Sunday, 23 August 2015

Tasawuf dll


Sibuklah hatimu dengan Allah, jangan sibuk dengan selain Allah. Tiada lagi sebutan apabila engkau bersama Allah, pandang-memandang, diam dalam takdir Allah, tiada bantahan, cinta dan ridha, penyerahan sepenuhnya, tiada pilihan dan menunggu dipintu azali dalam kefakiran hakiki!


Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia!

— Hamka


بسم الله الر حمن الر حيم
Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu, dan kemurahanKu dan ketinggian kedudukanKu di atas Arasy. Aku akan mematahkan harapan orang yang berharap kepada selainKu dengan kekecewaan, dan akan Aku pakaikan kepadanya pakaian kehinaan di mata orang, dan Aku singkirkan ia dari dekatKu, dan Aku putuskan dari hubunganKu.

Mengapakah engkau berharap selainKu dalam kesukaran, padahal kesukaran itu di tanganKu, dan Aku yang dapat menyingkirkannya, dan berharap kepada selainKu serta mengetuk pintu yang lain, padahal kunci pintu-pintu itu tertutup, hanya pintuKu yang terbuka bagi siapa yang berdoa meminta kepadaKu. Siapakah yang pernah mengharapkan Aku untuk menghalaukan kesukarannya lalu Aku kecewakan? Siapakah yang pernah harapkan Aku kerana besar dosanya, lalu Aku putuskan harapannya?

Allah...😭😰

Sesungguhnya kepada Tuhanmu itulah puncak segala tujuan —wa annna ila Rabbikal muntaha!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Segala puji itu bagi Allah, Tuhan Pencipta sekalian alam. Semoga Allah degan rahmatNya membukakan cahaya Hakikat TauhidNya kepadamu dan kepadaku sehingga engkau dan aku tidak melihat sesuatu selain Allah!
- BUTA SELAIN ALLAH !
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺍﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ وسلم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وفنا عذاب النار. .
Abu Hurairah r.a berkata, bersabda Nabi SAW, 'Segeralah melakukan amal soleh, sebab akan terjadi fitnah besar bagaikan gelap malam yang sangat gulita.'

'Ketika itu seorang mukmin pada pagi hari, tiba-tiba pada petang hari berbalik kafir dan pada petang hari mukmin tiba-tiba pada pagi hari kafir, menukar agama kerana sedikit keuntungan dunia yang sederhana.'

(Mafhum HR Muslim)
RS113.


Kalau kamu tidak menghendaki kebaikan, jangan pula kamu melarang orang untuk mendapatkannya.

Kalau kamu tidak mahu berjalan kepada Tuhan, jangan pula kamu melarang orang menuju kepada-Nya!

Tidak dapat dihilangkan kegelisahan di dalam hati melainkan berjumpa dengan tuan empunya sebagaimana tidak dapat dihilangkan dahaga melainkan meminum air dari sumbernya!

No comments:

Post a Comment