Friday, 7 August 2015
Group
Semakin banyak group yang kita masuk, semakin banyak beban tanggungjawab yang kita kena jaga, semakin banyak kita kena menasihati dan semakin banyak kita kena menjaga lisan dan hati kita..
Kerana setiap ahli group nanti diakhirat akan bertanya, 'apakah yang engkau nasihatkan dan kongsikan untukku didunia?'.. Apakah jawapan kita bila disoal begitu, adakah kita yakin yang kita menjaga group dengan baik dan tidak buat ahli group lalai??
Group yang sebenar ialah bukanlah group berdebat kosong atau tidak ada matlamat jangkamasa pendek ataupun jangkamasa panjang tapi group yang sebenar ialah berapa banyak yang telah kita serapkan dalam jiwa ahli tentang ilmu agama..kita semua sahabat walaupun tidak pernah bertemu..mungkin sebelum ini di alam roh kita pernah bertemu..teruskan psahabatan dan berkongsi ilmu.. Walaupun ilmu yang kita perolehi dari seorang budak yang kecil ianya tetap ilmu dan dialah guru kita.. Wallahua'lam
#perkongsian bersama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment