Saturday, 3 June 2017

MENGENAL TUHAN

APABILA TELAH MENGENAL TUHAN,
APAKAH KITA BEBAS DARI DOSA?
Selagi BELUM merasakan "MATI YANG HIDUP" atau Mati Sebelum Mati" (Mati segala peranan makhluk) maka selagi itu, jasad akan tertakluk dengan syariat dan hukum-hukumnya.Selagi tertakluk kepada syariat, maka selagi itu ada dosa dan pahala !
TELAH MENGENAL TUHAN ?
Jika makhluk itu mengatakan dia telah mengenal Tuhan, maka itu tanda dia belum mengenal !
Kenapa ?
Kerana, Tuhan itu Maha Suci dari segala sesuatu. Makhluk itu tidak mampu untuk KENAL kepada TuhanNya melainkan Tuhan itulah yang memperkenalkan DiriNya kepada DiriNya melalui DiriNya sendiri. Makhluk itu hanya menjadi 'bekas' atau tempat PENZAHIRAN Ketuhanan. Dia menyatakan DiriNya melalui 4 'Elemen Hidup' yang dizahirkan pada jasad:
1. NAMA (As'ma)
2. SIFAT
3. PERBUATAN (Af'al)
4. USUL (Zat)
Tanda kenal adalah KELU dan Mati segala pancaindera zahir dan batin untuk menyatakan KENAL itu. Tiada suatu perkataan (Nama), tiada suatu Perbuatan, tiada Sifat dan tiada ilmu Usul pun yang dapat memperkatakan dan menjelaskan KENAL kepada Tuhan. Selagi boleh memperkatakan akan apa yang dikenal, itu tanda masih belum mengenal !
Kelu itupun, bukanlah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan KENAL akan Tuhan. Kelu itu hanya sekadar perkataan PERUMPAMAAN bagi memudahkan kita faham sahaja. Realitinya, selagi kita masih boleh Kelu, itulah tanda, kita ini masih makhluk yang terbatas. Masakan, sesuatu yang bersifat terbatas itu boleh mengenal sesuatu yang Tidak Terbatas ?
Tuhan itu Maha Esa yang tiada keterbatasan batin dan zahir. Dia tiada PERMULAAN dan Dia tiada PENGAKHIRAN, namun DIA punca setiap yang MULA dan DIA juga punca setiap yang Akhir, meliputi batin dan zahir !
Selagi BELUM merasakan "MATI YANG HIDUP " atau Mati Sebelum Mati" (Mati segala peranan makhluk) maka, selagi itu jasad akan tertakluk dengan syariat dan hukum-hukumnya.Selagi tertakluk kepada syariat, maka selagi itu ada dosa dan pahala !
Jika diri itu BENAR-BENAR telah merasai MATI yang HIDUP, maka barulah diriNya tidak tertakluk kepada dosa dan pahala !
Kenapa ? Kerana kehendak apa lagi yang ada pada diri yang telah Mati? Maka dosa dan pahala apa lagi yang boleh dihimpun oleh orang yang telah Mati ?
Soalnya, apakah benar diri itu BENAR-BENAR merasai MATI Yang HIDUP atau Mati Sebelum Mati ?
Ramai mengaku mereka telah Mati Sebelum Mati! (MSM)
Benarkah ?
Benar atau salah, hanya diri kita sendiri sahaja yang dapat mengesahkannya. Hanya diri kita sendiri yang tahu apakah kita telah benar-benar merasai Mati Sebelum Mati ! Kita boleh menipu orang lain, tetapi kita tidak pernah boleh menipu diri kita sendiri !
Mati Sebelum Mati itu adalah bahasa RASA bukan bahasa Kata-Kata !
Selagi masih boleh berkata-kata dan selagi boleh memperkatakan apa yang ingin diperkatakan, maka itu tanda diri belum Mati ! Apakah orang Mati boleh menyatakan dirinya telah Mati ? Hanya diri 'MATI Yang HIDUP', dapat menyatakannya!
Bagaimana?
Diri yang merasai MATI Yang HIDUP itu akan menunjukkan 4 ELEMEN HIDUP (Nama, Sifat, Perbuatan dan Usul) melalui 4 ELEMEN MATI pada jasadnya.
Apakah 4 ELEMEN MATI yang ditunjukkan oleh diri MATI Yang HIDUP ?
1. Siddiq
2. Amanah
3. Tabligh
4. Fatonah
Orang yang benar-benar merasai dirinya 'MSM', akan 'Hidup' dengan sentiasa mempraktikkan 4 Elemen Mati : Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatonah.
SIDDIQ (Benar)
Diri yang MSM itu akan sentiasa menyampaikan Kebenaran. Tiada dusta, tiada nista, tiada palsu, tiada pura-pura, tiada kepentingan diri. Tidak takut dalam menghadapi segala sesuatu kebenaran. Tiada gundah, tiada gulana dalam menyampaikan kebenaran. Tiada sedih, tiada dukacita dalam menghadapi kebenaran. Segalanya dilihat sebagai Nikmat. Hidup itu nikmat dan mati itu juga nikmat yang benar !
AMANAH (JUJUR)
Diri yang MSM, sentiasa amanah dalam menjaga dirinya, batin dan zahir, kerana itulah PERJANJIAN yang telah dibuat dengan Tuhannya sebelum jasadnya dilahirkan ke dunia.
Amanah, menjaga Kesihatan jasad batin dan zahir. Tidak melakukan kerosakan kepada diri sendiri dan kepada diri yang lain (masyarakat). Amanah mencari ilmu dan mempraktikkannya. Amanah untuk sentiasa BERTERUSAN BERHUBUNG (Solat) dengan TuhanNya.
TABLIGH (Menyampaikan)
Diri yang MSM, sentiasa menyampaikan RASA CINTA kepada Tuhannya. Bukan sekadar menyampaikan CINTA dengan kata-kata. Bila rasa CINTA itu disampaikan dengan IKHLAS, maka terlahirlah sifat Ihsan pada diri jasadnya. Diri yang Ihsan akan menzahirkan rasa CINTA yang suci murni terhadap makhluk. Hilang segala sifat marah, tidak ego, tidak bongkak, tidak sombong, tidak pentingkan diri, tidak berkelahi, tidak riak, tidak curiga dan segalanya HUSNUZHON (bersangka baik)
Diri yang MSM akan sentiasa ingin SAMPAI kepada TuhanNya. Tiada suatu apapun yang diinginkan olehnya, melainkan TuhanNya sahaja !
FATONAH (Bijaksana)
Diri yang MSM, sentiasa bijaksana dalam melakukan kesemua 4 Elemen Hidup dan kesemua 4 Elemen Mati.
Bijaksana dalam menggunakan segala kata-kata (NAMA). Bijaksana dalam menggunakan SIFAT dan PERBUATAN dan bijaksana dalam mengenal Usul (Zat).
Bijaksana dalam mencari dan menyampaikan Kebenaran (SIDDIQ). Bijaksana dalam menunaikan AMANAH. Bijaksana dalam Menyampaikan (TABLIGH) dan sentiasa Bijaksana dalam melaksanakan Kebijaksanaannya sendiri (FATONAH).
Diri yang bijaksana adalah diri yang mencari sebab sebelum menjatuhkan hukum kepada dirinya sendiri, bukan sekadar memandang sebab dan menjatuhkan hukum kepada diri yang lain !
Diri yang bijaksana adalah diri yang dapat MERASAI HAKIKAT 'MATI SEBELUM MATI' dengan pengalaman perasaannya, bukan sekadar mengatakan dirinya telah 'MATI SEBELUM MATI' hanya dengan kata-katanya.
Bila benar-benar telah merasai pengalaman MSM maka jadilah dia, diri MATI YANG HIDUP !
Diri yang telah MATI, tidak lagi tertakluk kepada Dosa !
Jika belum Mati, maka diri adalah tertakluk kepada Dosa !
Makanya, jika ingin lepas daripada Dosa, maka, Matikanlah diri mu !

No comments:

Post a Comment