Thursday, 30 April 2015
Ulama tarekat
Majlis Hol/Haul majlis memperingati kematian seorang ulama, dgn mengadakan majlis tahlil , menghadiahkan pahala.. Kpd mereka, Bercerita tentang syaksiah Sohibul Haul.
Memperingati seorang ulama terutama ulama yg mewarisi Pentarbiyahan kerohanian, menjadi satu kewajiban ahli tarekat utk menghadirinya
Dgn beberapa alasan;
1. Turunnya barakah dn rahmat, berdasarkan riwayt imam ahmad; ketika diceritakan orang soleh turun rahmat.
2. Dpt menghayati perjalanan tarekat dgn memahami perjalanan ulama tersebut.
3. Seseorang memasuki satu2 tarekat maka tarekatnya itu adalalah ayahnya, sedangkan tarekat2 yg lain adalah bapa saudara ,
Maka perlulah dia mberikan keutamaan kpd ayah berbanding bapa saudara, tanpa menafikan kasih kpd bapa saudara.
3. Bagi yg ingin merasai zauk, sir, tarekat yg diamalkan maka amat perlu menghadiri majlis Haul, guru2 pada Sisilahnya....
4. Perkumpulan Ahbab yg sama masyrab dpt menmbah barakah, dn redha Allah.
DI ANTARA FAEDAH MENGHADIRI MAJLIS HAUL
Imam Junaid al-Baghdadi رحمه الله تعالى pula berkata: Hikayat (kisah orang-orang sholeh) itu adalah merupakan tentera dari tentera-tentera Allah Ta’ala dimana Allah menetapkan hati para auliyaNya dengan kisah-kisah tersebut. Maka ditanyai oleh orang kepada Imam Junaid: Apakah engkau mempunyai asas menyokong katamu itu? Maka beliau menjawab: Dalil atau penyokong bagi kenyataannya itu adalah firman Allah [bermaksud]: Dan semua kisah-kisah Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), yang dengannya Kami teguhkan hatimu. (Surah Hud:120).
Imam Abu Hanifah berkata: Kisah-kisah para ulama dan kebaikan-kebaikan mereka lebih aku sukai daripada banyaknya (masalah) fiqih, kerana kisah-kisah tersebut mengandungi adab-adab dan akhlaq mereka.
Faedahnya lagi, dengan membaca manaqib maka akan menambahkan lagi rasa cinta kita kepada shohibul haul, yanag mana ianya dari kalangan auliya dan sholehin. Maka di dalam sebuah hadits riwayat daripada Abu Dzar رضي الله عنه, dimana beliau berkata: Wahai Rasulullah! Seorang lelaki mengasihi suatu kaum sedangkan ia tidak mampu ber’amal dengan ‘amalan mereka? Maka baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Engkau, wahai Abu Dzar bersama sesiapa yang engkau kasihi.
Mudah-mudahkan kita digolongkan kedalam golongan auliyaNYA lantaran kerna cinta kita kepada mereka. آمين.
Manakala di dalam kitab Jala adh-Dholaam ‘ala ‘Aqidatil Awwam disebutkan: Ketahuilah! Seyogia bagi setiap muslim yang menuntut kelebihan dan kebaikan (dari Allah Ta’ala) bahwa dia mencari baraakah, nafaahat, maqbulnya doa dan turunnya rahamaat pada auliya’ didalam majlis perhimpunan mereka, samada ketika mereka masih hidup atau telah wafat, ketika berada disisi kubur mereka atau ketika berziarah atau ketika menyebut keutamaan mereka dan membaca manaqib mereka.
MADRASAH DAKWAH & TARBIAH HASANI MENJEMPUT SEMUA MENGHADIRI:
HAUL SYIEKH MUHAMMAD AL HASYIMI HAFIZAHULLAH
BERSAMA: SYIEKH YUSOF MAHYUDDIN AL BAKHOUR AL HASANI
TARIKH: 12 REJAB 1436/1 MEI 2015
HARI: JUMAAT
MASA: 7.00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment