Saturday, 25 April 2015

Tuhan


Hari ini ada kumpulan yang telah menghuru-harakan ummah dengan mengadakan kempen mengharamkan menyebut Tuhan!
Padahal Tuhan itu adalah perkataan Bahasa Melayu. Jika diterjemah kepada Bahasa Arab, maksudnya Rabb atau Ilah!
Secara ringkasnya, Rabb ialah yang mencipta dan yang memelihara, dan Ilah ialah yang disembah!
Masyarakat dan ulama Melayu menggunakan perkataan Tuhan untuk Rabb dan Ilah.
Tuhan bukan nama. Ada syeikh tertentu mendakwa kita menganggap Tuhan itu nama. Lantas pada imaginasinya, kita akan berzikir Tuhan, Tuhan lama-lama jadi hantu. Sungguh nakal pemikiran dan imaginasi syeikh tersebut!
Nama bagi Tuhan ialah Allah. Yang kita zikirkan ialah Allah. Adapun Tuhan ialah zat yang wajib ada yang mencipta, memelihara seluruhnya dan yang disembah!

No comments:

Post a Comment