COPY PASTE .....
APA KORANG NAK KOMEN?
TUHAN DIBOHONGI NABI
Mengikut cerita yang dijaja oleh ulamak aswj, nabi terbang ke langit menaiki seekor keledai bersayap bertemu tuhan yang bertempat di sidratul muntaha. Tuhan kononnya telah perintahkan nabi dan umatnya mendirikan 50 solat sehari.
Atas nasihat Musa, nabi Muhammad telah berulang alik naik turun dari langit ke-enam (tempat Musa) ke sidratul muntaha sembilan kali, untuk tawar menawar dengan tuhan supaya mengurangkan waktu solat dengan alasan umatnya tidak sanggup melakukan solat yang terlalu banyak. Akhirnya tuhan akur dengan kehendak Muhammad dan solat dikurangkan kepada 5 waktu sahaja. Maksudnya tiada sebarang solat selain daripada yang lima waktu itu, kerana itulah had yang sanggup dilakukan oleh umat Muhammad.
Anih sekali bagaimana timbul hadis yang mengatakan Nabi menyuruh orang solat Tarawih yang begitu panjang sedangkan orang keletihan berpuasa. Kalau solat Tarawih itu rekaan Nabi, berarti Nabi telah membohongi Tuhan mengatakan umatnya hanya sanggup menunaikan lima waktu solat sahaja dalam sehari. Walhal terbukti umat Muhamad sanggup melakukan solat tarawih dan berbagai2 solat sunat, lebih panjang daripada solat yang lima waktu itu.
Hari ini umat Muhammad melakukan berbagai jenis solat tambahan yang dinamakan solat2 sunat, hinggakan matahari dan bulan gerhana pun perlu disolatkan. Apakah sudah sekian lama Tuhan masih belum sedar Dia telah dibohongi oleh Muhammad dan Musa? Dan apakah rasionalnya Muhammad minta kurangkan solat daipada 50 kepada 5 waktu, tetapi kemudian menambahnya semula dengan lebih banyak solat yang diciptanya sendiri?
No comments:
Post a Comment