Wednesday, 8 April 2015

Tasawuf


1. Ilmu ladunni bahaya dibimbangi cmpurtangan jin.

Jawapan:
Ilmu ladunni adalah thabit daripada Al Quran n Sunnah. Wajib percaya kewujudan ilmu ladunni yg mana ilmu2 yg terus drpd Allah.

Dalil:
وعلمنه من لدنا علما
Kami telah mengajarnya sejenis ilmu daripada sisi Kami
(Surah Al Kahfi: 65)

Menolak ilmu laduni adalah kufur. Mengatakan ilmu laduni ada campurtangan syaitan adalah jahil.

2. Masalah Tasawwuf
Tasawuf adalah ilmu penyucian jiwa untuk mencapai maqam ihsan.
Ilmu untuk merealisasikan hadis yg ke 2 dlm kitab Imam Nawawi RA. Hadis Islam, Iman & Ihsan.

3. Ilham

Pertama: Ilham juga wujud n thabit daripada Al Quran n Sunnah

Kedua: Ilham atau khawatir  ada 4 jenis:
i. Khawatir Ilahiah (Daripada Allah)
ii. Khawatir Malakiah ( Daripada Malaikat)
iii. Khawatir Nafsiah ( Daripada Nafsu)
iv. Khawatir Syaitaniah (Daripada Syaitan)

Orang yg mampu membezakan semua tersebut ialah orang yg telah mencapai maqam (kedudukan ' Hamba Yang Bertaqwa).

Taqwa yang sempurna pada zahir n batinnya. Semua ini tidak mampu dicapai kecuali dengan jalan n bimbingan guru murabbi mursyid.

Tidak mampu di nilai oleh orang yg tidak berguru dengan ahlinya.

* Memang ilham bukan daripada sumber hukum n tidak boleh jadi hujjah.
Orang jahil shj yg menimbulkan keraguan ttg ilham tdk boleh jadi hujjah. Kerana ulamak2 tidak pernah pun mengatakan ilham boleh jd hujjah.

* Ilham atau khawatir ilahiah n malakiah daripada para alim ulamak yg arif billah adalah suatu kebenaran.

Dalil taqwa sebagai asas kepada ilmu n ilham daripada Allah.

 واتقوا الله ويعلمكم الله
Bertaqwa lah kamu kepada Allah dan Allah akan mengajar kamu.

(Surah Al Baqarah: 282)

4. Ilmu Perlu Berguru

Berguru adalah jalan utama n asas dlm mencapai ilmu. Tp setelah berguru n mendapat bekalan ilmu daripada guru maka ilmu boleh dikembangkan dengan jln2 yg lain.

Contoh dengan beramal, berdoa pada Allah, bertaqwa sebagaimana ayat Sural Al Baqarah : 282 .

5. 2 Pemikiran

Dunia sekarang penuh dengan fitnah. Bukan 2 pemikiran bahkan berpuluh2 pemikiran.

Kesimpulan:
Ilmu mesti dipelajari daripada ahlinya.

Menilai pandangan adakah daripada orang alim yg alim dan ahli atau pandangan itu datang daripada yg jahil atau golongan yg bukan ahli.

Banyakkan doa untuk mendapat guru yg benar n sentiasa memohon taufiq n hidayah Allah.


Ciri Orang Yang Mendapat Ilmu Ladunni

1. Berguru dengan guru bersanad
2. Berada dibawah tarbiah murabbi mursyid
3. Menguasi ilmu2 asas dengan jalan belajar dengan guru
4. Beramal dengan zikir2 qurubat atau darajat ( Zikir2 yg mendekatkan diri dengan Allah n zikir yg meningkatkan keruhanian). Sehingga hati sentiasa hidup dengan zikir
5. Beramal dengan ilmu2 yg dipelajari daripada guru2
6. Sentiasa berterusan dalam mujahadah melawan nafsu
7. Mencapai tahap taqwa zahir n batin
8. Telah diiktiraf oleh murabbi mursyid bhw dia telah mampu membawa diri n mengawal nafsu
9. Telah diiktiraf oleh murabbi mursyid bhw dia telah mencapai ma'rifatullah.
10. Orang yg amat2 tawaduk n tidak akan sesekali mengaku mendapat ilmu ladunni.


Jika semua ini tidak dilalui n dicapai jgn berbicara ttg ilmu ladunni apatah untuk mengaku mendapat ilmu tersebut.

Wallahu 'alam.


-Madrosoh Al-Hasani
Syaikh Yusuf al-Bakhuur asy-Syaziliyah

No comments:

Post a Comment