Kejujuran Syeikh Abdul Qadir Jaelani
Kisah ini berawal ketika Syeikh Abdul Qadir Jaelani masih muda, ketika itu beliau sedang mengembala unta di gurun dan atas kekuasaan Allah, unta yang sedang digembala berbicara kepada beliau, "hai Abdul Qadir, engkau diciptakan Allah bukan untuk menjadi seorang pengembala" dan Abdul Qadir Jaelani pun merasa hairan dengan kejadian itu lalu dia pun memberitahu kepada ibunya kejadian yang dialaminya itu.
Singkatnya, Abdul Qadir Jaelani meminta izin kepada ibunya untuk menuntut ilmu agama ke Baghdad. Mendengar niat anaknya, ibunya pun merasa senang dan mengizinkannya untuk menimba ilmu agama kepada ulama-ulama besar di Baghdad. Ibunya pun berpesan pada anaknya, "wahai Abdul Qadir, ibu meminta kepada kamu untuk berlaku jujur dalam tindakan dan ucapan selama kamu menimba ilmu di sana, dan ibu memberikan bekal kepada kamu warisan dari ayahmu wang sebanyak 200 dinar untuk bekal kamu selama kamu di sana. Apabila nanti ada rombongan pengusaha yang akan pergi ke sana, alangkah baiknya kamu ikut rombongan itu.”
Abdul Qadir pun pergi dengan redha ibunya. Di tengah perjalanan ada sekelompok gerombolan perompak yang menghalang rombongan Syeikh Abdul Qadir dan para pengusaha. Kelompok gerombolan ini terkenal bengis dan sadis. Satu persatu harta yang dibawa para rombongan itu dirampas. Pada saat perompak mendekati Abdul Qadir, ia pun bertanya kepada Abdul Qadir, "hai anak muda, harta apa yang kamu miliki?” Abdul Qadir pun menjawab, “aku punya wang 200 dinar, yang ku simpan di bawah ketiak”. Anehnya, orang yang bertanya tadi malah tertawa dan tidak percaya.
Beliau pun disuruh pergi, dan bertemu lagi dengan anggota perompak yang lain. Ia ditanya lagi seperti pertanyaan tadi, dan orang ini pun tidak mempercayainya. Pada akhirnya, kepala perompak mendengar bahawa ada anak muda yang mengaku memiliki harta 200 dinar tapi tidak ada yang percaya. Disuruh Abdul Qadir untuk menghadap kepada kepala perompak tersebut. Ketua tadi menanyakan pertanyaan sama dengan anak buahnya, Abdul Qadir menjawab dengan jawapan yang sama dan membuktikan bahawa dia memang memiliki wang 200 dinar.
Ketika melihat kebenaran dan kejujuran dengan anak muda ini (Syeikh Abdul Qadir Jaelani), para perompak terkejut dan tercengang. Dia pun bertanya kepada beliau, “mengapa engkau mahu berkata jujur? Padahal dalam situasi serba susah begini?” Abdul Qadir menjawab "saya tidak ingin melanggar janji saya pada ibu saya dan saya tidak ingin membuat ibu saya merasa kecewa". Ketua tersebut menanyakan kembali “kamu telah berjanji apa pada ibu kamu? Padahal ibumu tidak akan mengetahuinya.” lalu abdul qadir menjawab "ibu saya mewasiatkan kepada saya untuk berlaku jujur dalam bertingkah laku dan berbicara walau dalam keadaan apa pun".
Sejenak ketua itu terpegun dengan jawapan Abdul Qadir itu, ia lalu berkata “Sungguh engkau sangat berbakti pada ibumu, dan engkau pun bukan orang sembarangan.” Kemudian kepala perompak itu menyerahkan kembali wang itu pada Abdul Qadir dan melepaskannya pergi.
Kerana ketauladan dan kejujurannya, kepala perompak pun bertaubat di hadapan Syaikh Abdul Qadir. Ia berjanji tidak akan melakukan perbuatan yang dilarang Allah dan merugikan banyak orang. Dan hasil rompakannya pun dikembalikan kepada pemiliknya. Dikhabarkan, sejak saat itu sang perompak menjadi insaf dan membubarkan gerombolannya.
Kerana ketauladan dan kejujurannya, kepala perompak pun bertaubat di hadapan Syaikh Abdul Qadir. Ia berjanji tidak akan melakukan perbuatan yang dilarang Allah dan merugikan banyak orang. Dan hasil rompakannya pun dikembalikan kepada pemiliknya. Dikhabarkan, sejak saat itu sang perompak menjadi insaf dan membubarkan gerombolannya.
No comments:
Post a Comment