Monday, 1 May 2017

AKULAH AKU SEAKUNYA

AKULAH AKU SEAKUNYA
Barang ke mana sahaja ROH itu menghadap di sana terzahir wajah Allah.. Tuhan itu berada di mana-mana jua..
Berkatalah mereka yang mengalami pandangan demikian:
HampirNya tidak terkira
Bersatu bersama sehati sejiwa.
Maha jauh namun hampir jua
Gerakku gerak Dia Diamku diam Dia.
Kelakuanku Kelakuan Dia.
Berkata mereka lagi:
Hidupku pancaran hidupNya.
Diriku bayangan diriNya.
Sifatku gambaran sifatNya.
Semua kata-kata mereka itu hanya ibarat, perumpamaan untuk menjelaskan perasaan dan pandangan ROH mereka. Antara lain kata mereka:
Kalau Dia matahari akulah cahayaNya.
Kalau Dia lautan akulah ombakNya.
Kalau Dia masin akulah garamNya.
Kalau dia manis akulah gulaNya.
Aku seorang berdua denganNya.
Tetapi aku berpadu denganNya.
Maha dekat di samping maha jauhNya.
Ooh!!. ..... Alangkah hebat wujudNya.
Wujudku tenggelam dalam wujudNya.
Fana dan Baqa dalam keadaanNya.

No comments:

Post a Comment