Wednesday, 5 August 2015
Tasawuf sufi
BY : USTAZ SALIHIN ASWJ MALAYSIA CINTA RASUL
๐ " K E R I N D U A N - TAMPA - SEBAB " ๐
( A L L A H - R I N D U - K A M U ? )
Pernah tak tiba-tiba rasa sebak ?? .. ..
Pernah tak tiba-tiba rasa sedih ??
Pernah tak tiba-tiba rasa rindu ??
PERNAH!!!
Tapi semua tak tahu kenapa.. ....
Semua tak tahu sebab apa..
Kawan sekalian ,,
Itu tandanya ALLAH RINDU!!
Allah rindu rintihan DOA dan HAJAT kita..
Cuba ingat balik..
Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita kepada
Allah ??
Semalam ??
Kelmarin ??
Minggu lepas ??
Tak pernah langsung ??
Allah .. Allah .. Allah ..
Kawan,,
Bila tiba-tiba rasa nak menangis,,
Sebak rasa macam ada yang tak kena,,
INGATLAH!!
Allah sedang rindu akan kamu..
Mungkin apabila dengar nasihat,, rasa teruntun hati tu..
Padahal takde ayat touching pun..
Tapi kita yang over-over nak sebak pulak..
NO NO!! Itu rasa Allah yang bagi.. ....
Cuba kalau kita amalkan apabila,,
kita rasa sedih sebak nak menangis,,
kita cepat-cepat pergi tandas,,
cari kepala paip dan buka paip tu..
Mandi ?? Tak!! Ambil wudhu' je..
Masa ambil wudhu tu,,
hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu kita..
Pasti makin lebat hujan air mata kita..
Kenape ?? Sebab kita nak pergi jumpa Allah ni..
Hamparkan sejadah..
Solat lah.. Doa lah.. Minta lah.. Allah pasti dengar..
Allah rindu kita.. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu pada kita.. Sebab
Allah nak kita jumpa DIA..
Nahhh..
Lepas siap mengadu,,
mesti rasa lega kan ??
Sebab Allah dah dengar rintihan kita..
Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang..
Sahabat,,
Ingat pesanan ni!!
Walaupun tiada bahu untuk kita bersandar ,,
untuk kita melepaskan rasa sedih kecewa marah ,,
TAPI!!!!!
Kita masih ada lantai untuk bersujud.. ....
Kita masih ada Allah untuk diadukan segala masalah.. ....
OK ??
Jangan sedih-sedih lagi!!
La tahzan.. Innallahama'ana..
Sebarkan bahagia..
Moga Allah Redha..
~ Ukhwah fillah fi Jannah ~ ....
~ Jangan pernah berbangga dgn "IMAN YG SEKELUMIT"
By : Ustaz Salihin ASWJ / Malaysia Cinta Rasul
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
♨ A i r - M a t a - K u n c i - C i n t a - A l l a h ♨
๐ง๐ง๐ง๐ง๐ง๐ง๐ง๐ง๐ง๐ง๐ง๐ง๐ง๐ง
Allah SWT menyintai air mata para hamba-Nya.
Selalu menangis itu adalah "mainan para Wali" ..
Saat kamu beribah kepada-Nya, belum tentu Allah SWT memandangmu mungkin sahaja atas kerana kekotoran hatimu saat melakukan ketaatan kepada-Nya.
Namun dikata kamu menangis kerana-Nya atas dosa-dosa lahir dan batinmu kepada-Nya, maka "pada saatu" itu Allah SWT akan "memandang tajam" kepadamu lalu Diri-Nya menimbang jumlah air matamu yang berciciran itu bagi diberikan "ganjaran-Nya" atas kerana hal itu.
Adakah kamu tahu apakah ganjaran Allah SWT bagi "air mata" yang keluar itu?
Ganjaran-Nya adalah "Cinta-Nya" bagi insan-insan yang iklas dan rajin "mengalirkan" air matanya kerana Allah dan untuk Allah! Demi Allah atas kerana itu para Sufi silam menjadikan menangis sebagai suatu "makanan jiwa" yang paling berkesan bagi menajamkan makrifah dan 'cintanya' kepada Allah SWT.
HAL YANG MENGHALANG MATA SUKAR MENANGIS?
1) Telah merasa diri telah sempurna di dalam ketaatan kepada-Nya dan telah "merasa" diri jauh dari dosa yang dimurkari-Nya, hingga dirasa diri telah "aman" dari sebarang kemurkaan-Nya. Dan rasa "aman" dalam ketaatan inilah adalah salah satu "penyakit hati" yang menyebabkan air mata sukar dikeluarkan "kerana-Nya". Menurut ilmu kesufian, hal di atas ini adalah suatu penyakit hati yang tersembunyi bagi sebahagian besar ahli-ahli ibadah di kalangan awam.
2) Banyak bergaul dengan manusia, sekalipun mereka orang-orang baik, namun perbuatan ini akan menyebabkan hati akan menjadi keras dan sukar untuk mengalirkan air mata kerana-Nya, atas kerana "banyak bergaul" dengan manusia itu adalah suatu petanda bahawa dirinya "kurang menyendiri" (uzlah) dengan Allah SWT.
Para Sahabat r.a dan Wali-Wali silam selalu menyatakan, "banyak bergaul / berbicara dengan manusia itu akan menyebabkan hati mudah "keras" kepada Allah sekalipun tidak pernah meninggalkan ibadah-ibadah wajib." Atas kerana pada saat kamu bergaul itu hati kamu gagal melakukan takafur kepada alam ghaib (Allah/akhirat dll) dan kerana banyaknya bergaul itu akan menyebabkan lidah dan hati akan terhenti dari berzikir kepada Allah. Maka hendaklah kamu mengurangkan pergaulanmu dengan manusia di dalam perkara-perkara yang "tidak mendatangkan bermanfaat" buat Akhiratmu yang menjadi sebab terputusnya perhubungan batinmu dengan Allah SWT. Atas kerana salah satu tanda Allah mula "mencintaimu" adalah kamu akan lebih sibuk dlm menyebut dan memuji akan nama-Nya (zikirullah/bertahmid) dan membicarakan tentang-Nya (majlis ilmu makrifah/menyebarkan ilmu) daripada disibukkan dengan hal hal keduniaan yang tidak memberi manfaat pada hati dan imanmu.
3) Sekalipun kamu tidak banyak bergaul dengan manusia, namun hatimu masih banyak memikirkan tentang dunia dan manusia juga akan turut menyebabkan hati menjadi keras dan kematu dari hal hal yang bisa menyebabkan mata sukar untuk menangis untuk-Nya dengan penuh iklas, atas kerana menangis yang "dibuat-buat" dengan menangis yang "iklas" adalah mempunyai nilai yang berbeza di sisi Allah SWT. Adakah kamu ingin menipu Allah dengan air matamu itu?
4) Kurang ilmu pengetahuan tentang Diri-Nya (kurang ilmu agama, kurang ilmu mengenal diri & makrifatullah) akan menyebabkan hati keras untuk mengalirkan air mata atas kerana kamu "tidak tahu" apa perlunya menangis "tampa sebab" dan hal hal yang bisa mendatangkan rasa sebak untuk menangis. Maka hendaklah kamu mengisi dadamu dengan ilmu Allah (*ilmu agama selain fekah? Iaitu ilmu iman dan makrifat : kenal diri, kenal Allah) .. hendaklah kamu mempelajari dan mengetahui kisah-kisah insan yang "rajin menangis" di dalam solat dan di dalam berdoa, hanya dengan mengenal "sejarah riwayat" mereka sahaja yang akan menyebabkan hati kamu akan menjadi seperti hati-hati mereka yang terlalu "mudah" menangis kerana Allah! Mereka yang dimaksudkan adalah golongan para Wali-Wali Allah iaitu sebahagian besar mereka adalah "Kaum Sufi".
Kaum Sufi adalah sangat terkenal golongan yang suka menangis secara sembunyi pada saat sedang beruzlah menyendiri dengan Allah. Setelah mereka tahu bahawa uzlah & berkhalwat itu adalah kuncinya mudah "mengalirkan air mata", maka hal itu (uzlah dari 'gangguan' manusia) menjadi suatu kelaziman mereka bagi mencari ketenangan jiwa dan hati. Mereka "meninggalkan" manusia untuk "seketika" dalam tempoh waktu tertentu bagi mengasah jiwa dan hati kepada Allah. Orang-orang yang banyak menangis 'kerana Allah' itu pada hati-hati mereka akan Allah SWT kurniakan "Cahaya-Nya" dengan ilmu-ilmu pengetahuan baru dari-Nya atas kerana hati mereka telah menjadi lembut dan halus setelah Allah SWT menuangkan Cinta-Nya dan Cahaya-Nya ke dalam hati-hati mereka yang telah dipandang "halus" di sisi Allah SWT.
Atas kerana itulah golongan Sufi pada zaman silam (para imam Tasawuf), hati mereka mudah "tersentuh" dan menangis setelah dijumpainya seekor semut hitam yang kakinya telah "patah sebelah" ... dilihatnya semut itu merangkak-rangkak dalam kesukaran untuk meneruskan hidupnya di dalam tidak sempurna sifat itu.. lalu hatinya mudah "tersentuh tajam", dan berbicaralah hatinys dangan Allah : "Ya Allah, ampunilah aku!! Sedangkan semut yang langsung tidak punya sebarang dosa kepada-Mu inipun Engkau patahkan kakinya lalu Engkau biarkan ia di dalam kesusahan dan kesukaran di dunia ini, maka apakah nasibku sekiranya Engkau patahkan kakiku dipadang masyar kelak atas kerana dosa-dosaku yang menimbun ini, maka siapakah yang akan menolongku pada ketika itu?? MALAH NASIBKU AKAN LEBIH MALANG & CELAKA DARI SEMUT HITAM YANG LANGSUNG TIDAK PUNYA DOSA INI! ... lalu mereka menangis dan jatuh pengsan "fana" atas sebab KEHEBATAN AZAB di padang masyar telah 'membius' dan "membakar" hati-hati mereka yang telah SANGAT HALUS SENSITIF KESAN DARI JIWA & QALBU YANG "BANYAK MENANGIS" ... hinggakan dengan hanya melihat "seokor semut cacat" pun bisa mendatangkan "ilmu pengetahuan" pada hati mereka. << (ilmu Allah!!)
Wahai adik adik yang mukmin yang dicintai Allah, cuba tanya pada dirimu, lalu cerminlah hatimu dengan membuat perbandingan akan hati-hati para Sufi Wali-Wali di atas ini, ADAKAH HATIMU TELAH MENJADI "SEHALUS" SEPERTINYA HATI-HATINYA PARA KAUM SUFI SILAM DI ATAS INI? Ambilkah seekor semut yang "sama" yang patah kakinya di rumah-rumahmu, dan pujuklah hatimu agar mampu menangis!
... JIKA JAWAPANMU "BELUM" MEMPUNYAI HATI SEHALUS ITU, MAKA JAWABNYA BAHAWA PADA SAAT INI KAMU MASIH MEMPUNYAI SEPASANG HATI YANG MASIH "KERAS" DI SISI ALLAH!! KAMU MASIH MEMILIKI SEPASANG HATI YANG MASIH TERCELA YANG DIPANDANG HINA DI SISI ALLAH! ATAS KERANA ITULAH PADA SAAT KAMU MELIHAT ORANG BUTA DAN MISKIN DI KAKI KAKI LIMA YANG MEMINTA SEDEKAH EHSAN, NAMUN HATIMU "LANGSUNG" TIDAK "TERSENTUH" DAN SIMPATI MALAH KAMU BURUK SANGKA KEPADA MEREKA..
KETAHUILAH BAHAWA ALLAH SWT TELAH BERFIRMAN DI DALAM HADIS-HADIS QUDSI-NYA : "AKU HARAMKAN SYURGA-KU BUAT HATI-HATI YANG KERAS MEMBATU YANG TIDAK MEMPUNYAI SIFAT EHSAN DI DALAMNYA! MAKA AKU AKAN "MEMBAKAR" HATI-HATI YANG KETAS ITU HINGGA IA MENJADI LEMBUT SEPERTI YANG AKU KEHENDAKI! CELAKALAH BUAT PEMILIK SEPASANG HATI-HATI YANG KERAS DAN KASAR".
Wahai saudara-saudari sekalian yang dikasihi Allah SWT, adakah masih belum sampai masanya lagi untuk adik-adik "TANGISI ATAS KERANA TIDAK MENYEDARI DIRI MASIH MEMILIKI SEPASANG HATI YANG KERAS DI DALAM "KETAATAN" KEPADA-NYA?" ALLAH SANGAT "MEMBENCI" KEPADA HAMBA-HAMBA-NYA MEMPUNYAI SEPASANG HATI YANG KERAS LAGI KEMATU MEMBATU .. TANGISILAH ATAS KERANA ITU! MUDAHAN ALLAH AKAN MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS ITU DENGAN AIR MATAMU YANG MENGALIR KERANA ALLAH! (aamiin)
"Hatimu berada dihujung jari jemari Allah! Dan Dialah yang kan membolak-balikkan hatimu."
➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰
Note : bismillah - nak membiasakan agar hati lembut dan mudah menagis, belajarlah kisah-kisah para Wali-Wali & kaum Sufi silam, ketahuilah bagaimana nasib yang menimpa diri mereka saat menjalani "hidup kesufian" sama dengan cara hidup yang dilalui oleh Rasulullah saw, "meniru Rasulullah" semata-mata untuk mencari redha dan rahmat Allah.
Bacalah berulang-ulang kisah hidup mereka dan pengalaman-pengalaman yang mereka tempuh pada saat mencari "Nur Kebenaran" iaitu pada saat mereka mencari Guru bagi "Ilmu Makrifatullah" dan "ilmu Cinta Allah" .. mereka difitnah, dihina, dicela, dimaki, dihalau, dikencing, disepak dan sebagainya kerana lahiriah mereka kelihatan sangat "hina" pada pandangan manusia "awam" ... Hanya Wali mengenal Wali.
... Aulia Ibrahim Adham dikencing wajahnya kerana disangkan orang gila, Allah ingin mrnguji hatinya dalam menangani 'sikap buruk' manusia atas dirinya. Aulia Malik Bin Dinar dicampak ke dalam laut dari kapal atas kerana tidak punya wang membayar tambang, Allah ingin menguji sikap tawakal hatinya pada saat ia dicampak ke dalam laut. Aulia imam As-Shafie, dihalau dari kedai gunting atas kerana tidak cukup wang untuk menggunting rambutnya yang kusut masai pada saat beliau tidak memakai jubah dan serban besarnya, Allah ingin menguji kemuliaannya pada saat ia sangat mahsyur di tengah masyarakat. Aulia Uwais Al-Qarni, diolok-olok dan dibaling dengan batu oleh anak anak nakal atas kerana dianggap kurang siuman .. dan ramai lagi .. Namun semua hal itu tidak menghancurkan hatinya dalam mencari ilmu Allah @ makrifatullah @ mencari ilmu cinta Allah ..
... Para Imam-Imam Sufi silam pernah berpesan buat umat akhir zaman : "Wahai insan pencari "Kebenaran", pelajarilah kamu akan riwayat hidup para Wali-Wali Allah, di dalam kehidupan mereka mempunyai banyak kisah kisah kemanfaatan pada hati dan iman. Ia akan mendatangkan cahaya (ilmu) dan akhlak pada hatimu yang akan menjadi penyuluh (ilmu) di dalam kehidupanmu. Orang-orang yang mempelajari kisah hidup para Wali-Wali Allah akan menyebabkan Allah SWT mencintai mereka bila mana hati mereka mencintai para Kekasih-Kekasih Allah yang dimuliakan dan dikurniakan-Nya dengan ilmu pengetahuan yang belum kamu ketahuinya."
♨ P e n j a g a - M a k a m - S u f i ♨
๐น๐น Sehari SATU Hadith ๐น๐น
HADITH KE 416
ุนู ุฃุจู ุนุจุฏ ุงูุฑุญู ู ุนุจุฏ ุงَّููู ุจู ู ุณุนูุฏ ุฑุถู ุงَّููู ุนูู ูุงู :
ุณุฃَูุชُ ุงููุจู ุตَّูู ุงُููู ุนََِْููู ูุณََّูู :
ุฃَُّู ุงْูุนู ِู ุฃَุญุจُّ ุฅูู ุงَِّููู ุชَุนุงูู ؟
ูุงู : « ุงูุตَّูุงุฉُ ุนูู ْููุชَِูุง »
ُْููุชُ : ุซُู َّ ุฃَُّู ؟
ูุงู : «ุจِุฑُّ ุงَْููุงِูุฏِْูู »
ููุชُ : ุซُู َّ ุฃَُّู ؟
ูุงู : «ุงูุฌَِูุงุฏُ ูู ุณุจِِูู ุงَِّููู »
( ู ุชٌูู ุนููู )
Dari Abu Abdirrahman iaitu Abdullah bin Mas'ud R.A. , katanya :
Saya bertanya kepada Nabi S.A.W. :
" Manakah amalan yang lebih tercinta di sisi Allah? "
Baginda menjawab :
" Iaitu Solat menurut waktunya. "
Saya bertanya pula :
" Kemudian apakah? " Baginda menjawab :
" Berbakti kepada orang tua. "
Saya bertanya pula :
" Kemudian apakah? "
Baginda menjawab :
" Iaitu berjihad fisabilillah. "
(Muttafaq 'alaih)
#CintaRasulInternationalCommunity
๐MalaysiaCintaRasul๐
๐NusantaraCintaRasul๐
๐BruneiCintaRasul๐
๐SingapuraCintaRasul ๐
๐ChampariaCintaRasul๐
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment