Wednesday, 29 April 2015
Hadis
⚪®BISMILLAH HADIS HAFALAN PARA SUFI®⚪:
NOTE : Tanda Berputiknya Cinta Seseorang Itu Kepada Rasulullah SAW - Ketika Ia Membaca Setiap Bait Hadis Baginda SAW, Ia Bagaikan Membaca "Surat Cinta" Dari Kekasih Yang Telah Lama "Menghilang" ..Tetapi "Kerinduan" Kepadanya Masih "Membakar" Di Dalam Sukma Hatinya - Bacaannya Dengan Penuh Tertib Dan Penghayat. Berkata Syeikh Ibnu Arabi : "Ketika adanya seseorang yang membacakan sepotong Hadith dari Baginda Nabi SAW "di hadapanmu," maka hendaklah kamu mendiamkan dirimu dan menguncikan lidahmu dari berkata-kata, lalu mendengarnya dengan penuh khusyuk tertib tampa kepalamu berpaling kiri dan kanan, serta hendaklah kamu berdiri tegak pada ketika mendengarnya, seolah-olah kamu mendengarnya dari bibir Rasulullah SAW sendiri ketika Baginda masih hidup. Sesungguhnya Rasulullah "masih hidup" di dalam makam peraduannya pada saat ini." (*ilmu akhlak para ahli Tasawwuf/Sufi silam yang telah "lenyap" pada akhir zaman ini. Dan mungkin inilah kali pertama tuan-tuan mendengarnya dan kali "terakhir" mendengarnya dan tidak akan lagi disebut orang. Maka berkuburlah satu lagi ilmu "akhlak silam" dari hati umat pada hari ini. Tidak diamalkan lagi.)
๐Dari Thauban r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Berbahagialah orang-orang yang ikhlas(*dalam meluruskan agama). Mereka adalah Pelita(*Penasihat Kebenaran) di dalam malam yang gelap(*kejahilan umat) dan kerana (jasa) mereka, terpadamlah fitnah-fitnah(*Salah faham ilmu agama) yang besar. (HR Baihaqi)
๐Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Jika ada seseorang telah berkata: "Telah binasa manusia sekian-sekian golongan(sesama muslim)", maka ketahuilah, sesungguhnya dialah yang paling binasa diantara mereka (*kerana dengan mengatakan demikian itu dia terjerumus di dalam dosa takabur disebabkan dia menganggap orang lain lebih hina dari dirinya). (HR Muslim)
๐Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: Selain dari mengingati Allah SWT, janganlah banyak bercakap, kerana itu punca kerasnya (dan matinya) hati, dan diantara manusia, manusia yang paling jauh dari Allah SWT ialah dia yang keras hatinya. (HR Tirmizi)
๐ Dari Ubadah bin Samit r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bukan daripada ummatku barangsiapa tidak menghormati orang yang lebih tua, tidak menunjukkan kasih sayang kepada orang yang lebih muda dan "tidak memuliakan" alim ulama. (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma Zawaid)
๐Dari Ibnu Abbas r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Seorang alim lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid. (HR Tirmizi)
๐ Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga. (HR Muslim)
๐Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Selama mana seseorang hamba itu tidak menjaga lidahnya, dia tidak dapat mencapai hakikat iman. (HR Tabrani)
๐ Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia(*rasa berterima kasih atas kebaikan manusia), dia tidak akan bersyukur kepada Allah. (HR Tirmizi)
๐ Daripada Ibnu Mas’ud r.a berkata: Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu yang memerlukan sujud lebih lama
melainkan lidah(berhati-hati atau diam). (at-Targhib, al-Mundziri)
๐Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda
Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling banyak
mendapat manfaat daripada syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan ikhlas di dalam hatinya. (HR Bukhari)
๐Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Seorang hamba (yang) tanpa berfikir panjang (dlm) mengatakan satu perkara (dan perkara itu tidaklah seperti apa yang ia perkatakan, maka dengan hal itu) kerananya dia akan (menyebabkan dirinya) terhumban ke (dalam) neraka Jahanam lebih jauh dari jarak bumi dan langit. (HR Muslim)
๐Dari Hasan r.a berkata telah sampai kepada kami satu hadith bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Moga-moga Allah merahmati seorang hamba yang baik lalu memperoleh keuntungan di dunia dan di akhirat, atau berdiam diri dan terselamat dari "salah silap lidahnya." (HR Baihaqi)
๐Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Keelokkan dan kesempurnaan seseorang ialah bahawa dia yang meninggalkan perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (HR Tirmizi)
๐Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW
bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; "Wahai Rasulullah SAW bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (HR Ahmad, Tabrani dan at-Targhib)
๐Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: Selain dari mengingati Allah SWT, janganlah banyak bercakap, kerana itu punca kerasnya (dan matinya) hati, dan diantara manusia, manusia yang paling jauh dari Allah SWT ialah dia yang keras hatinya. (HR Tirmizi)
๐ Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda
Rasulullah SAW bersabda: Orang yang sentiasa berulang-alik ke masjid di dalam kegelapan malam mereka itulah orang yang hati sanubarinya tenggelam di dalam rahmat Allah. (HR Ibn Majah)
๐ Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barang siapa yang datang berjumpa Allah SWT dalam keadaan tubuh badannya tidak mempunyai langsung tanda berjihad, maka dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan dirinya yakni agamanya ada cacat cela. (HR Abu Daud)
๐ Hazrat Ab buyutdullah bin Qais Al Khuza’i r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berdiri dengan penuh perasaan riak dan sum’ah (suka dipuji), dia sentiasa di dalam kemurkaan Allah SWT sehingga dia duduk (dan meninggalkan niatnya itu). (Tafsir Ibnu Kathir)
๐ Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bahawa setiap sesuatu telah ditulis dengan Qadar (takdir) sehingga kebodohan dan kelemahan atau kecerdikan dan kepandaian seseorang. (HR Muslim)
