Sunday, 23 August 2015
Tasawuf,zikir&doa
Doa Nabi Ayub ‘alaihis salam di puncak sakitnya —
رَبِّ إِنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Ya Allah, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang!
بسم الله الر حمن الر حيم
Dunia ini bagaikan impian orang tidur, kesenangannya bagaikan bayangan awan, kejadian-kejadian bagaikan anak panah yang mengenai sasarannya, sedang shahwat-shahwatnya bagaikan sesuatu yang beracun dan godaannya bagaikan gelombang yang besar.
بسم الله الر حمن الر حيم
Allah telah mengetahui bahawa engkau tidak dapat menerima nasihat yang hanya berupa teori (kata-kata), kerana itu Allah merasakan kepadamu rasa pahitnya, untuk memudahkan bagimu cara meninggalkannya.
Guru Mursyid yg sebenar ialah orang yg dilantik oleh Allah sebagaimana para Nabi adalah pemuka- pemuka Mursyid iaitu pembimbing manusia kepada Tuhan sekalian alam!
بسم الله الر حمن الر حيم
Zikir itu adalah simbol wilayah (kewalian), dan pelita penerangan untuk sampai, dan tanda sehatnya permulaannya, dan menunjukkan jernihnya zahir puncaknya, dan tiada suatu amal yang menyamai zikir, sebab segala amal perbuatan itu ditujukan untuk berzikir, maka zikir itu bagaikan jiwa dari segala amal. Sedang kelebihan berzikir dan keutamaannya tidak dapat dibatasi.
Allahu Taala 'Alam
Ramai manusia yg membela hawa-nafsunya, tetapi jarang mnusia yg membela Allah dan Rasul!
Orang yg benar itu zahirnya mengikut sunnah Nabi dan hatinya mengesa(Tauhid) kepada Allah!
Setinggi-tinggi mana pun seseorang itu mencapai makrifat terhadap Tuhannya, maka tiadalah ia gugur sekali- kali taklif syarak baginya, dan barangsiapa yg mengharuskan ia akan gugurnya taklif syarak itu maka menjadi kafir zindik ia!
Bila Tuhan mencintai engkau, Ia akan membuatkan engkau mabuk dan asyik kepada-Nya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment