Wednesday, 14 June 2017

BENTENGKU MERENTASI.. KERAJAANKU MELIPUTI..

BENTENGKU MERENTASI..
KERAJAANKU MELIPUTI..
Dengan namaKu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Segala puji itu hanya untukKu.. Kerana ia datang dariKu dan kembali jua kepadaKu..
Tahukah kamu wahai makhluk Ku!
Bukan engkau yang berbuat itu; tetapi Aku juga yang memuji diriKu.. Aku memuji diriKu atau Aku diam sahaja; apakah Aku tidak berkuasa? Aku ini bebas menurut sekehendakKu..
Aku jua yang menyuruh dan
Aku jua yang mendengar..
Apabila Aku yang menyuruh, maka tiada satu makhluk pun yang sanggup meninggalkannya.. Dan apabila Aku yang menegah, maka tiada satu makhluk pun yang sanggup mengerjakannya..
Inilah tanda kebesaranKu dan tanda kekuasaanKu pada setiap makhluk.. Apakah kamu masih belum mengerti, wahai hambaKu?

No comments:

Post a Comment