๐Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berpegang dengan Sunnah-Sunnahku ketika dizaman rosaknya ummatku baginya adalah ganjaran syahid (di jalan Allah). (HR Tabrani)
๐ Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya. (HR Tirmizi)
๐ Dari Umar Ibnu Khattab r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT dan hari Akhirat, akan dikatakan kepadanya masuklah ke dalam syurga daripada mana-mana lapan pintu syurga yang kamu kehendaki. (HR Ahmad)
๐Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda
Rasulullah SAW bersabda: Tempat yang paling dicintai Allah SWT diatas muka bumi ialah masjid dan tempat yang paling dibenci ialah pasar-pasar. (HR Muslim)
๐Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Nabi SAW bersabda: Dua rakaat sembahyang yang didirikan dengan bersugi gigi adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat sembahyang tanpa bersugi. (HR Bazzar, Majma uz Zawaid)
๐Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: Orang yang mencaci maki orang Islam adalah hampir kepada kehancuran dan membinasakan (dirinya). (HR Tabrani dan Jami-us Saghir)
๐ Dari Sa’ad r.a menceritakan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda: Allah SWT menyukai hamba-hamba yang bertakwa, yang tidak berharap kepada makhluk dan tidak terkenal. (HR Muslim)
๐ Dari Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan menyakiti orang-orang Islam(*menggelar mereka muslim maqam haiwan), jangan mencela mereka(*muslim yg tidak sah imannya) dan jangan mencari keburukan mereka. (HR Ibnu Hibban)
๐ Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan kebaikan(*ilmu & nasihat) atau diam. (HR Bukhari)
๐ Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha
illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)
๐ Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAWbersabda: Barangsiapa luput daripadanya sifat lemah lembut (akhlak) dia adalah luput dari (segala) kebaikan. (HR Muslim)
๐ Dari Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat Takabbur. (HR Baihaqi)
๐ Dari Harithah bin Nukman r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: Memberi sesuatu dengan
tangannya kepada orang miskin, menghindarkan daripada kematian yang buruk. (HR Tabrani, Baihaqi)
๐Dari Jabir bin Abdullah r.huma meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: Memberi makan kepada orang
Islam yang lapar adalah diantara amal yang wajib mendapat pengampunan. (HR Baihaqi)
๐Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bertengkar. (HR Muslim)
๐ Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mencintai masjid dia akan dicintai oleh Allah. (HR Tabrani)
๐ Dari Abu Umamah Al-Bahiliy r.a meriwayatkan bahawar Nabi SAW bersabda: Dari amalan-amalan; Allah SWT hanya akan menerima amalan-amalan yang dilkukan ikhlas semata-mata untukNya dan yang bertujuan untuk mendapatkan redhaNya sahaja. (HR Nasa’i)
๐ Hazrat Anas r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara alamat hari Kiamat ialah, ilmu akan diangkat, "kejahilan" berleluasa (*para jahil diangkat menjadi ulama) dan minum arak secara terbuka, tersebarnya perzinaan. (HR Bukhari)
๐ Dari Abdullah bin Amr r.a berkata: Aku bertanya; Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran majlis zikrullah. Baginda SAW menjawab: Ganjaran bagi majlis zikrullah adalah syurga, adalah syurga. (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Majma Uz Zawaid) Hazrat Zubair r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang ingin melihat buku catitan amalannya dengan gembira (pada hari Kiamat), maka hendaklah dia perbanyakkanlah istighfar. (HR Tabrani)
๐Dari Aishah r.ha berkata: Aku mendengar bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seorang mukmin yang "berakhlak mulia" memperolehi darjat seorang yang berpuasa dan beribadat sepanjang malam. (HR Abu Daud)
๐ Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda: Barangsiapa membaca seratus kali pagi dan seratus kali petang: Subhanallahi Wa Bihamdihi, akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebagaimana buih-buih dilautan. (Hadith Sahih oleh Hakim)
๐Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sepuluh kali diwaktu pagi, sepuluh kali diwaktu petang, maka dia akan mendapat syafaatku pada hari Kiamat. (HR Tabarani dan Majma uz Zawaid)
๐ Dari Abu Bakar As-Siddiq r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa selalu beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan dikalangan orang yang melakukan dosa walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa. (HR Abu Daud)
๐Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berzikir kepada Allah dan kerana ketakutannya kepada Allah mengalir air matanya hingga jatuh ke bumi, Allah SWT tidak akan mengazabnya pada hari Kiamat. (HR Hakim)
๐ Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Ramai diantara orang yang berada ditempat tidur yang empuk sibuk berzikir kepada Allah dengan berkat zikirnya dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi darjatnya. (HR Abu Ya’la, Majma uz Zawaid)
๐ Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku akan sentiasa bersama hambaku selagimana dia mengingatiKu dan bibirnya sentiasa bergerak mengingatiKu. (HR Ibnu Majah)
๐Dari Uthman ibn Affan r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: yang terbaik diantara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya(dengan Kebenaran). (HR Tirmizi)
๐ Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAWbersabda: Barangsiapa luput daripadanya sifat lemah lembut dia adalah luput dari (segala) kebaikan. (HR Muslim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment