Thursday, 15 June 2017

KESATUAN DI DALAM KEESAAN


KESATUAN DI DALAM KEESAAN
Tuhan itulah hakikat ujud dalam hidup ini..
Tuhan itulah hakikat alam..
Alam dan Tuhan adalah satu..
Maka siapa yang fana dengan Allah, nescaya ia lupa akan dirinya.. Dan berkenalan dengan Allah dalam syuhudnya.. Siapa tiada melekat Allah, dalam apa yang ia lihat; nyatalah ia masih terdinding..
Seorang ahlul hakikat yang tiada berhakikat..
Seorang pencinta Tuhan, yang tiada bertuhan..
Dan seorang ahli syariat, yang tiada bersyariat..
Dan seorang ahlul makrifat, yang tiada bermakrifat..
Seorang ahli fikir, yang tiada menggunakan fikiran..
Dan seorang ahli tasawuf, yang tiada bertasawuf..
Seorang pengenal, yang tiada mengenal lagi..
Kerana yang mengenal dan yang dikenal adalah satu jua..
Yang mencari itu, itulah juga yang dicari..
Ertinya; Tuhan mengenal Tuhan..
Jadi siapa kenal akan dirinya,
nescaya kenal akan Tuhannya.

No comments:

Post a Comment