KHALIK & MAKHLUK
Asal kata makhluk diambil dari kata-kata halq. Dan kata-kata halq itu diambil dari kata khalik. Dan kata-kata khalik itu adalah khalik. Jadi asal dari khalik kembali lagi kepada khalik.
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI’UN. DATANG DARI ALLAH KEMBALI KEPADA ALLAH.
Awalnya Allah, dan akhirnya Allah. Awalnya Tuhan, dan akhirnya Tuhan. Awalnya tidak ada permulaannya, dan akhirnya pun tidak ada penghabisannya.
Kalau ma’rifat kita sudah ta’zmullah, iaitu : tilik seorang arif itu akan kebesaran dan kemuliaan, keagungan sesuatu itu melainkan itu semata- mata kebesaran, kemuliaan, dan keagungan Tuhan Allah aza wazallah jua adanya.
Maka intisari daripada itu adalah :
Segala mahluk itu adalah khalik, dan khalik itu sebaliknya.
Dalilnya :
SYUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH, dan SYUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH, akhirnya SYUHUDUL WAHDAH FIL WAHDAH.
Demikianlah pandangan seorang arifinbillah.
Jadi kesimpulannya adalah :
SEMUA ITU ALLAH, dan ALLAH ITU SEMUANYA. Inilah yang disebut WAHDAH AL UJUD : atau kesatuan UJUD.
Demikianlah yang dapat hamba menyimpulkan bahawa : ALLAH ADALAH HAKIKAT ALAM.
No comments:
Post a Comment