Kemerdekaan hakiki ialah merdeka daripada segala sesuatu selain Allah, meninggalkan diri kedalam KeEsaan Allah!
Cukuplah Allah bagimu, Dia-lah sebaik-baik teman dan kekasih hatimu, cemburu Allah akan menghilangkan segala sesuatu selain Allah!
بسم الله الر حمن الر حيم
Dia wali Tuhan yang berjalan di muka bumi dan menyebarkan kebahagiaan kepada manusia.
Dia wali Tuhan yang menyebarkan nikmat Tuhan dengan mengajak wali-wali lain untuk berjalan bersamanya menuju Tuhan.
Dia wali Tuhan yang meluangkan sebahagian, bahkan seluruh waktunya beribadah kepada Tuhan, pasrah dalam cinta kepadaNya.
Jangan pisahkan rahmat dalam keburukan dan kebaikan ,
Buruk baik itu sama .
Barangsiapa yg mengenal Allah, maka ia akan menjaga hak-hak ubudiyahnya terhadap Allah dan berakhlak ia dengan akhlak Allah!
Seseorang bertanyaku didalam mimpi: "Apakah tujuan Allah menjadikan alam ini(makhluk)?" Maka aku berkata:" Allah hendak menyatakan kekuasaanNya dan kehendakNya, dan menyatakan Kewujudan DiriNya( ZatNya) pada alam ini!
بسم الله الر حمن الر حيم
Katakanlah pada para sahabatku, ketika mereka melihatku mati, menangis untukku dan berduka untukku.
Jangan menyangka jasad yang kau lihat ini adalah aku. Dengan nama Allah, ku katakan padamu, Ini bukan aku, aku adalah jiwa, sedangkan ini hanyalah seketul daging. Ini hanya rumah dan pakaianku sementara waktu. Aku adalah harta karun, azimat yang tersembunyi, dibentuk oleh debu, yang menjadi singgahsanaku. Aku adalah mutiara, yang telah meninggalkan rumahnya. Aku adalah burung dan badan ini hanya sangkarku. Dan kini aku terus terbang dan badan ini ku tinggalkan sebagai kenangan.
Imam Al Ghazali
بسم الله الر حمن الر حيم
Jangan berfikir mati adalah kematian, tetapi ia adalah kehidupan. Kehidupan yang melampaui semua mimpi kita disini. Di kehidupan ini, kita diberikan tidur, tidur yang dipanjangkan. Jangan takut ketika mati itu mendekati. Itu hanya keberangkatan menuju rumah yang diberkati. Ingatlah keampunan dan cinta Tuhanmu. Bersyukurlah dengan segala kurniaNya, dan datanglah tanpa rasa takut.
Imam Al-Ghazali
Allah, Allah
Merdekakan dirimu dari perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan kepada-Nya!
بسم الله الر حمن الر حيم
Keadaanku yang sekarang ini, boleh juga terjadi kepadamu, kerana aku tahu kau dan aku adalah sama. Jiwa-jiwa yang datang daripada Tuhannya. Badan-badan yang berasal daripada unsur yang sama, baik ataupun jahat, semua adalah milik kita. Aku sampaikan pada kalian sekarang, pesan yang menggembirakan, semoga kedamaian dan kegembiraan Allah menjadi milikmu selamanya.
Imam Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment