Thursday, 30 April 2015
Tarekat
12 Rejab 1436H
01 Mei 2015M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Islam mengajarku bahawa setiap muslim itu sentiasa di dalam JIHAD kerana para mujahid ialah seorang yang sentiasa bermujahadah menunduk dan memaksa nafsunya supaya mentaati Tuhannya...
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى * فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
( لنازعات . ٤ - ٤١ )
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, (40)
maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya) (41)
(An-Naazi'at: 40-41)
عن فَضَالَة بْنَ عُبَيْدٍ، يَقُولُ:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «الْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي اللَّهِ»
أخرجه أبوداود (2500)، وابن حبان (الإحسان 4624)
Dari Fadhalaah bin 'Ubaid berkata ia: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Mujahid itu ialah seorang yang menunduk dan memaksa nafsunya pada (mentaati) Allah".
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: إِنَّ الْمُهَاجِرَ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى الله عَنْهُ،
أخرجه أحمدج في المسند (11/511 )
Dari Abdullah bin 'Umar dari Nabi SAW bahawasanya telah bersabda: "Sesungguhnya seorang muhajir itu ialah yang berhijrah dari apa yang dilarang oleh Allah"
Maka, usahlah memaksa manusia dalam mentarbiyyah mereka...
Namun didiklah agar mereka mampu memaksa nafsu mereka sendiri...
Hanya seorang yang kuat dan berani sanggup menentang keinginan nafsunya untuk ke syurga...
( حديث أنس رضي الله عنه الثابت في صحيح مسلم ) أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ ».
Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda,
حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ
"Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat".
(Hadith Riwayat Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment