Monday, 12 June 2017

hi &lepat

<3 Assalamualaikum jiwa jiwa Islam ♥
"Walaupun telah 99 kali kita gagal 'membuktikan kebenaran' kita di mata manusia dan 'keadilan' tidak dipihakkan kepada kita, dan 'aib' kita di perhebohkan, dan kita sering di hina dengan pelbagai kata hasutan dan kata umpatan.
Yakinilah pada Allah azza wajalla, dan usahlah dikisahkan..., Asalkan 'SEKALI' sahaja kejayaan kita di mata Allah Ta'ala, iaitu di pilih Allah Ta'ala untuk menjadi kekasih Nya..."
Senyum sajalah kepada mereka mereka yang gemar menyebar 'kata Hasutan' dan mencari salah orang lain,.. marilah kita hayati apa yang telah pun Allah peringatkan pada Surah 49 Al Hujuraat Ayat 6, Al Hujurat Ayat 12. Dan pada surat Qalam ayat 10 dan 11, dan tolong jangan dilupa, demi kebersihan mata batin kita, janganlah terlepas pandang pada surah Ibrahim Ayat 4. Halusilah balik baik baik ayat 4 pada surah Ibrahim itu, dan seterusnya kaitkan pada surah At Tiin ayat 8.
Kerana Prasangka yang menyangka 'akan adanya daya kuasa manusia yang boleh menyesatkan!', adalah satu prasangka yang jauh melencong dari tatapan para Makrifah.., dan prasangka yang sebegitu adalah tak ubah seperti membiakkan virus virus benci pada Akal dan hati kita sendiri.
Maka berwaspadalah, Kerana terhanya cinta sahaja yang akan berjaya kembali kepada cinta, sesungguhnya 'KEBENCIAN' sama sekali TIDAK AKAN dibenarkan untuk bertempat di dasar hati dan di lembah akal fikir para para ahli Makrifah, bersepadanlah dengan apa yang sering di nasihatkan oleh para wali Allah yang terdahulu di tatkala kita sedang di dalam pengajian ilmu Tasawuf, 'Jangan menjadi penghasut, jangan mengumpat, dan jangan bergaul dengan orang yang bodoh, yang mananya gemar menyebar bahasa kebencian...,
"BERKATALAH kamu dengan 'sebaik-baik perkataan' walaupun di dalam apa jua keadaan.." - Baginda Junjungan terpuji Nabi Muhammad s.a.w.
Dan Allah Ta'ala juga ada berfirman ;
"Jadilah engkau seorang PEMAAF (bukan pembenci) dan suruhlah orang mengerjakan yang Ma'ruf serta 'BERPALINGLAH!!' dari orang orang yang Bodoh..." Al-A'raf Ayat 199
DAN SETELAH INI DAN ITU, DENGAN INI INGIN TETAP KU PERKATAKAN YANG AKU INI MASIH SAJA SAMA, MASIH TERUS TETAP MENYINTAI MU WAHAI ALLAH TUHAN YANG MENGGERAKKAN DAN MENDIAMKAN KU,
TERIMA KASIH ALLAH KE ATAS SEGALA GALANYA, DENGAN INI AKU BERJANJI, BAHAWA AKU AKAN TETAP MENGHALA HATI DAN PERASAAN KU KE ARAH TERHANYA CINTA DAN SEGALA YANG POSITIF SAHAJA.

No comments:

Post a Comment