Wednesday, 5 August 2015
Kalam besar
[12:22AM, 13/07/2015] Syed Ali: WAHAI ORANG ISLAM!
KEMBALILAH KEPADA ALLAH,TUHAN SEKALIAN ALAM DENGAN TAUBAT YANG BENAR.BERSIHKANLAH TUBUHMU DARIPADA DOSA DAN SIA-SIA.SUCIKANLAH HATIMU DARIPADA SEGALA AIB-CELA DAN NAJIS-NAJIS SYIRIK.MAKA SUJUDLAH DIHADAPAN TUHANMU DENGAN HINA DAN KEFAKIRAN,DAN TANGISILAH DIRIMU SEBAB ENGKAU MASIH TERHALANG DARI TAUFIK DAN KEBENARAN.MOGA-MOGA ALLAH BERKENAN MENGHULURKAN TANGAN RAHMATNYA KEPADAMU DAN MEMIMPIN TANGANMU KEPADA JALAN YANG BENAR.
DEMI TUHAN YANG NYAWAKU DIDALAM TANGANNYA! SESUNGGUHNYA ZAMAN INI KITA BERADA DI BAWAH LANGIT DAN BUMI KEMURKAAN TUHAN,TERKECUALI KITA MENDAPAT RAHMAT DAN KEAMPUNAN ALLAH.PADA HARI INI SYIRIK TELAH MENGUASAI TAUHID,MAKSIAT TERLALU BANYAK DAN TAAT HANYA SEDIKIT,KEMUNAFIKKAN BERMAHARAJALELA,PENDUSTAAN DAN BIDA’AH AGAMA MERATA-RATA.KEJUJURAN DAN IKHLAS SUDAH TIADA,ORANG YANG BENAR-BENAR TAKUT KEPADA ALLAH HANYA SATU DALAM BERIBU-RIBU,AMANAH ALLAH TELAH DI KHIANATI DAN IBADAT SUDAH TIDAK DIPEDULIKAN LAGI.URUSAN DUNIAWI DIPANDANG TINGGI DAN AKHIRAT TERUS DILUPAI.MUFTI DAN KADI-KADI MABUK DENGAN GAJI YANG MENJADI TUHAN-TUHAN DUNIAWI.IMAM DAN BILAL SUDAH DI IKAT DENGAN WANG MAKA HILANGLAH TAKUT KEPADA ALLAH BERTUKAR BIMBANG DAN TAKUT KEPADA MAKHLUK.
PEREMPUAN-PEREMPUAN DI ZAMAN INI HILANG MALU DAN HARGA DIRI.PEREMPUAN-PEREMPUAN BERPAKAIAN TETAPI BERTELANJANG,MEREKA TIDAK LAGI TAKUT KEPADA AZAB(LAKNAT) ALLAH!DAN TERCETUSLAH NAFSU LELAKI MENJADI BUAS DAN ZALIM
[12:22AM, 13/07/2015] Syed Ali: MAKA ROGOL DAN PEMBUNUHAN TIDAK DAPAT DIBENDUNG LAGI,PENZINAAN DAN ZINA MATA MENJADI KEBIASAAN,MINUMAN ARAK MENJADI KEGEMARAN,JUDI DAN RIBA MENJADI KEMEGAHAN.LELAKI MENJADI PEREMPUAN DAN PEREMPUAN MENJADI LELAKI.DADAH DAN HIBURAN MENJADI PEMUJAAN,MAJALAH MENDEDAH TUBUH WANITA BEBAS DIJUAL DIMERATA TEMPAT DAN HASIL JUALANNYA DIBERI MAKAN KEPADA ANAK-ISTERI.TEMPAT-TEMPAT PENGINAPAN YANG SULIT,RUMAH-RUMAH RAHSIA GELAP,FILEM-FILEM YANG LUCAH,BAR DAN DISCO MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DAN PEMBELAAN.TV DAN AKHBAR MENJADI RUJUKAN DAN KITAB-KITAB MEREKA.RUMAH-RUMAH KEDIAMAN MEREKA TELAH MENJADI PANGGUNG-PANGGUNG WAYANG.ALIM-ULAMAK TIDAK BERANI MEMBERI FATWA MENGENAI TV DAN FILEM-FILEM YANG BERCANGGAH DENGAN HUKUM SYARAK KERANA HENDAK MENJAGA HATI ORANG RAMAI.
MASJID DAN SURAU TIDAK LAGI MENJADI TEMPAT MENDEKATI DIRI KEPADA TUHAN TETAPI MENJADI TEMPAT PEREBUTAN PANGKAT DAN KEMASYHURAN.PERMAINAN DAN PEKERJAAN MENJADI LEBIH UTAMA DARIPADA IBADAT,SOLAT DAN PUASA SUDAH MENJADI ADAT BUKAN LAGI IBADAT.AKHLAK MEREKA SEMAKIN ROSAK.SEGALA YANG MEREKA HENDAK BUAT SEMUANYA BOLEH BELAKA TIDAK SIAPA YANG BERANI MENYEKAT ATAU MENGATAKAN HARAM DAN HALAL.RAJA DAN PENGUASA SUDAH TIDAK PEDULI KEPADA AMANAH ALLAH,PEJABAT AGAMA SUDAH MENJADI TOPENG DAN BONEKA PARA PENGUASA NEGERI.POLIS DAN TENTERA MENJADI ALAT KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM,YANG TIDAK MENGIKUT PETUNJUK AGAMA.MASJIS-MASJID HANYA TINGGAL JASAD-JASAD YANG HATI MEREKA TIADA TAQWA,DAN KETIKA ITU YANG PALING JAHAT IALAH ORANG ALIM,DARIPADANYA DATANG FITNAH DAN KEPADANYA KEMBALI FITNAH ITU.MIMBAR-MIMBAR MASJID SUDAH DICEMARI OLEH DAKI-DAKI DUNIA DAN DEBU-DEBU SYIRIK,AL-QURAN TELAH DIPENJARAKAN DIDALAM MASJID-MASJID.
[12:22AM, 13/07/2015] Syed Ali: PADA HARI INI RAMAI ORANG FASIH LIDAHNYA TETAPI BUTA HATINYA.ORANG YANG JALIL DENGAN ISLAM TERUS DALAM KEJAHILAN,TIDAK MAHU BELAJAR AGAMA DAN MEMBAIKI DIRI.ORANG YANG BERILMU TERPENGARUH DENGAN KEDUNIAAN DAN HATI MEREKA TELAH MENJADI BUTA,MENJADI ALAT KEPADA MAKHLUK DAN BERPALING DARIPADA TUHAN!ALIM-ULAMAK DIAM MEMBISU MASING-MASING MENJAGA KEPENTINGAN DIRI TAKUT HILANG GAJI DAN PENCEN.ALIM DUSTA SEMAKIN RAMAI YANG MENJADI LIDAH-LIDAH KEBATILAN,BAGAIKAN LALAT YANG BEREBUT-REBUT MENGHINGGAPI NAJIS YANG BUSUK DAN AKHIRNYA TERTIMBUS DIDALAM NAJIS ITU.ORANG ALIM DIAKHIR ZAMAN,AGAMA DIJADIKAN ALAT CARI MAKAN DAN YANG PALING JAHAT MENJADI ALAT MELAWAN TUHAN,MEREKA SEPERTI LEMBU-LEMBU YANG DICUCUK HIDUNGNYA DENGAN TALI DAN DITARIK SESUKA HATI!PAKAIAN SUNNAH NABI MENJADI DAGANG DALAM NEGERI SENDIRI,DAN ALIM-ULAMAK MODEN LEBIH KASIH MENIRU PAKAIAN BARAT YANG MENJADI MUSUH KEPADA ISLAM.GOLONGAN YANG BERJUANG ISLAM PUN MASIH TAKUT DAN BIMBANG KERANA MEREKA BERGANTUNG REZEKI PADA TANGAN MAKHLUK,DAN TIDAK YAKIN REZEKI DALAM TANGAN TUHAN!DAN MENYEBABKAN FATWA AGAMANYA MENJADI LONGGAR DAN BERBALIK-BALIK DITIPU NAFSU DIRI KERANA TAKUT TERLUCUT HABUAN DUNIA DARI TANGAN!RAHSIA ZIKIR NAFI-ISBAT(ZIKIR KUAT)SUDAH TIDAK DIFAHAMI OLEH ULAMAK AKHIR ZAMAN KERANA DUNIA TELAH BERTAKHTA DALAM HATINYA DAN TIADA SIFAT MERENDAH DIRI.GOLONGAN THARIKAT TERUMBANG-AMBING TANPA NASIHAT DAN PIMPINAN MURSYID YANG BENAR DARI TUHAN.MURSYID YANG BENAR ADA TETAPI SUKAR DIKENALI,DAN DITUDUNG PULA OLEH ALIM-ULAMAK DUNIA YANG BIMBANG PENGARUHNYA AKAN HILANG.JALAN TASAUF SEDIKIT PENGIKUT TETAPI BANYAK FITNAH,ORANG YANG BERJALAN PUN JARANG YANG SAMPAI.YANG BENAR ADA TETAPI AMATLAH JARANG,MENJADI MUSUH KEPADA ULAMAK YANG TERHIJAB DENGAN TUHAN.JAGA-JAGA!AHLI TASAUF TIRUAN RAMAI TETAPI KEBANYAKKAN MENGAMBIL KESEMPATAN DUIT DAN PEREMPUAN,MERABA-RABA HAL KETUHANAN DIDALAM GELAP TANPA HIDAYAH DARIPADA TUHAN DAN AKHIRNYA TERGELINCIR KAKI DAN TERSESATLAH JALAN.
[12:23AM, 13/07/2015] Syed Ali: IMAN SEMAKIN MENIPIS,JANJI TUHAN MENJADI KERAGUAN DIDALAM DIRI DAN BALA DARI TUHAN TIDAK DIPEDULI LAGI.CINTA DUNIA,CINTA HARTA BENDA,CINTA PANGKAT DAN CINTA KEBESARAN DAN LUPA MATI TELAH MELANDA MASYARAKAT.TAMAK,DENGKI,IRIHATI,FITNAH,KHIANAT,MEGAH,SOMBONG,LUPA DIRI DAN LUPA TUHAN TELAH MENJADI SEPERTI KUMAN-KUMAN YANG TELAH MEREBAK DIKOTA DAN DI DESA.SUAMI-SUAMI MENJADI DAYUS DAN TIDAK MENDIDIK ANAK-ANAK DAN ISTERI KEPADA JALAN TAQWA.ISTERI-ISTERI MENJADI JARI TELUNJUK DALAM RUMAH TANGGA DAN RAMAI ISTERI YANG DERHAKA KEPADA SUAMI.ORANG TUA TIDAK LAGI MENGASIHI GOLONGAN MUDA DAN GOLONGAN MUDA TIDAK LAGI MENGHORMATI ORANG TUA.DAN TUGAS NASIHAT-MENASIHATI SUDAH TIDAK DIAMAK\LKAN LAGI.JALAN DUNIA DIPERLUASKAN DAN RAMAI TEMAN-TAULAN,JALAN AKHIRAT DISEMPITKAN,DIKAMBUS DAN TIADA TEMAN-TAULAN.
SEMUA BERADA DI ATAS JALAN MENAIKI KENDERAAN SATU CITA-CITA SATU TUJUAN, MENCARI KEPENTINGAN DUNIA DAN KEBENDAAN,INILAH KEBANYAKKAN ORANG DIAKHIR ZAMAN.DUSTA,TIPU DAN BELIT MENJADI MAINAN ASALKAN MENDAPAT WANG.MEREKA TIDAK LAGI TAKUT KEPADA AZAB TUHAN.HUKUM-HAKAM TUHAN DIKETEPIKAN,ORANG YANG BENAR DIHINA DAN DICELA,ORANG YANG DUSTA DIPUJI-PUJA.BENAR DAN SALAH TIDAK DAPAT DIBEZA LAGI KERANA TELAH BUTA MATA DIDALAM DADA.INILAH TANDA ORANG YANG DUSTA DALAM IMAN!MANUSIA RAMAI YANG MENJADI HAIWAN HIDUP MAKAN-MINUM SIANG DAN MALAM.HAWA NAFSU MENJADI TUHAN,IMAN TELAH TERCABUT DAN AKAL NURANI SUDAH PADAM DAN MENJADI ROSAK.PEMUDA-PEMUDA TIDAK SAYANGKAN NYAWANYA,BERLUMBA-LUMBA MOTOSIKAL DAN KERETA DI TENGAH JALAN-RAYA SEPERTI DIRASUK OLEH SYAITAN!MUDA-MUDI BEBAS BERKELIARAN MEMUASKAN NAFSU SYAHWAT KEBINATANGAN.WANITA ZAMAN INI TIDAK PEDULI LAGI BATAS-BATAS AURAT DAN PERGAULAN.MEREKA MENJADI SENJATA-SENJATA SYAITAN BERPAKAIAN SEPERTI PELACUR BERMEGAH-MEGAH DIJALANAN DAN DITEMPAT MEMBELI-BELAH.ANAK-ANAK RAMAI YANG DERHAKA KEPADA IBU-BAPA DAN IBU-BAPA PUN RAMAI YANG DERHAKAN KEPADA ALLAH DAN RASUL.
[12:23AM, 13/07/2015] Syed Ali: NASIHAT BENAR TIDAK DIDENGARI DAN AMARAN LANGIT TIDAK DIPEDULI LAGI.BATAS-BATAS ISLAM SUDAH PECAH DAN BANJIR KEKUFURAN MELANDA NEGERI!(ALLAH!ALLAH!ALLAH!).AJARAN NABI BANYAK YANG SUDAH DIBUANG DAN DITAMBAHI,SUNNAH NABI TELAH DITINGGALKAN.TUHAN HANYALAH TINGGAL NAMANYA SAHAJA.BUKAN LAGI YANG DIPUJA,YANG SEMBAHI DAN YANG DITAATI!ROH IMANNYA TELAH MATI DAN HANYA JASAD YANG MENUNGGU MAUT.ISLAM HANYA TINGGAL NAMANYA SAHAJA,AL-QURAN HANYA TINGGAL HURUF-HURUFNYA SAHAJA.ZAMAN INI RAMAI MANUSIA TELAH BERPALING DARIPADA ALLAH DAN BERHADAP KEPADA MAKHLUK!HANYA SEDIKIT ORANG YANG HATINYA RINDU KEPADA ALLAH.MEREKA MENYEMBAH ALLAH TETAPI TIDAK BERUSAHA MENGENAL ALLAH.ALANGKAH MARAHNYA ALLAH!TIDAKKAH MEREKA TAHU BAHAWA ALLAH SAHAJA YANG WUJUD DIDALAM ALAM INI!MANUSIA ZAMAN INI RAMAI YANG TIDAK SYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH,REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN MEREKA ANGGAP DARI USAHA MEREKA SENDIRI DAN DARI CERDIK-PANDAI MEREKA.BARANGSIAPA YANG TIDAK TURUT PERINTAH ALLAH,TIDAK SYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH DAN TIDAK REDHA BARANG YANG ALLAH TAKDIRKAN KEPADANYA,MAKA CARILAH TUHAN YANG LAIN DARIPADA ALLAH DAN JANGANLAH LAGI DUDUK DIDALAM DUNIA ALLAH INI!
WAHAI ORANG ISLAM YANG MASIH HIDUP HATINYA! SEBARKANLAH, TIUPKANLAH DAN NYALAKANLAH SEMULA ROH ‘JIHAD’ DIDALAM DIRIMU.INSYAALLAH ISLAM AKAN BERSINAR KEMBALI.INILAH FITNAH DIAKHIR ZAMAN.MAKA TUNGGULAH! TUNGGULAH! ‘PERANG’ DARI TUHAN MAHARAJA MARA PERKASA! FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD: “WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN!JANGANLAH KAMU MENGKHIANATI TERHADAP ALLAH DAN RASUL
[12:23AM, 13/07/2015] Syed Ali: DAN JANGAN PULA KHIANAT TERHADAP BARANG YANG DIAMANAHKAN KEPADA KAMU SEDANG KAMU MENGETAHUI” DAN MOGA-MOGA KAMI DAN KAMU DISELAMATKAN OLEH ALLAH DARIPADA KESESATAN…AMIN..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment