MAQAM MAKRIFAT
Tingkat atau maqam makrifat akan dicapai oleh seseorang itu jika beliau telah menempuhi dan merasai pengalaman seperti berikut..
(1). Jika hamba itu sudah tidak ada dirinya. Bahkan yang meniadakan diri si hamba itu, bukan si hamba tatapi Diri atau Tuan empunya hamba.
(2). Tiada lagi ada pertanyaan kenapa dan bagaimana tentang masalah atau persoalan yang dihadapi di muka bumi ini.
(3). Tidak ada kesalahan, semua kebenaran (Al Haq), tiada lagi keburukan, semua kebaikan. Jika tidak ada kesalahan dan yang ada hanya kebenaran, maka Sang kebenaran itulah atau Al Haq yang senantiasa berbuat pada Af'al Nya.
Kalau sudah tidak ada lagi yang buruk, maka semata-mata hanya kebaikan yang ada. Dan Sang Kebaikan itulah sejatinya Zat yang selalu berlakon.
(4). Mereka yang sampai ke maqam makrifat adalah mereka yang tak ada lagi dosa, tak ada lagi pahala. Jika masih memandang ada dosa dan pahala, masih wajib berguru kepada mereka yang bersembunyi di balik keramaian.
(5). Sempurna makrifat adalah engkau mengenal asal kejadian dirimu dan engkau mengetahui awal yang diciptakan Allah SWT.
(6). Sungguh yang sudah mencapai maqam makrifat tidak tahu sama sekali dirinya siapa. Malah tak memahami, jika dirinya sudah sampai ke maqam makrifat. Kalau masih tahu, bererti masih jauh kepada makrifat itu sendiri.
(7). Jika sampai pada makrifat, maka tiada lagi tersebut Allah, Rabbi, Ilahi, Tuhan, Nabi, Rasul, Malaikat, Wali, Manusia, Insan, Haiwan, Tumbuhan, apalagi Jin dan Iblis serta Syaitan Laknatullah.
Tak ada lagi yang di atas itu disebut. Jadi siapa yang disebut!? Tak ada kecuali hanya Nama yang Agung (Ismul Adzham) yang tak tersebut, iaitu yang tak berhuruf dan tak bersuara.
Nah,,,,, inilah tujuh kriteria atau ciri-ciri mereka yang sampai pada maqam atau kedudukan sejatinya makrifat ..... Semoga Allah mempermudahkan urusan saya dan saudara-saudari sekalian., amiin2
No comments:
Post a Comment