Thursday, 20 August 2015
Tasawuf
بسم الله الر حمن الر حيم
Allah telah mengetahui bahawa engkau tidak dapat menerima nasihat yang hanya berupa teori (kata-kata), kerana itu Allah merasakan kepadamu rasa pahitnya, untuk memudahkan bagimu cara meninggalkannya.
Diamlah engkau dalam takdir Allah tampa bantahan dan sungutan jikalau benar-benar engkau hamba Allah!
Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yg beriman:" Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu". Dikatakan kepada mereka:" Kembalilah kamu kebelakang dan carilah sendiri cahaya". Lalu diadakan diantara mereka dinding yg mempunyai pintu, disebelah dalamnya ada rahmat dan disebelah luarnya ada siksa!
- Al-Haddid:13
Dosamu kepada-Nya jangan sekali-kali menyebabkan patah hatimu dari tetapnya istiqamah kepada Tuhanmu!
Taubat kerana berbuat maksiat itu cukup hanya satu kali sedang taubat setelah berbuat taat harus seribu kali . Sebab taat yang diliputi ujub sombong itu berubah menjadi maksiat yang besar dan orang tidak menyedarinya sebagaimana terjadi jatuhnya Iblis dari singgahsana kehormatannya!
— Abu Yazid Al-Bustami
Orang yg wasil tidak berhajat lagi kepada dalil alam ini, kerana Allah Sendiri adalah dalil yg paling nyata yg tiada lagi dalil selepas Dia!
بسم الله الر حمن الر حيم
Sesungguhnya Allah memberikan kepadamu ilmu pengertian dan perasaan dalam hati, sehingga mengenal dan merasa benar-benar akan kebesaran kurnia rahmatNya, hanya semata-mata supaya kau mendekat dan masuk ke hadiratNya.
Wajiblah ada diantara kamu suatu umat yg menyeru manusia kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yg baik dan melarang berbuat yg jahat. Mereka itulah orang-orang yg berjaya.
- ali Imran:104
Ahli makrifatullah yg sebenar itu berpegang kepada Syariat Nabi Muhammad S.A.W zahir dan batin!
Sejuta bahasa sekalipun tidaklah dapat menerangkan rasa!
Kalau beroleh rasa, itulah kurnia dari-Nya. Adapun kita menyampaikan sekadar ada!
Kalau hatimu asyik, mana mungkin lidahmu cerita. Kalau pun lidahmu cerita, apakah dapat difaham pula!
Mana-mana yang dikurniakan Allah, bersyukur atasnya!
Menyata tanpa rasa, hanya halwa telinga. Menyata dengan rasa, hatilah yang menadahnya!
Suluk dihadapan orang Arif-Billah itu terlebih utama daripada mengasingkan diri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment