Friday, 7 August 2015

Tazkirah


☀"MENITI JALAN-JALAN PARA WALI ALLAH"☀

Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan riwayat Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I halaman 6).

“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam Petunjuk dan Para Pelita ilmu.”

Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i: “Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya. Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi Allah, jumlah mereka 'tidak banyak', tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agama-Nya dan syariat-Nya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka (followers jalan para Wali menuju-Nya). Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da’i kepada agama-Nya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”

🙏🍀NASIHA NASIHAT DI DALAM NASIHAT🍀🙏

♨ P e r u t u s a n - D a r i - L a n g i t - T i n g g i ♨
N a s i h a t - B  u a t - I n s a n - Y a n g - B E R I M A N

(Jika membaca menimbulkan sakit hati @ mencela cela, itu tandanya imanmu masih belum sempurna di sisi-Nya atas kerana hatimu sedang menderitai "penyakit mistery syakilla" yang sangat parah petanda hatimu dah mati - innalillahi Wa'innalillahi'Rojiun :-)

☀B y : T u a n - K a l a m - Q a d i m / S y e d - A l i ☀

♨ [12:22AM, 13/07/2015] Syed Ali:
BISMILLAH - WAHAI ORANG ISLAM YANG BERIMAN!
KEMBALILAH KAMU KEPADA ALLAH SWT, TUHAN SEKALIAN ALAM DENGAN TAUBAT YANG SEBENAR-BENARNYA.

♨ BERSIHKANLAH TUBUHMU DARIPADA DOSA DAN SIA-SIA.SUCIKANLAH HATIMU DARIPADA SEGALA AIB-CELA DAN NAJIS-NAJIS SYIRIK.

♨ MAKA SUJUDLAH DIHADAPAN TUHANMU DENGAN HINA DAN KEFAKIRAN, DAN TANGISILAH DIRIMU SEBAB ENGKAU MASIH TERHALANG DARI TAUFIK DAN KEBENARAN (*ILMU YANG HAQ!).

♨ MOGA-MOGA ALLAH SWT BERKENAN MENGHULURKAN TANGAN RAHMATNYA KEPADAMU DAN MEMIMPIN TANGANMU KEPADA JALAN-JALAN YANG BENAR.

♨ DEMI TUHAN YANG NYAWAKU DIDALAM TANGANNYA! SESUNGGUHNYA ZAMAN INI KITA BERADA DI BAWAH LANGIT DAN BUMI KEMURKAAN TUHAN, TERKECUALI SEKIRANYA KITA MENDAPAT RAHMAT DAN KEAMPUNAN ALLAH.

♨ PADA HARI INI SYIRIK TELAH MENGUASAI TAUHID, MAKSIAT TERLALU BANYAK DAN TAAT HANYA SEDIKIT, KEMUNAFIKKAN BERMAHARAJA LELA, PENDUSTAAN DAN BIDA’AH AGAMA MERATA-RATA.

♨ KEJUJURAN DAN IKHLAS SUDAH TIADA,ORANG YANG BENAR-BENAR TAKUT KEPADA ALLAH HANYA SATU DALAM BERIBU-RIBU,AMANAH ALLAH TELAH DI KHIANATI DAN IBADAT SUDAH TIDAK DIPEDULIKAN LAGI.URUSAN DUNIAWI DIPANDANG TINGGI DAN AKHIRAT TERUS DILUPAI.

♨ MUFTI DAN KADI-KADI MABUK DENGAN GAJI YANG MENJADI TUHAN-TUHAN DUNIAWI. IMAM DAN BILAL SUDAH DI IKAT DENGAN WANG MAKA HILANGLAH TAKUT KEPADA ALLAH BERTUKAR BIMBANG DAN TAKUT KEPADA MAKHLUK.

♨ PEREMPUAN-PEREMPUAN DI ZAMAN INI HILANG MALU DAN HARGA DIRI. PEREMPUAN-PEREMPUAN BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG,MEREKA TIDAK LAGI TAKUT KEPADA AZAB(LAKNAT) ALLAH! DAN TERCETUSLAH NAFSU LELAKI MENJADI BUAS DAN ZALIM

♨ [12:22AM, 13/07/2015] Syed Ali:
 MAKA ROGOL DAN PEMBUNUHAN TIDAK DAPAT DIBENDUNG LAGI,PENZINAAN DAN ZINA MATA MENJADI KEBIASAAN, MINUMAN ARAK MENJADI KEGEMARAN, JUDI DAN RIBA MENJADI KEMEGAHAN. LELAKI MENJADI PEREMPUAN DAN PEREMPUAN MENJADI LELAKI. (*BUKAN SEKADAR TOMBOY  MALAH TERMASUKLAH SEBAHAGIAN WANITA HARI INI SIFAT, SIKAP, AKHLAK DAN BAHASANYA, 'KASAR' BAGAIKAN LELAKI)

♨ DADAH, ROKOK DAN HIBURAN MENJADI PEMUJAAN, MAJALAH MENDEDAH TUBUH WANITA BEBAS DIJUAL DIMERATA TEMPAT DAN HASIL JUALANNYA DIBERI MAKAN KEPADA ANAK-ISTERI.

♨  TEMPAT-TEMPAT PENGINAPAN YANG SULIT, RUMAH-RUMAH RAHSIA GELAP, FILEM-FILEM YANG LUCAH, BAR DAN DISCO MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DAN PEMBELAAN. TV DAN AKHBAR MENJADI RUJUKAN DAN KITAB-KITAB MEREKA.RUMAH-RUMAH KEDIAMAN MEREKA TELAH MENJADI PANGGUNG-PANGGUNG WAYANG.

♨ ALIM-ULAMAK TIDAK BERANI MEMBERI FATWA MENGENAI TV DAN FILEM-FILEM, ARAK, ROKOK YANG BERCANGGAH DENGAN HUKUM SYARAK KERANA HENDAK MENJAGA HATI ORANG RAMAI.

♨ MASJID DAN SURAU TIDAK LAGI MENJADI TEMPAT MENDEKATI DIRI KEPADA TUHAN TETAPI MENJADI TEMPAT PEREBUTAN PANGKAT DAN KEMASYHURAN SERTA KEDUNIAAN SEMATA.

♨ PERMAINAN DAN PEKERJAAN MENJADI LEBIH UTAMA DARIPADA IBADAT, SOLAT DAN PUASA SUDAH MENJADI ADAT BUKAN LAGI IBADAT. AKHLAK MEREKA SEMAKIN ROSAK. SEGALA YANG MEREKA HENDAK BUAT SEMUANYA BOLEH BELAKA TIDAK SIAPA YANG BERANI MENYEKAT ATAU MENGATAKAN HARAM DAN HALAL.

♨ RAJA DAN PENGUASA SUDAH TIDAK PEDULI KEPADA AMANAH ALLAH, PEJABAT AGAMA SUDAH MENJADI TOPENG DAN BONEKA PARA PENGUASA NEGERI.

♨ POLIS DAN TENTERA MENJADI ALAT KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM, YANG TIDAK MENGIKUT PETUNJUK AGAMA.MASJIS-MASJID HANYA TINGGAL JASAD-JASAD YANG HATI MEREKA TIADA TAQWA, DAN KETIKA ITU YANG PALING JAHAT IALAH ORANG ALIM, DARIPADANYA DATANG FITNAH DAN KEPADANYA KEMBALI FITNAH ITU.

♨ MIMBAR-MIMBAR MASJID SUDAH DICEMARI OLEH DAKI-DAKI DUNIA DAN DEBU-DEBU SYIRIK,AL-QURAN TELAH DIPENJARAKAN DIDALAM MASJID-MASJID.

♨ [12:22AM, 13/07/2015] Syed Ali:
PADA HARI INI RAMAI ORANG FASIH LIDAHNYA TETAPI BUTA HATINYA.ORANG YANG JALIL DENGAN ISLAM TERUS DALAM KEJAHILAN,TIDAK MAHU BELAJAR AGAMA DAN MEMBAIKI DIRI.

♨ ORANG YANG BERILMU TERPENGARUH DENGAN KEDUNIAAN DAN HATI MEREKA TELAH MENJADI BUTA, MENJADI ALAT KEPADA MAKHLUK DAN BERPALING DARIPADA TUHAN!

♨ ALIM-ULAMAK DIAM MEMBISU MASING-MASING MENJAGA KEPENTINGAN DIRI TAKUT HILANG GAJI DAN PENCEN, ATAU KUATIRI DENGAN "BERBICARA" NASIHAT AGAMA AKAN MENYEBABKAN DIRI MEREKA "JATUH MAQAM" DIRI PADA "PANDANGAN MATA MANUSIA" (DI HATI KAMU??)

♨ ALIM DUSTA SEMAKIN RAMAI YANG MENJADI LIDAH-LIDAH KEBATILAN, BAGAIKAN LALAT YANG BEREBUT-REBUT MENGHINGGAPI NAJIS YANG BUSUK DAN AKHIRNYA TERTIMBUS DIDALAM NAJIS ITU. ORANG ALIM DIAKHIR ZAMAN, AGAMA DIJADIKAN ALAT CARI MAKAN DAN YANG PALING JAHAT MENJADI ALAT MELAWAN TUHAN DAN MELAWAN HUKUM TUHAN ..

♨ MEREKA SEPERTI LEMBU-LEMBU YANG DICUCUK HIDUNGNYA DENGAN TALI DAN DITARIK SESUKA HATI! PAKAIAN SUNNAH NABI MENJADI DAGANG DALAM NEGERI SENDIRI, DAN ALIM-ULAMAK MODEN LEBIH KASIH MENIRU PAKAIAN BARAT YANG MENJADI MUSUH KEPADA ISLAM.

♨ GOLONGAN YANG BERJUANG ISLAM PUN MASIH TAKUT DAN BIMBANG KERANA MEREKA BERGANTUNG REZEKI PADA TANGAN MAKHLUK, DAN TIDAK YAKIN REZEKI DALAM TANGAN TUHAN!

♨ DAN MENYEBABKAN FATWA AGAMANYA MENJADI LONGGAR DAN BERBALIK-BALIK DITIPU NAFSU DIRI KERANA TAKUT TERLUCUT HABUAN DUNIA DARI TANGAN! RAHSIA ZIKIR NAFI-ISBAT(ZIKIR KUAT)SUDAH TIDAK DIFAHAMI OLEH ULAMAK AKHIR ZAMAN KERANA DUNIA TELAH BERTAKHTA DALAM HATINYA DAN TIADA SIFAT "MERENDAH DIRI". (*PARA ALIM & ARIF YANG "SUDAH" TIDAK PANDAI MERENDAHKAN DIRI MEREKA BAGAI PARA AULIA SILAM. KETINGGIAN MAQAM KEALIMAN DIRI TELAH MENJADI SEBUAH "FITNAH ILMU" YANG MEMAKAN DIRI DAN IMAN - GOLONGAN ALIM YANG TERPEDAYA DENGAN "MAQAM" YANG BERTUKAR MENJADI ISTIRAJ)

♨ GOLONGAN THARIKAT TERUMBANG-AMBING TANPA NASIHAT DAN PIMPINAN MURSYID YANG BENAR DARI TUHAN. MURSYID YANG BENAR ADA TETAPI SUKAR DIKENALI, DAN DITUDUNG PULA OLEH ALIM-ULAMAK DUNIA YANG BIMBANG PENGARUHNYA AKAN HILANG.

♨ JALAN TASAUF SEDIKIT PENGIKUT TETAPI BANYAK FITNAH, ORANG YANG BERJALAN PUN JARANG YANG SAMPAI. YANG BENAR ADA TETAPI AMATLAH JARANG, MENJADI MUSUH KEPADA ULAMAK YANG TERHIJAB DENGAN TUHAN...

♨ JAGA-JAGA! AHLI TASAUF TIRUAN RAMAI TETAPI KEBANYAKKAN MENGAMBIL KESEMPATAN DUIT DAN PEREMPUAN, MERABA-RABA HAL KETUHANAN DIDALAM GELAP TANPA HIDAYAH DARIPADA TUHAN DAN AKHIRNYA TERGELINCIR KAKI DAN TERSESATLAH JALAN.

♨ [12:23AM, 13/07/2015] Syed Ali:
IMAN SEMAKIN MENIPIS,JANJI TUHAN MENJADI KERAGUAN DIDALAM DIRI DAN BALA DARI TUHAN TIDAK DIPEDULI LAGI. CINTA DUNIA, CINTA HARTA BENDA,CINTA PANGKAT DAN CINTA KEBESARAN DAN LUPA MATI TELAH MELANDA MASYARAKAT.

♨ TAMAK, DENGKI, IRIHATI, FITNAH, KHIANAT, MEGAH, SOMBONG, LUPA DIRI DAN LUPA TUHAN TELAH MENJADI SEPERTI KUMAN-KUMAN YANG TELAH MEREBAK DIKOTA DAN DI DESA.

♨ SUAMI-SUAMI MENJADI DAYUS DAN TIDAK MENDIDIK ANAK-ANAK DAN ISTERI KEPADA JALAN TAQWA.ISTERI-ISTERI MENJADI JARI TELUNJUK DALAM RUMAH TANGGA DAN RAMAI ISTERI YANG DERHAKA KEPADA SUAMI.

♨ ORANG TUA TIDAK LAGI MENGASIHI GOLONGAN MUDA DAN GOLONGAN MUDA TIDAK LAGI MENGHORMATI ORANG TUA.

♨ DAN TUGAS NASIHAT-MENASIHATI SUDAH TIDAK DIAMALKAN LAGI.

♨ JALAN DUNIA DIPERLUASKAN DAN RAMAI TEMAN-TAULAN, JALAN AKHIRAT DISEMPITKAN,DIKAMBUS DAN TIADA TEMAN-TAULAN.

♨ SEMUA BERADA DI ATAS JALAN MENAIKI KENDERAAN SATU CITA-CITA SATU TUJUAN, MENCARI KEPENTINGAN DUNIA DAN KEBENDAAN,

♨ INILAH KEBANYAKKAN ORANG DIAKHIR ZAMAN.DUSTA,TIPU DAN BELIT MENJADI MAINAN ASALKAN MENDAPAT WANG.MEREKA TIDAK LAGI TAKUT KEPADA AZAB TUHAN.

♨ HUKUM-HAKAM TUHAN DIKETEPIKAN, ORANG YANG BENAR DIHINA DAN DICELA, ORANG YANG DUSTA DIPUJI-PUJA.

♨ BENAR DAN SALAH TIDAK DAPAT DIBEZA LAGI KERANA TELAH BUTA MATA DIDALAM DADA.INILAH TANDA ORANG YANG DUSTA DALAM IMAN!MANUSIA RAMAI YANG MENJADI HAIWAN HIDUP MAKAN-MINUM SIANG DAN MALAM.

♨ HAWA NAFSU MENJADI TUHAN, IMAN TELAH TERCABUT DAN AKAL NURANI SUDAH PADAM DAN MENJADI ROSAK.

♨ PEMUDA-PEMUDA TIDAK SAYANGKAN NYAWANYA,BERLUMBA-LUMBA MOTOSIKAL DAN KERETA DI TENGAH JALAN-RAYA SEPERTI DIRASUK OLEH SYAITAN! MUDA-MUDI BEBAS BERKELIARAN MEMUASKAN NAFSU SYAHWAT KEBINATANGAN.

♨ WANITA ZAMAN INI TIDAK PEDULI LAGI BATAS-BATAS AURAT DAN PERGAULAN.MEREKA MENJADI SENJATA-SENJATA SYAITAN BERPAKAIAN SEPERTI PELACUR BERMEGAH-MEGAH DIJALANAN DAN DITEMPAT MEMBELI-BELAH.

♨ ANAK-ANAK RAMAI YANG DERHAKA KEPADA IBU-BAPA DAN IBU-BAPA PUN RAMAI YANG DERHAKAN KEPADA ALLAH DAN RASUL.

♨ [12:23AM, 13/07/2015] Syed Ali:
NASIHAT BENAR TIDAK DIDENGARI DAN AMARAN LANGIT TIDAK DIPEDULI LAGI. BATAS-BATAS ISLAM SUDAH PECAH DAN BANJIR KEKUFURAN MELANDA NEGERI! (ALLAH! ALLAH! ALLAH!).

♨ AJARAN NABI BANYAK YANG SUDAH DIBUANG DAN DITAMBAHI,SUNNAH NABI TELAH DITINGGALKAN. TUHAN HANYALAH TINGGAL NAMANYA SAHAJA. BUKAN LAGI YANG DIPUJA, YANG SEMBAHI DAN YANG DITAATI!

♨ ROH IMANNYA TELAH MATI DAN HANYA JASAD YANG MENUNGGU MAUT. ISLAM HANYA TINGGAL NAMANYA SAHAJA, AL-QURAN HANYA TINGGAL HURUF-HURUFNYA SAHAJA. ZAMAN INI RAMAI MANUSIA TELAH BERPALING DARIPADA ALLAH DAN BERHADAP KEPADA MAKHLUK!

♨ HANYA SEDIKIT ORANG YANG HATINYA RINDU KEPADA ALLAH.MEREKA MENYEMBAH ALLAH TETAPI TIDAK BERUSAHA MENGENAL ALLAH. ALANGKAH MARAHNYA ALLAH!

♨ TIDAKKAH MEREKA TAHU BAHAWA ALLAH SAHAJA YANG WUJUD DIDALAM ALAM INI! MANUSIA ZAMAN INI RAMAI YANG TIDAK SYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH, REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN MEREKA ANGGAP DARI USAHA MEREKA SENDIRI DAN DARI CERDIK-PANDAI MEREKA.

♨ BARANGSIAPA YANG TIDAK TURUT PERINTAH ALLAH,TIDAK SYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH DAN TIDAK REDHA BARANG YANG ALLAH TAKDIRKAN KEPADANYA, MAKA CARILAH TUHAN YANG LAIN DARIPADA ALLAH DAN JANGANLAH LAGI DUDUK DIDALAM DUNIA ALLAH INI!

♨ WAHAI ORANG ISLAM YANG MASIH HIDUP HATINYA! SEBARKANLAH, TIUPKANLAH DAN NYALAKANLAH SEMULA ROH ‘JIHAD’ DIDALAM DIRIMU. INSYAALLAH ISLAM AKAN BERSINAR KEMBALI. INILAH FITNAH DI AKHIR ZAMAN. (*WASPADAILAH DIRIMU SENDIRI - KERANA PARA ULAMA DUNIA MEMANG TERLALU RAMAI TETAPI "PARA PENASIHAT" DARI ALLAH "TIDAK RAMAI" YANG AKAN HADIR DI DALAM HIDUPMU KERANA DI DALAM 1000 TIRAM, TIDAK SEMUA YANG MENGANDUNI MUTIARA BERHARGA.)

♨ MAKA TUNGGULAH! TUNGGULAH! ‘PERANG’ DARI TUHAN MAHARAJA MARA PERKASA! FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:

⚡☀⚡“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JANGANLAH KAMU MENGKHIANATI TERHADAP ALLAH DAN RASUL"
(*KEBENARAN YANG DI BAWA OLEH RASULULLAH SAW)

♨ [12:23AM, 13/07/2015] Syed Ali:
DAN JANGAN PULA KHIANAT TERHADAP BARANG YANG DIAMANAHKAN KEPADA KAMU SEDANG KAMU MENGETAHUI” DAN MOGA-MOGA KAMI DAN KAMU DISELAMATKAN OLEH ALLAH DARIPADA KESESATAN…AMIN..

➰(Tuan Kalam Qadim / S y e d - A l i)➰

Edited Sepatah Dua Ayat By : ➰PMS➰

Note : [06/08 3:47 pm. ♨Pondok Buruk Tepi Sawah♨ :
Jika ada yang kurang selesa post hamba, tuan-tuan tidak perlu left group, memadai block saja no hamba, maka tidak akan membaca lagi post yg hamba buat. Hamba post juga ke mari atas sebab group ini dll sekadar mencari "sekirat-dua" pahala dan rahmat keampunan-Nya. Ia adalah nota-nota agama berupa nasihat dari para "Sahabat" yang tidak dikenali ...Mudahan ada "kebaikannya" dari Allah SWT buat hamba jika ada yang sudi membacanya jika ada manfaatnya, sekadar bahan perkongsian semata, maaf sekiranya ia tidak selari dengan kefahaman pegangan tuan tuan puan adik-adik abang & kakak, namun mudahan tiada kebencian di hati kami dan di hatimu - aamiin. 🙏


☀D o a - M u n a j a t - P a r a - A u l i a - N u s a n t a r a☀
"Ya Allah Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Melihat! Hadirkanlah Diri-Mu di sisi kami agar Nur "Hakekat Muhammad" pada batin kami timbul memancarkan Cahayanya kembali buat umat sekalian alam!"

"Pandanglah tulisan kami yang Engkau 'ilhamkan' pada dada hati kami dari wangian Kalam-Kalam-Mu Sir yang tersembunyi lagi terhakekat. Peliharalah hati kami dari rasa uljub dan riyak ketika kami menyampaikan pesan-pesan dari-Mu untuk para hamba-hamba-Mu yang Engkau CINTAI. Dan atas kerana CINTA-Mu itulah, "mereka-mereka" dapat membaca Kalam-Kalam-Mu yang 'terahsia' pada lidah hamba dan tinta-tinta dakwat mati para hamba-hamba-Mu ini."

Fahamilah kamu akan ayat-ayat ini ..
Berkata Aulia Sufi Imam Junaid Al Baghdady r.a :
"Telah 40 tahun aku 'berbicara dengan Allah', tetapi selama ini manusia menyangka aku 'berbicara' dengan mereka!" :-)

"Jadikanlah hati-hati mereka yang membaca 'lebih baik' daripada hati-hati kami dalam menitipkan "pesan" agar merekapun turut saling berpesan sebagai pengganti diri Rasul-Mu, Nabi-Mu dan Wali Wali-Mu tersembunyi yang telah Engkau ghaibkan mereka dengan beberapa lapisan hijab-hijab alam dari pengetahuan para hamba-hamba-Mu yang awam."

"Jadikanlah lidah-lidah kami sebagai pengganti lidah-lidah 'mereka' yang telah Engkau ghaibkan, agar kami dapat menyampaikan pesan yang 'sama' seperti apa yang mereka telah sampaikan atas umat manusia di masa-masa yang silam."

"Ghaibkanlah para Wali-Wali-Mu yang agong yang masih 'hidup' selamanya dengan sebaik-baik tutupan hijab yang terbaik dari sisi-Mu agar "Si Pencari Tuhan"  tidak jemu-jemu dalam mencari 'mereka' dalam mencari-Mu melalui ilmu-ilmu yang Engkau kurniakan di dalam dada 'mereka' yang telah Engkau hijabkan dari alam maya ini, dari alam malakut dan zabarut."

"Sembunyikanlah 'mereka' seperti mana Diri-Mu 'bersembunyi' di dalam 'Cahaya' yang 'Terang' dengan 'hijab alam' :-)

"Pindahkanlah lidah-lidah 'mereka' pada lidah-lidah kami, dan hati-hati mereka pada hati-hati kami, agar lidah dan hati kami menjadi wadah cahaya lilin bagi 'mereka' menyampaikan pesan-nasihat mutiara dan permata tersembunyi dari-Mu yang 'terkini' dan dari masa silam.

Kami tahu Lautan ilmu pengetahuan-Mu tidak pernah surut selama-lamanya. Maka turunkanlah laduni-Mu yang 'baharu' pada hati-hati kami dari laduni-laduni yang tidak pernah Engkau turunkan lagi pada masa-masa silam agar para hamba-hamba-Mu yang haus & dahaga "air piala-Mu" kembali MENGENAL & MENCINTAI-MU SEPERTI UMAT-UMAT SILAM YANG MATI DI DALAM 'NUR MAKRIFATULLAH' DAN 'CINTA' KEPADA-MU!

MAKBULKANLAH DOA-DOA KAMI DENGAN BERKAT MURSYID-MURSYID KAMI YANG TELAH ENGKAU TURUNKAN KE ATAS KAMI SEBELUM INI DENGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG-MU ... "ALLAH,TUHAN KAMI YANG MAHA TERCANTIK LAGI MAHA TERINDAH! TIADA LAGI YANG LEBIH TERCANTIK DI MATA DAN HATI KAMI KECUALI HANYA "WAJAH-MU" SEMATA ...

⊙ Penutup : "Ya Allah, ampunkan dosa dosa kami sebanyak mana huruf tulisan-tulisan kami - Bukan maqam dan pujian yang kami cari melainkan belas ehsan dari rahmat dan keampunan-Mu semata. Dan peliharalah Qalbu hati kami dari sebarang sifat-sifat 'kejahatan' yang lebih besar dosanya dari membunuh, berzina dan "meruntuhkan Kaabah." Aamiin!⊙

HAL YANG WAJIB KAMU KETAHUI YANG TIDAK PERNAH KAMU DIAJARAI OLEH PARA ULAMA FEKAH :
🌙 Para Aulia Feqah :
Mereka mendidik umat dengan ILMU SYARIAT
⊙(Iaitu ilmu "zahir agama" & rahsia Hukum Agama yang terdalam)
☀ Para Aulia Tasawuf :
mendidik umat dengan ILMU HAKEKAT
⊙(iaitu ilmu "batin agama" rahsia hati & ilmu Ketuhanan yang terdalam)

Para Aulia Fekah ilmu Syariat, Allah "zahirkan"
SEPERTI ☀"TERZAHIRNYA"☀ RASULULLAH SAW
(*diantaranya Para Habib yang kalian kenali tetapi tidak semua mencapai maqam tertinggi di sisi Allah) :-)

Tetapi Para Aulia Tasawuf ilmu Hakekat,
Allah "Sembunyikan" ..
SEPERTI MANA⚡"TERSEMBUNYINYA"⚡ALLAH :-)
"sebahagian 'kecil' diketahui setelah mereka mati".. wallahu'alam. wslm. (PMS)

No comments:

Post a Comment