Thursday, 15 June 2017

Manusia ada EMPAT jenis:

Manusia ada EMPAT jenis:
1. Mereka yang melihat Haq sahaja dan tidak melihat yang dijadikan (makhluk).
2. Mereka yang melihat makhluk pada zahirnya dan haq pada batinnya, mereka itu digelar “Dhawil-‘aql” (orang-orang akal), pada mereka Haq itu dicerminkan dalam makhluk.
3. Mereka yang melihat Haq pada zahirnya dan makhluk pada batinnya, mereka ini digelar “Dhawil-‘ain’ (orang-orang mata), pada mereka makhluk ini dicerminkan dalam Tuhan.
4. Ada pula yang melihat Allah dalam makhluk, dan makhluk dalam Allah, tanpa dinding antara mereka dan mereka ini digelar Dhawil-ain wa’ aql. Ini berkaitan dengan melihat Wahdat (satu) berserta dengan Khatrat (banyak). Ghazali berkata bahawa tauhid sejati adalah memerhatikan Allah dalam semua. ”Dia melihat Jamal (keindahan) Allah dalam semua perkara”.

No comments:

Post a Comment