IradatNya itu terzahir dalam anda. Dengan itu Allah Berfirman mengesahkan kenyataan ini :
As-Saffaat : 96
Allah menjadikan kamu dan perbuatan kamu. DIA menjadi cerminNya sendiri dan mempamerkan diriNya dan memerhatikan diriNya dan menikmati pemerhatian itu dan tidak ada yang lain ( ghayr )
IRADAT adalah dalam Allah. Manusia TIADA IRADATNYA sendiri.
KUDRAT ( Kuasa ) bergantung pada Wujud. Yang tidak ada tidak mempunyai Kuasa. Manusia pada hakikatnya tidak wujud dan TIDAK BERKUASA.
Allah menjadikan anda dengan IRADATNYA dan IradatNya itu terzahir dalam anda. Dengan itu Allah Berfirman mengesahkan kenyataan ini :
As-Sifat : 96
Allah menjadikan kamu dan perbuatan kamu. DIA menjadi cerminNya sendiri dan mempamerkan diriNya dan memerhatikan diriNya dan menikmati pemerhatian itu dan tidak ada yang lain ( ghayr )
IRADAT adalah dalam Allah. Manusia TIADA IRADATNYA sendiri.
KUDRAT ( Kuasa ) bergantung pada Wujud. Yang tidak ada tidak mempunyai Kuasa. Manusia pada hakikatnya tidak wujud dan TIDAK BERKUASA.
Allah menjadikan anda dengan IRADATNYA dan IradatNya itu terzahir dalam anda. Dengan itu Allah Berfirman mengesahkan kenyataan ini :
As-Sifat : 96
Allah menjadikan kamu dan perbuatan kamu.
Pandanglah kepada TAUHID dalam perbuatan diri anda dan perbuatan anda :
Tiap tiap perbuatan ( baik atau jahat ) adalah dari Pelaku Yang Haq Mutlak. Sesuatu lakuan adalah dari satu Sifat daripada Sifat Sifat Allah yang tidak terkira banyaknya itu. Sifat Sifat pula bergantung pada Zat
Tiap tiap lakuan anda dalam dunia ini adalah Bayangan Lakuan Sifat atau Zat DIA, dan resapkanlah diri anda dalam bayangan bayangan itu.
Surah Hud : 56
Apa sahaja binatang yang merangkak dan melata melainkan DIA-lah yang memegang jambulnya kerana sesungguhnya Tuhan ada di jalan yang lurus.
Surah As-SĂ faat : 96
Allah menjadikan kamu dan apa yang kamu buat. Aulia & Anbia lebih takut kepada SYIRIK dari dosa.
MEMATIKAN DIRI
SYARIAT = membuang dosa dan kehendak nafsu
TARIQAT = menghapuskan kelakuan yang keji & memakai akhlak terpuji
HAKIKAT = Menghapuskan ke-AKU-an diri sendiri yaitu kenal Zat anda sebagai Zat Allah, wujud anda sebagai Wujud Allah, kenal anda sebagai Kenal Allah. Tiada yang wujud hanya Allah. Hanya Allah yang boleh berkata AKU. Tidak ada yang lain.
FIKIR
Fikir ada 3 jenis :
Pertama fikir tentang hal hal dunia, Kedua fikir tentang Syurga & Neraka, Ketiga fikir tentang Zat & Sifat Sifat Allah.
ISLAM ISLAM KULIT =
mematuhi hukum hukum Syariat sahaja tanpa memandang kepada HAKIKAT ZAT, SIFAT, ASMA, & AF’AL ALLAH.
MUSLIM KULIT =
Sibuk dengan pembersihan zahir sahaja. Yang Memberi & menerima itu Allah sebab hanya Dia Yang Wujud dan Dia itu AKU.
AMALAN MAKRIFAH
Anda hendaklah menganggap pelbagai objek ( benda ) sebagai ZAT ALLAH. Sifat Sifat benda sebagai Sifat Sifat Allah. Perbuatan benda sebagai Af’al Allah. Yang lainnya hilang dari pandangan ( ini dinamakan wahdat ) .
Cara Caranya saperti di bawah :
CARA MENURUN / NUZUL
Anggaplah diri anda sebagai HAKIKAT ZAT. Zat Aku adalah Zat Allah, Sifat aku adalah Sifat Allah, Perbuatanku adalah Af’al Allah.
CARA MENAIK / URUJ
Zat Allah adalah Zat Aku, Sifat Allah adalah Sifat Aku, Af’al Allah adalah Perbuatan Aku.
NUZUL DENGAN ALLAH
Zat Aku dengan Zat Allah, Sifat Aku dengan Sifat Allah, Perbuatan aku dengan Af’al Allah.
Al-Khasas : 88
Tiap tiap sesuatu ( ghayr ) adalah kosong sahaja kecuali ZatNya.
IRSHADAT = Kata Kata Mutiara Ulamak Daula Samnani
Tidak ada dosa yang lebih besar dari mengatakan diri sendiri berdosa. Tauhid ialah membebaskan fikiran dari semua khatrat ghayr.
No comments:
Post a Comment