Wednesday, 8 April 2015
Tasawuf
đź”±PERBEZAAN MAKRIFAT DALAM TASAWUFđź”±
Bismillah - Berkata Imam Sufi Abi Qassim :
"Perkataan Makrifat menurut Ulama Fekah (yang bukan ahli Tasawuf) membawa erti ilmu "pengetahuan". Maka tiap-tiap ilmu itu pada pandangan mereka adalah "Makrifat" dan "Makrifat" itu pun dianggapinya sebagai "ilmu". Namun berbeza makna makrifat bagi ahli Tasawuf. Pengertian Makrifat di dalam golongan Tasawuf adalah tentang "Keilmuan" tentang Ketuhanan Allah SWT. Dan tiap-tiap orang Alim(berilmu) tentang Allah itu, mereka adalah orang yang Arif (arifbillah).. dan tiap-tiap orang Arif (arifbillah) itu adalah Alim. *(berilmu tentang Ketuhanan & cabang-cabang di dalam syariat agama - Ertinya bila "kenal Allah" maka Allah menjadikan & mengajari mereka tentang Rahsia dalam syariat agama & ilmu Ketuhanan). Namun Barang siapa mengenal Allah dengan jalan "PERTOLONGAN ALLAH" *(Kenal Allah Dengan Allah) maka orang itu adalah "Arifbillah" ataupun orang yang arif tentang Allah secara HAKEKAT *(mengerti dan faham batin "makrifatullah" dengan mendetail). Tetapi orang yang arif (mengetahui) tentang Allah dengan cara dalil sahaja, maka itu adalah orang Mutakallamin (Ahli Usuluddin). Namun oang yang "arif" (kenal) tentang Allah dengan cara "taklik"(ikut-ikutan tampa kefahaman jelas) maka orang tersebut adalah orang awam yang jahil *(masih perlu belajar lagi).
Berkata imam Sufi Dzunnun Al-Misri (w.860 masihi) yang dianggap sebagai Pemuka/Bapa fahaman Ilmu "Makrifah" (beliau yang paling banyak dan terawal membicarakan tentang "makrifatullah").
Dzunnun menyatakan bahawa ada 3 macam hal pengetahuan tentang TUHAN.
(1) Pengetahuan Golongan Awam : - Tuhan yang Satu dengan "perantaraan" ucapan kalimah Syahadat.
(2) Pengetahuan Para Alim Ulama (Ahlul Fekah/Ahli Syariat) : - Tuhan yang Satu menurut dalil Akal Fikiran iaitu ilmu kitab bersumber mata zahir dan gabungan akal yang melahirkan pengetahuan makrifat tentang Allah (mengenal dengan dalil akal dan sumber pancaindera - membaca, mendengar, memerhati, memikir) Lalu ilmu tersebut diproses dengan akal & membuahkan kefahamannya tentang Tuhan.
(3) Pengetahuan Ahli Tasawuf (Kaum Sufi/Aulia) : - Tuhan yang Satu itu, "kefahamannya" datang dari sumber Mata Hati (yang bersih dari sifat-sifat tercela hina). Kefahamannya tentang Tuhan (makrifat) bukan lagi atas daya usaha dan iktiar dari sumber akal dan pancainderanya (dengan jalan belajar/berfikir bagi memperolehi kefahaman tentang Tuhan) tetapi pengetahuan dan kefahamannya tentang Tuhan itu "dikirim" Allah SWT berupa Cahaya Pengertian (nur marifatullah) yang dimasukkan-Nya (di install Allah) ke dalam qalbu hati seseorang hamba yang "dikehendaki-Nya" yang sedang dalam perjalanan menuju-Nya. Ada masanya "Cahaya Kefahaman" tentang Tuhan itu diberi-Nya di kalangan insan awam. Lalu dengan cahaya kefahaman itu ditarik-Nya kedalam golongan "khusus."
*(Adakalanya Allah meninggikan maqam hamba-Nya dengan cara diberi-Nya Cahaya ke dalam hati hingga hati "hidup" lalu "menghidupkan" jasadnya kepada hakikat ketaatan. Kita "taat" bukan kerana upaya usaha diri melainkan setelah Allah mengizinkannya jasad mengerjakan ketaatan kepada-Nya. wallahu'alam). ✨➰đź”±➰✨
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment