Syaikh Abdul Qadir dan Anak
Seorang Wanita Miskin
Seorang Wanita Miskin
Wanita itu berkata, "Ya Sayyidina, aku tahu bahawa Anda adalah Ghawts, dan aku tahu demi kehormatan dari Nabi, engkau memberi." Wanita itu adalah seorang wanita yang miskin. Ia selalu menghadiri suhbat (majlis), dan ia melihat seluruh murid Syaikh menghadiri suhbat (nasihat) dan zikir. Di hadapan setiap orang ada seekor ayam yang kemudian mereka makan.
Wanita itu berkata pada dirinya sendiri, “Alhamdulillah, aku miskin dan Sayyidina Abdul Qadir kaya baik di dunia mahu pun di akhirat. Aku akan suruh anakku untuk duduk di sana. Setidaknya ia akan ikut makan di pagi dan malam hari.”
Suatu saat, wanita itu membawa anak lelakinya kepada Syaikh Abdul Qadir Jailani. Ia lalu berkata, "Aku ingin anakku menjadi muridmu". Beliau menerimanya. Anak itu adalah seorang anak yang berbadan cukup gemuk. Beliau menyuruh seorang murid, Muhammad Ahmad, untuk membawanya ke ruang bawah tanah dan memberikannya award (roti kering) untuk khalwat (menyepi).
Wanita tadi datang setelah satu bulan dan berfikir bahawa anak lelakinya pasti makan ayam setiap hari. Saat ia datang, ia melihat para murid Syaikh duduk dan sedang makan ayam. Wanita itu bertanya pada Syaikh tentang anaknya. Syaikh Abdul Qadir menjawab, “Ia sedang di ruang bawah tanah memakan makanan yang istimewa.”
Wanita itu senang, kerana ia fikir bahawa kalau para murid saja sedang makan ayam, pastilah anaknya sedang makan daging sapi. Wanita itu pun turun ke bawah tanah dan melihat anak lelakinya. Dilihatnya anaknya nampak sangat kurus. Tapi, dia sedang duduk, membaca doa, berzikir, dan cahaya memancar dari wajahnya.
Wanita itu mendatanginya. Ia melihat sekerat roti di situ. Ia bertanya, "Apa ini?" Anaknya menjawab, "Itulah yang aku makan, sekerat roti setiap hari". Wanita itu kecewa. Ia kemudian mendatangi Syaikh Abdul Qadir dan berkata, “aku membawa anakku untuk bersamamu”. Saat wanita itu berbicara sang Syaikh memerintahkan para muridnya untuk makan.
Setiap murid memakan ayam di hadapannya masing-masing. Yang dimakan bukan potongan-potongan, tapi ayam yang utuh yang telah masak, beserta tulang - tulangnya. Kemudian beliau berkata pada wanita itu, “jika kau ingin anakmu mencapai suatu tingkat untuk dapat memakan ayam beserta tulang-tulangnya, maka ia harus lebih dahulu menjalani tarbiyah atau pelatihan. Tarbiyah itu adalah untuk membina dan melatih fikiran, yang merupakan hal paling sulit. Itulah yang diperlukan.”
Seorang yang ingin senang tentu harus berusaha keras untuk mencapainya. Demikian juga orang yang ingin berjaya, maka ia harus belajar dengan sungguh-sungguh sebagaimana dikatakan syeikh Abdul Qadir di atas.
No comments:
Post a Comment