Syaikh Abdul Qadir Tidak Sombong
Pada suatu malam ketika beliau sedang bermunajat kepada Allah, muncullah seberkas cahaya terang. Bersamaan dengan itu, terdengar suara, “Wahai Abdul Qadir, telah ku terima ketaatanmu dan segala pengabdian dan penghambaanmu, maka mulai hari ini ku halalkan segala yang haram dan ku bebaskan kau dari segala macam ibadah”.
Abdul Qadir Jailani mengambil sandalnya dan melemparkannya ke cahaya tersebut dan mengherdik “Pergilah kau syaitan laknatullah!”. Cahaya itu hilang lalu terdengar suara “Dari manakah kau tau aku adalah syaitan?,”
Syaikh Abdul Qadir menjawab, "Aku tahu kau syaitan adalah dari ucapanmu. Kau berkata telah menghalalkan yang haram dan membebaskanku dari syariat, sedangkan Nabi Muhammad SAW yang merupakan kekasih Allah saja masih menjalankan syariat dan mengharamkan yang haram".
Syaitan berkata lagi, "Sungguh keluasan ilmumu telah menyelamatkanmu". Syaikh Abdul Qadir berkata, "Pergilah kau syaitan laknattullah! Aku selamat kerana rahmat dari Allah SWT, bukan kerana keluasan ilmuku".
No comments:
Post a Comment