Monday, 1 May 2017

Arifbillah (Orang Ahli Ma'rifat)

Berkata Syeikh Ibnu 'Arabi dalam kitab beliau "AL-FUTUHATIIL MAKKIYYAH" tentang :
'KEHAIRANAN SI ARIFBILLAH'
Arifbillah (Orang Ahli Ma'rifat) berasa hairan bukanlah disebabkan KEHILANGAN AKAL, tetapi ia hairan kerana ia telah dapat meraih MAKRIFATUALLAH (mengenal Allah).
Dirasakan dirinya KOSONG dan dalam masa yang sama dirasakan dirinya SEGALA-GALA nya.
Dia BEBAS MERDEKA daripada setiap had dan batas, namun ia MENGAMBIL TEMPAT dalam semua had dan batas itu.
Sedikit pun ia tidak merasai sifat-sifat KETUANAN dan sifat-sifat PEMERINTAHAN, namun ia MEMERINTAH alam semesta raya ini.
Ia diketahui dan tidak diketahui. Ia menafikan dan juga mengisbatkan. Ia wujud di samping ianya juga 'adam (kosong / tidak berwujud).
DIA / bukan DIA ; TUHAN / bukan TUHAN.
Tidak bermaqam tetapi menentukan ahkam (ciri-ciri) setiap maqam.
Bahkan ia melampaui dan mengatasi "AL-MUHIB" (Pencinta Allah) jika si Muhib itu bukan Ahli Makrifat.
Demikianlah keadaan Orang Ahli Makrifat. Memang menghairankan !!!
ALLAHU AKBAR
Perkongsian dari FB
Syeikh Amdan Maulana

No comments:

Post a Comment