Sunday, 30 August 2015
Al quran
Al-Quran itu di dada para sahabat dan salafussoleh, para ulama dan seterusnya di dada para penghafaznya!
Al-Quran ditulis oleh penulis wahyu sebagaimana hafalan dan yang diterima oleh Rasulullah SAW dari Allah Ta'ala!
Dada itu bahasanya. Maksudnya, dihafal!
Yang di dinding itu tulisannya!
Agar menjadi peringatan tiap kali mata memandangnya!
Cerita dongeng bagimu yang tidak beriman!
Ayat-ayat dari Tuhan, bagi yang beriman!
Al-Quran menjadi pembatas di antara yang haq dan yang bathil!
Kita muliakan apa yang mulia!
Daku menyeru kepadamu agar menjadi orang beriman dan mengikut Al-Quran sebagai pedoman untuk manusia!
Mulia bagi orang yang tahu makna mulia. Demikianlah sebaliknya!
Arab hanyalah bangsa. Jangan terhijab dengan bangsa!
Engkau menjadi sempit kerana terhijab hanya dengan warna kulit, bangsa!
Beruntunglah Bilal Bin Rabah, beruntunglah Salman Al-Farisi!
Beruntunglah siapa yang dibuka hijab oleh Allah Ta'ala, beriman kepada-Nya dan menerima agama-Nya!
Al-Quran dibaca oleh semua bangsa!
Difahami, dipelajari dan dilaksanakan oleh semua bangsa!
Bahasanya meski Arab tetapi dibaca dan dihafaz seluruh manusia dari pelbagai bangsa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment